SHAH ALAM 15 Sept - Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin (foto). "Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lepas. Marzuki berkata, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor. Beliau berkata, mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Katanya, kini terdapat 2,601 penceramah agama yang bertauliah di Selangor. Awal bulan ini JAIS telah memanggil Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagi disiasat terhadap dakwaan bahawa beliau memberi tazkirah tanpa tauliah dengan perbicaraan berhubung perkara itu telah ditetapkan diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam 24 November depan. Khalid didakwa sampaikan kuliah agama tanpa permit pada 16 Ogos lalu dekat Surau Taman Seri Sementa di Kapar, Klang.
[Melihat kepada senario ini, kemungkinan perkara yang sama akan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas ini. Tindakan menghalang ahli politik menyampaikan kuliah dan tazkirah agama merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam sebenarnya. Bukankah dizaman Rasulullah SAW dulu, baginda selaku Ketua Negara (politik) turut menyampaikan tazkirah dan ceramah agama kepada penduduk Madinah. Maka kenapa kini mahu dihalang. Bukankah ia membuktikan ketakutan pihak tertentu terhadap agama Allah. Melihat kepada latar belakang Pengarah JAIS maka wajarlah dia ambil tindakan itu. Ini kerana dia bukan dari golongan agama untuk diangkat ke jawatan sepenting itu sebenarnya. Apabila orang yang bukan ahli menjaga agama, sememangnya tindakan seperti ini dilakukan. Samalah juga dengan Pengarah Jabatan Agama di negeri lain termasuk Pahang ini. Orang yang bukan arif hal-hal agama dilantik, akibatnya agama tidak dijaga tetapi kepentingan politik pihak tertentu yang lebih dipelihara mereka].






Satu soalan nak tanya Sultan Selangor Adakah Allah melalui Nabi Muhammad dah amanahkan Agama Islam ni dijaga oleh Sultan Selangor? Jawablah kalau bleh.. bagi sekali dalil kalau ada.. atau betul ke ada surat drpd Sultan Selangor tu.. ntah-2 si Marzuki ni pembohong..
BalasPadamOrang yang menyekat urusan agama ALLAH, sama la orang yang menentang ALLAH dan RasulNya.
BalasPadamBila hal menjaga agama bukan dari ahlinya, inilah jadinya.
Ahli politik yang faham agama dan berpendidikan agama tak dibenarkan menyampaikan tazkirah surau masjid,
BalasPadamOrang yang tak faham agama memimpin Agama, jadi ketua Agama, Pengarah Agama.
Penceramah berceramah = Jemaah penuh masjid surau hati sokong Islam. Amno boleh kalah.
Penceramah dihalang berceramah = anak melayu pindah gereja nak dengar ceramah. Undi - BN lah - Takpe lah.
Elok sangat lah tu, semakin jelas petanda yang rasullullah bagi tahu dalam hadhis Bukhari Muslim.
Betul la. Aku kat Taman Temerloh Makmur, Temerloh penuh dalam satu minggu TIADA sebarang pengajian agama.
BalasPadamKenapa jadi begitu.,sebab pengerusinya dipegang oleh penyokong Umno totok.
Dasar Umno dia lebih suka tiada pengajian agama.(nasihat dari UPCO Yahudi dan CPC komunis Cina). Nanti kalau orang pandai agama tak sokong dia.
Itu yang masalahnya.
Sebab surau/masjid disekat pengajian agama, maka orang Islam pergi ke Gereja.
Bila umat Islam murtad Umno salahkan Pas macam Pas ni ada kuasa .
450 tahun lebih Portugis, Belanda, Siam British cengkam, dulu Tanah Melayu, anak melayu cekal pertahan agama terlalu payah nak cari melayu islam murtad. Haji Rashid Maidin Komunis, kahwin pun perempuan Cina Komunis jadi islam, tak satu melayu yang murtad mau pun atheis dalam komunis.
BalasPadam54 tahun kerajaan Islam UMNO memerintah Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dalam 10 tahun saja. Dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sebelum tahun 2000 tak tahu le berapai ramai lagi.
Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor – 99 dan Perak – 47, tak termasuk kes serbuan gereja di Selangor baru baru ini, dah murtad ke belum tak tahulah. Mungkin melayu melayu tu saja nak dengar ceramah kut.
Yang bertanya pulak Er Teck Hwa bukan islam (DAP-Bakri), yang menjawab orang islam menteri jaga agama islam, tu yang aku rasa cukup bangga tu...
Masa ayah aku jemput Allahyarham Ustaz Ishak Baharum berceramah kat kampung aku, masjid penuh, tak macam biasanya lengang. Puak-puak UMNO kampung aku x puas hati. Depa bakar mercun kat luar masjid bertalu2 ganggu ceramah.
BalasPadamKenapa bakar mercun, bakar je masjid tu kalau dak tak suka sangat pada ISLAM..
BalasPadam