script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR Pahang, Buat "Laporan Polis" Terhadap Umi Hafilda Ali Serta OCPD Lipis Berkenaan Gangguan Ceramah Anwar Ibrahim Di Kampung Terap Budu

KUANTAN, 27 Sept [6.32 pm] - Laporan polis bantahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Umi Hafilda dan Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan telah dibuat oleh Zaidi Ahmad, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang jam 3.10 petang tadi. Turut bersama beliau dalam laporan itu tadi ialah Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) dan lain-lain. Dalam laporannya Zaidi mendakwa pihak polis dipercayai gagal memainkan peranan yang adil dan saksama terhadap rakyat. Ini jelasnya, mereka gagal memberhentikan ceramah oleh Umi Hafilda Ali yang dijalankan tanpa permit, penuh dengan caci maki, lucah, mencarut dan unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketegangan. Beliau juga hairan, bagaimana pihak polis boleh membenarkan satu majlis jamuan hari raya dihadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat yang permitnya sudah diluluskan oleh mereka sendiri. Tindakan OCPD Lipis ini jelas sekali melanggar etika dan profesionalisme seorang pegawai kerajaan yang gajinya dibayar dari hasil duit rakyat. Tambah mengejutkan, tindakan provokasi yang dilakukan oleh ahli-ahli Perkasa Lipis itu juga memang benar didalangi oleh pemimpin UMNO yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit (Benta) iaitu Dato' Mohd Sofi Tan Sri Abdul Razak. "Aneh bila OCPD sendiri iaitu Supt. Abdul Razak Hassan yang turut hadir dalam majlis berkenaan, tidak berani memberhentikan majlis ceramah tersebut sedangkan beliau sebenarnya punyai kuasa berbuat demikian", kata Zaidi.


Zaidi Ahmad menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau


Kenyataan media Zaidi Ahmad selepas laporan polis tersebut dibuat

[Nampaknya telahan awal PDO bahawa majlis ceramah Umi Hafilda itu adalah anjuran UMNO kini terserlah jua akhirnya. Ini bermakna, UMNO berkerjasama dengan Perkasa untuk mengganggu ketenteraman awam. Ceramah tanpa permit dibenarkan, sedangkan jika ia dilakukan oleh parti pembangkang sudah pasti pihak polis akan menjalankan tugas dengan "cekap dan adil" untuk mengarahkan program berkenaan dihentikan. Malahan, pernah berlaku kes ketika ceramah PAS bertembung dengan ceramah Lokman Nor Adam bersebelahan Pasti As-Saadah di Kuantan dimana pihak polis mengarahkan ceramah PAS itu dipindahkan ke tempat lain. Sedangkan PAS mengadakan program di premis sendiri. Alasan yang diberikan tidak mahu berlaku perbalahan dan sebagainya. OCPD Kuantan bertindak bijak dalam hal ini. Tapi, kenapa OCPD Lipis gagal bertindak adil dan saksama?. Cukup memalukan apabila institusi polis dipergunakan sewenangnya untuk kepentingan politik seperti ini. Siasatan yang rapi perlu dijalankan, apakah puncanya kejadian ini boleh berlaku?].
Share:

10 ulasan:

  1. Kalau ada anggota polis tidak tahu nak menjaga keamanan dan keselamatan majlis yang diadakan pihak pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR, jangan marah kerana mereka hanya makan gaji untuk jadi baruah Barisan Nasional.

    Polis yang ada sekarang sudah diasuh supaya bekerja hanya untuk perdana menteri dan bukannya untuk Yang Dipertuan Agong.

    Mereka sama seperti polis yang mati ditembak oleh komunis diBukit Kepong 1950. Polis ketika itu hanya dengar arahan dari penasihat raja dan bukannya kepada raja yang empunya negeri.

    Sekarang ini kita sebagai rakyat Malaysia mesti setia pada siapa... pada perdana menteri (penasihat raja) atau kepada raja yang dipertuan agong ?

    Buat pilihan sekarang....

    BalasPadam
  2. PKR itu Parti Kelentong Rakyat.

    Faham?
    Bagus...
    Bagus...
    Bagus...

    Sebab itu apa perlu dibuat?

    Tolak PKR!

