script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Penduduk Taman Desa Mesra Gesa Pemaju Projek Perumahan Bersebelahan "Selesai Dulu" Masalah Sebelum Merobohkan Dewan Orang Ramai Di Situ

KUANTAN, 20 Sept - Penduduk di Taman Desa Mesra, dekat sini melahirkan rasa kecewa mereka dengan sikap sebuah syarikat pemaju perumahan bersebelahan (foto) dengan kawasan mereka yang mengambil sikap sambil lewa terhadap isu pampasan terhadap perobohan dewan orang ramai di kawasan berkenaan. Mereka menuntut pihak pemaju agar prihatin dan bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi. Menurut salah seorang wakil penduduk taman berkenaan, menegaskan bahawa sikap pemaju terbabit amatlah dikesali. "Kami telah bergotong royong membina dewan ini untuk aktiviti Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) di taman ini, tetapi setelah projek baru yang dalam pembinaan sekarang jadi kami telah memohon untuk mendapatkan pampasan. Difahamkan dewan ini akan dirobohkan dalam masa terdekat maka kami memohon pampasan sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Kami juga memberi pemaju terbabit dua pilihan iaitu pilihan pertama alihkan dan bina dewan yang sama ditempat lain. Manakala pilihan kedua ialah bayar pampasan kepada kami untuk kami bina sendiri di kawasan lain", katanya. Difahamkan projek perumahan tersebut sudah terbengkalai sejak sekian lama dan kini diberikan tender semula kepada pihak lain. Pemaju asalnya projek tersebut ialah Roslan AR Properties dan kini ia telah diambilalih oleh Hall Chadwick Corporate Advisary Sdn Bhd yang berpejabat di Kuala Lumpur. Projek baikpulih perumahan terbabit telah dimulakan pada 15 Jun 2011 yang lalu dan dijangka akan siap pada 15 Ogos 2012.


Longkang yang dibina betul-betul melalui bangunan dewan berkenaan

Bahagian dalam dewan yang masih baik dan masih digunakan penduduk

Wakil penduduk bergambar dihadapan dewan yang bakal dirobohkan itu
[Apa yang menjadi pertikaian penduduk ialah, pihak pemaju dikatakan akan membina longkang besar melalui kawasan tapak dewan orang ramai di Taman Desa Mesra yang terletak bersebelahan dengan projek tersebut. Susulan daripada itulah pihak penduduk mahukan pemaju mengambil perhatian terhadap permasalahan mereka. Tambahan pula dewan tersebut adalah dibina hasil titik peluh dan keringat penduduk taman berkenaan sendiri. Makanya, pihak pemaju sepatutnya prihatin dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kemudahan awam penduduk yang bakal dirobohkan pada bila-bila masa itu. Mereka hanya mahukan hak mereka, soalnya kenapa pemaju berdiam diri dan tidak menunaikan janji-janji yang telah dipersetujui. Jika dewan tersebut dirobohkan tanpa diganti semula atau diberikan pampasan, ia bermakna penduduk yang akan mengalami kerugian. Sedangkan mereka telah mendiami kawasan itu sejak sekian lamanya. Oleh itu pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa mengambil perhatian akan permasalahan ini. Sila selesaikan dan bawa kesemua mereka ke meja rundingan dengan segera. Kami akan melaporkan perkembangan mutakhir berkenaan dengan kes berkenaan selepas ini].
Share:

7 ulasan:

  1. Saya syor kan PDO chk detail permasalahan2 sebegini dahulu, seblm mencanangkan di public domain ni...manalah tau kan, kot2 tanah tu memang hak milik pemaju...tak ke malu kita nak canang2 kononnya pemaju or MPK dsb tak prihatin...gone gaye nak melawan kalau org2 kg tu buat dewan kat tanah hak milik org...kan...ke guane?

    Saya ada pengalaman peniaga2 melayu bangsa kita ni dlm 10 org buat gerai, warung, restauran lagiii...kat tanah milik syarikat hok saya kerja..tak ada mintak kebenaran lah puloknya tuuu...lepas tu bila tanah tu nak dimajukan, bising dgn MPK nak pampasan, nak kawasan baru dsb...memanglah dasar melayu kita ni muka subsidi...dah lah meniaga secara haram mengikut undang2 dunia....hukum pun rezeki sah dah haram sebab tak mintak kebenaran pemilik harta, nak suruh pulak tuan tanah bayor pampasan....gamoknya, boleh lah kita pakat ramai2 pacak warung kat rmh sapa2...lepastu kalau tuan rmh bising, kita mintak MPK cakna & prihatin kpd permasalahan kita... tak gitu, ke guane.

    chk dulu lah PDO, kalau betul org2 kg tu ada 'kes' nak lawan, kita pakat lah gotong royong lawan...kalau tak, mneghabiskan boreh aje...tambah malu org melayu lagi adaaaa

    BalasPadam
  2. salam...
    saya nak mintak tolong saudara PDO buat liputan mengenai perumahan yg terbengkalai di kampung paya sok, kuala krau, temerloh. perumahan ni adalah projek BN dan majlis pecah tanah berlaku pada pilihan raya 1999 dan smpi skrg x siap2... klu x nak buat x payah buat. membazir je. rakyat pon x berharap.... juga klu boleh liputan mengenai air paip yg selalu putus-putus dan kadang-kadang tiada langsung. bila masa hari raya nak beraya pon susah air x de.. harap pihak PDO dapat menyiarkan kisah ini. sekian terima kasih...

