Pengumuman sama ada pekerja dari Bangladesh diberi kerakyatan untuk mengundi lebih dinantikan dari apa yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Malaysia baru-baru ini, kata blogger ahli UMNO, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (foto). Bagi beliau, jika dibuat pendedahan sepenuhnya mengenai perkara sedemikian, akan dapat diselesaikan cakap-cakap mengelirukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya senarai pengundi yang kemaskini ada para mereka dan senarai yang boleh dilihat oleh umum tidak kemaskini. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu mempersoalkan, mengapa daftar pengundi yang terkini dan kemaskini tidak boleh dilihat oleh umum."Saya tak mahu atendan pam minyak Bangladesh mempunyai hak mengundi yang sama dengan saya," tegas beliau ketika mengulas perutusan Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang beliau sifatkan "tidaklah luar biasa". Mohd Ariff menyifatkan dakwaan SPR kononnya senarai pengundi yang kemaskini hanya untuk edaran dalaman sebagai terkeluar dari apa jua ukuran kesopanan dan memperbodohkan kita. Walaupun beliau mengakui pengumuman Najib seperti penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga penting, tetapi beliau membangkitkan tentang "harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantif ke dalam kehidupan harian mereka". "Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat, korupsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih?" kata beliau di blognya.
DEB Sukar Andai Pemimpin Tidak Berjiwa Melayu
Mengulas lanjut ucapan Najib itu, Mohd Ariff berkata, jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Beliau memberikan beberapa contoh perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat. "Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. "Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset strategik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?," beliau mempersoalkan. Mohd Ariff mengingatkan, jika diletakkan pemimpin yang tidak berjiwa Melayu dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor ‘merits’, sampai bila pun agenda ekonomi Bumiputera tidak akan tercapai. "Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengisytiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka dipindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera. "Juga saya ingat saya akan dengar bahawa urusan jual beli dan pemindahan saham oleh PNB sebagai pengurus pelbagai Amanah Pelaburan Bumi akan di perketatkan dan urusniaga mereka akan lebih telus dan terang. "Saya ingatkan PM akan beri amaran kepada institusi ini bahawa mereka memegang asset pencipta pulangan bagi pihak rakyat dan bukan bagi pihak beberapa syarikat milik bumi yang kaya raya dan terkenal," kata Dato' Ariff Sabri lagi.
DEB Sukar Andai Pemimpin Tidak Berjiwa Melayu
Mengulas lanjut ucapan Najib itu, Mohd Ariff berkata, jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Beliau memberikan beberapa contoh perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat. "Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. "Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset strategik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?," beliau mempersoalkan. Mohd Ariff mengingatkan, jika diletakkan pemimpin yang tidak berjiwa Melayu dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor ‘merits’, sampai bila pun agenda ekonomi Bumiputera tidak akan tercapai. "Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengisytiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka dipindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera. "Juga saya ingat saya akan dengar bahawa urusan jual beli dan pemindahan saham oleh PNB sebagai pengurus pelbagai Amanah Pelaburan Bumi akan di perketatkan dan urusniaga mereka akan lebih telus dan terang. "Saya ingatkan PM akan beri amaran kepada institusi ini bahawa mereka memegang asset pencipta pulangan bagi pihak rakyat dan bukan bagi pihak beberapa syarikat milik bumi yang kaya raya dan terkenal," kata Dato' Ariff Sabri lagi.Sebagai contoh, kata Mohd Ariff, ada rakyat kita sedar yang Sapura sebagai contoh sedang membuat bidaan untuk membeli saham UMW yang di miliki oleh PNB? "Saham inilah yang beri pulangan yang baik kepada PNB yang kemudiannya bolehkan PNB bayar pulangan yang baik kepada pemegang saham PNB. Sapura yang sudah kaya dan akan bergabung dengan Kencana (yang ber’front’kan anak Dr Mahathir sedangkan pemilik sebenar nya ialah tauke Singapura) tidak perlu jadi tamak dan mahu mengaut segala sumber pulangan yang baik. "Apa akan tinggal untuk golongan bumiputera yang lain? Jika kerajaan membenarkan pembelian oleh Sapura bererti benarlah fahaman saya mengenai istilah Bumiputera itu; Bumi di belakang, putera (bangsawan, yang terkenal, yang bertalian) berada di barisan depan, ambil dulu segalanya," persoal beliau.