    BalasPadam
  3. Anwar kata Umi Hafilda hanya seekor nyamuk. Mengapa mesti TAKUT? Sebenarnya Anwar tak takut Hafilda. Yang Anwar takuti ialah bayang-bayangnya sendiri. Kalau orang task bersalah, tengok satu lori polis datang dia tak gentar. Tapi kalau dah sedar diri sendiri tu memang bersalah, nampak budak hingusan datang dia lari buka langkah seribu.

    Makhluk berwajah manusia bernama Anwar ni kalau....

    1. Lalu dbawah cahaya matahari nampak bayang sendiri dia sangka jembalang.
    2. Dalam gelap dengar suara tikus dia sangka hantu.

    Tu fasal dia lari sana sini menyorok tak kira kat mana... dalam seluar kecik atau kat kedutaan orang.

    BalasPadam
  4. Anwar kata Umi Hafilda hanya seekor nyamuk. Mengapa mesti TAKUT? Sebenarnya Anwar tak takut Hafilda. Yang Anwar takuti ialah bayang-bayangnya sendiri. Kalau orang task bersalah, tengok satu lori polis datang dia tak gentar. Tapi kalau dah sedar diri sendiri tu memang bersalah, nampak budak hingusan datang dia lari buka langkah seribu.

    Respons,

    Bukan siapa takut siapa juga bukan siapa yang lari langkah seribu. Isunya ialah Polis sewajarnya bertindak adil dan saksama tanpa bias. Semua rakyat Malaysia berhak untuk memperoleh perkhidmatan yang seimbang dan sebaiknya daripada agensi kerajaan. Cantik seperti di sekolah, KPM memberi hak dan melayani semua murid secara adil tanpa sekatan dan batasan atas vapa sahaja yang ditawarkan. Selagi Malaysian, pasti dapat bahagian kek masing-masing. Masalahnya berpunca apabila peraturan dan undang-undang yang ditetapkan diingkari sendiri dan pelaksanaannya pula selektif.

    BalasPadam
  5. anon 9:49:00,

    Hang jangan memandai-mandai meghina Anwar sebegitu rupa.Anwar makhluk maksum,kau tak tahu ke.Bila tiba tang Anwar apa saja maksiat yg dia buat dah tak jadi maksiat lagi.Video tulin, jadi tak tulin kerana dalam nya ada Anwar tengah 'main' Cina dol.Penyokong Anwar tetiba je jadi buta tak kenal Anwar.

    Kerana Anwar juga,sumpah sudah jadi tak ada dalam Islam.

    BalasPadam
  6. Anon Tuesday, September 27, 2011 10:38:00 PM...

    LOL...
    Kalau ada orang lumpuh guna kerusi roda, pasti kerusi rodapun dah tak guna lagi.
    Kenapa?
    Sebab si pesakit lumpuh tadi akan bingkas bangun berjoget.
    Sama seperti betapa mujarab dan anmpuhnya si maksum Anwar.

    BalasPadam
  7. Umno ni guru mursyidnya Yahudi, Kitabnya APCO, Tuhannya JUDI, kiblatnya Arak dan kawan baiknya Parti Komunis China. Itulah pegangan para pemimpinnya dan juga juak-juaknya seperti yang kat atas sana.

    Sebab itu perangai mereka lebih JAHAT dari Yahudi dan berhati BUSUK. Mereka Umno ini jahat sesama bangsanya yang tidak sealiran dengan mereka walau hukum Agama dilanggar sekalipun.

    Tetapi bangsa Yahudi baik pada semua bangsanya cuma jahat dengan orang Islam saja. Sebab itulah Palestin sampai sekarang tidak aman walaupun dah berpuloh perjanjian sudah dibuat.

    Sekarang samalah juga apa yang dialami oleh mereka yang opposisi dengan mereka di Malaysia ini. Berhimpun ditempat sendiri pun kena ganggu...

    BalasPadam
  8. Syabas dan tahniah khas buat kumpulan 'pesakit terancat akal' yang masih mendewakan Anwar.

    BalasPadam
  9. Jangan salah faham bukan semuanya anggota polis yang bertindak kejam dan tidak adil.Ada yang terlalu taksub dengar arahan atasan.Anda tidak mengalaminya. Jika PR dapat memerintah....adakah disebalinya pula.

    BalasPadam
  10. Hai, belum berkuasa pun dah nak sekat kebebasan bersuara. Kalau berkuasa tak taulah apanak jadi

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.