    BalasPadam
  3. ehhhhh...x pyh lah jauh2 ke krau...kat ktn pun dah byk projek kita buat...semuanya Berjaya!

    Perumahan Rakyat Kg. Derhaka - ber blok2 kini didiami Jin & sedara mare Jin

    Perumahan Nelayan Bunut Rendang - jgk di diami Jin dari golongan htn & sungai

    Rmh Murah Kg. Pandan - Jin Sungai & Paya jugak yg ramai kat sana

    hemmm...ada lagi ke projek bilion2 RM yg duduk saje tak siap2???

    BalasPadam
  4. MrSam berkata.
    Saya ada juga ada terlibat dalam pembinaan perumahan PAKR Sg Chedong Maran dan PAKR Paya Sok sebagai sub con.
    Sistem projek PAKR ini ialah bina keseluruhannya siap 100% barulah dijual.
    Apa yang saya lihat pihak kerajaan sepatutnya mengikut contoh pemaju swasta dimana rumah dibuat mengikut blok dan terus dijual dan didiami. Dengan cara ini pihak kerajaan ada modal pusingan untuk buat blok yang seterusnya. Walaupun pada dasarnya kerajaan sudah ada budjet.
    Yang kedua dapat mengurangkan vendalisma. Apa yang saya lihat rumah yang hampir siap banyak barang yang dicuri seperti stand paip JBA, sinki aluminium, kepala paip, wayer elektrik dan sebagainya. Tingkap dan pintu juga dipecahkan akibat tiada orang yang mendiami kawasan tersebut. Kalau ada jagapun cuma seorang. Mana nak jaga rumah beratus buah.
    Apabila ini terjadi pihak pemaju meminta claim diatas kecurian dan kerosakan tersebut sekaligus meningkatkan lagi kos projek dan memjadikan kerajaan dah terlebih budjet.
    Oleh sebab itu projek jadi terbengkalai sebab nak tunggu peruntukan baru.Sementara nak tunggu peruntukan baru, makin banyak barang yang dicuri dan dirosakkan. Cat pun makin pudar dan terpaksa dicat semula. Kerja yang sama terpaksa dibuat berulang kali. Banyangkan berapa banyak kos kena tambah sedangkan harga rumah tak boleh dinaikkan. Akhirnya kerajaan juga yang rugi.
    Itu pandangan saya. Orang lain tak tau la...

    BalasPadam
  5. mmg btl ape yg mrsam ckp 2...
    tp yg PAkR paya sok 2 bkn la asalnya PAKR. masa mula2 pecah tanah dulu, penduduk kg dijanjikan ngan umah berkembar. pas abis pilihan raya terus senyap je projek 2. tp bila pilahan raya 2003 tanah 2 disodok semula tp dah tukar umah jenis teres pulak... tp terbengkalai gak. last2 buat umah PAKR. penduduk kg x kisah la sbb nnt dpt la gak duduk umah baru. tp bila tgk layout umah yg kecik sgt rasanya skrg penduduk kg pon dah x berminat nak duduk situ. bila dah lama terbengkalai byk la struktur yg rosak. sy tgk pon rasa x selamat nak duduk situ.
    isunya disini klu la dah x de peruntukan x payah nak tipu penduduk kg... ini x mula2 dulu mmg ramai la penduduk kg yg berangan2 dpt umah baru. janji itu janji ini last2 x jadi gak. sapa yg rugi? kerajaan negeri gak. kesian la kat kami ni. klu bole nak gak tgk perumahan ni siap...

    BalasPadam
  6. kesian org Krau...gitu lah yea, bab rasmi2 & buat majlis2 mmg mudah, walaupun mahal gilerrr, tapi mudah...duit kerajaan kan, lain kali jgn percaya janji/majlis masa kat2 election time...pedo'oh belake

    hospital T'loh...brp kali rasmi, menteri 2 - 3 kali, sultan pun 2 kali baru lah jadi...titah sultan kata ni dah 2 kali rasmi, bior leerr jadik...seb baik jadik

    rmh murah derhaka...pah lah dah rasmi, ni najib nak election semula pun blm duduk2 lagi

    projek auto city tg lumpur...MB rasmi siap dgn ferarri lagi 3-4 bijik, gah kwn baca keluor s.kabor...tapi kwn nengok dah naik hutan je tapak tu

    tapi kalau projek tanah kelompok...haaa, x pyh rasmi2..mudoh aje org dpt, kek'nye kelompok2 deme aje lah yea...yg cenderawasih tu ada banglow besor pegawai hok bapok kanan phg, hok pekan pulok...YB Adun pun ada jugok tanah bangelow...ganezzzz

    BalasPadam
  7. Anon-anon sekelian:

    Inilah namanya Rakyat didahulukan....

    Rakyat dulu dapat susah.

    "Berakit-rakit ke hulu,
    Berenang-renang ke tepian,
    Bersakit-sakit dahulu,
    bermalang-malang kemudian...."

    Asyik rakyat je kena.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.