[Dato' Ariff Sabri ini adalah antara muka-muka pemimpin yang masih layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Masalahnya, dimanakah landasan perjuangan beliau sekarang ini. Namanya begitu digeruni oleh ramai pemimpin UMNO Pahang hatta Menteri Besar itu sendiri. Beliau tiada ruang lagi untuk memperbetulkan UMNO melainkan behadapan secara "anak jantan" dengan parti itu. Menegur dari dalam ada kalanya akan menyebabkan kita terpelanting. Inilah yang berlaku kepada beliau yang hanya sepenggal sahaja menjadi ADUN Pulau Manis iaitu kerusi DUN yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas sumbangan untuk PM Najib Razak di Parlimen Pekan itu sendiri. Ariff Sabri sebenarnya sudah "dicop" sebagai penderhaka dan pengkhianat oleh ramai pemimpin atasan UMNO Pahang gara-gara keberanian beliau membuat teguran terbuka menerusi blognya. Apakah ada masa depan politik lagi untuk beliau selepas ini agaknya. Beliau wajar kembali bersama rakyat dan terus berjuang jika benar ingin membawa perubahan dalam politik di tanahair kita selepas ini. Jika terus bersama UMNO maka kami yakin dia tetap akan dianggap musuh oleh pihak tertentu. Langkah terbaik, kembali bersama rakyat marhaen. Itu pun jika beliau berani membuat tindakan. Jika tidak, sampai bila-bila pun masa depan politiknya tidak akan ke mana-mana lagi].
[Dato' Ariff Sabri ini adalah antara muka-muka pemimpin yang masih layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Masalahnya, dimanakah landasan perjuangan beliau sekarang ini. Namanya begitu digeruni oleh ramai pemimpin UMNO Pahang hatta Menteri Besar itu sendiri. Beliau tiada ruang lagi untuk memperbetulkan UMNO melainkan behadapan secara "anak jantan" dengan parti itu. Menegur dari dalam ada kalanya akan menyebabkan kita terpelanting. Inilah yang berlaku kepada beliau yang hanya sepenggal sahaja menjadi ADUN Pulau Manis iaitu kerusi DUN yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas sumbangan untuk PM Najib Razak di Parlimen Pekan itu sendiri. Ariff Sabri sebenarnya sudah "dicop" sebagai penderhaka dan pengkhianat oleh ramai pemimpin atasan UMNO Pahang gara-gara keberanian beliau membuat teguran terbuka menerusi blognya. Apakah ada masa depan politik lagi untuk beliau selepas ini agaknya. Beliau wajar kembali bersama rakyat dan terus berjuang jika benar ingin membawa perubahan dalam politik di tanahair kita selepas ini. Jika terus bersama UMNO maka kami yakin dia tetap akan dianggap musuh oleh pihak tertentu. Langkah terbaik, kembali bersama rakyat marhaen. Itu pun jika beliau berani membuat tindakan. Jika tidak, sampai bila-bila pun masa depan politiknya tidak akan ke mana-mana lagi].







Pasal Dato ni aku kenal dengan dia,kenal agak dekat .Tulis memang siapa pun boleh tulis,begitu juga cakap, siapa pun boleh cakap yg baik-baik.Praktikal nya,jarang yg boleh.Dia pernah jadi YB,jadi tengok saja lah apa yg telah dia hasilkan di kawasan beliau wakili dulu.Bagi aku ,kalau dia dapat tambah pencapaian murid sekolah di kawasan beliau semasa beliau jadi wakil rakyat dulu pun sudah cukup.Atau pun beliau boleh melawat kawasan sebulan sekali dan beri ilmu pengetahuan dan idea berfaedah pada rakyat pun kira ok juga.
BalasPadamWalau apa pun aku memang puji idea dia,kritis.Cuma pada pandangan aku,perlu di terapkan,cara berfikira dan idea begitu di kalangan orang Melayu,bukan sekadar tulisan hanya utk mendapat pujian dari gulungan 'pembangkang'seperti yg terjadi pada Zaid Ibrahim dulu.Tak kiralah kalau dia masuk PR pun asalkan dia dapat mengasmilasikan cara berfikir beliau dan merialisasikan buah fikiran beliau kepada orang Melayu.
Anon 12:39:00 PM
BalasPadamKalau anda mengatakan anda amat kenal dengan orang ditulis pdo ini bermakna anda adalah salah seorang ahli UMNO Baru ?
Bila anda menyentuh pasal tanggongjawab sebagai wakil rakyat khasnya orang itu maka anda telah mengklasifikasikan sebagai cakap tak serupa bikin dan pemalas ?
Mungkin padangan anda betul, mungkin pandangan orang lain juga betul bahawa anda cakap hanya mengikut apa yang anda pandang saja tanpa menyelidik lebih telus kenapa dia tidak mampu melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat ditempatnya.
Sepatutnya anda memberi sokongan moral kepada orang yang bercakap benar bahawa anda berpihak kepadanya hanya kerana kata-kata yang dikeluarkan itu benar.
Bukan mengutuk atau menyindir atau cuba mengelirukan kebenaran seperti mana yang kita ketahui semua ahli UMNO Baru dilarang bercakap benar. Bercakap benar menjadi satu kesalahan dan berdosa besar dalam parti UMNO Baru.
Sebagai contoh, Mat Indera menyerang anggota polis British di Bukit Kepong pada 1950 dipandang sebagai pejuang kemerdekaan.
Sepatutnya UMNO Baru bersetuju kebenaran itu kerana Tunku Abd.Rahman melaungkan slogan Merdeka pada 31hb.Ogos 1957.
Tapi disebabkan UMNO Baru tidak boleh menerima kebenaran maka Pro. Zainal Kling mengeluarkan fatwanya bahawa Tanah melayu tidak pernah terjajah..? Saudara anon tidak mahu bagi pandangan dalam bab putarbelit sejarah ini ?
Mungkin saudara anon juga kenal rapat dengan Perdana Menteri Malaysia. Bila setiap kali dia buka mulut dan bercakap dihadapan rakyat, apakah dia bercakap benar atau dia bercakap bohong ?
Kalau saudara anon kata PM bercakap benar... sahih saudara anon adalah diantara warganegara baru yang diberi kerakyatan oleh JPM dijadikan pengundi istimewa bagi memenangkan calon BN dari Pekan.
Pendek kata panjang cerita...
BalasPadamJangan lupa yang ini:
'Saya yakin dan saya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Anwar memang seorang pengamal GAY dan terlibat dalam salahlaku moral - KARPAL SINGH.
anon 8:55:00
BalasPadamKalau betul pun aku sindir,apsal kau pula yg beria-ria.Aku bukan sindir dia,aku sindir siPDO,yang tetiba je mengeluarkan cerita mengenai Dato Sak tu.Macam Zaid Ibrahim dulu le,bila Zaid hentam Umno ,waaa semua kata Zaid bagus,bila Zaid tak ikut rentak tak melutut pada Anwar,Zaid kena maki hamun teruk.
Perenggan kedua aku tu bukan puji ke?.Aku puji bersama cadangan sekali kau nampak?.
Yang kau tu banyak bercakap pasal mungkin,mingkin apa ke jadahnya kalau nak mereka-reka,tak usah menulis .Kalau tak ada modal jangan mungkin mungkin.Prasangka adalah kerja syaitan.