script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Mat Sabu "Mengaku Tidak Bersalah" Atas Dakwaan Kenyataan "Burukkan" Nama Baik Polis

BUTTERWORTH 21 Sept - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu. Beliau menyatakan demikian di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Seksyen Butterworth di sini. Ikmal menetapkan ikat jamin sejumlah RM 15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober hadapan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember. Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kelihatan tenang tiba di mahkamah dan diiring ratusan penyokong yang tiba sejak jam 8 pagi di perkarangan mahkamah tersebut. Ketika ditanya komen beliau, Mat Sabu menyatakan kesediaan beliau menghadapi kes tersebut. "Kes ini berkenaan intrepertasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan menerusi dialog dan debat, bukan mahkamah. "Namun, memandangkan (sudah) jadi kes mahkamah, kita akan hadapinya," tambah Mat Sabu lagi.


[Mat Sabu disiasat dan didakwa atas tuduhan mengubah fakta sejarah terutamanya dalam isu Tragedi Bukit Kepong. Namun, apakah pihak polis akan melakukan siasatan yang adil dan saksama terhadap pihak lain seperti Prof Zainal Kling dan Mantan PM Mahathir Mohamad yang secara jelas telah mengubah fakta sejarah kononnya Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Kenyataan tersebut tidak selaras dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang diadakan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Laporan polis juga telah dibuat oleh beberapa pihak terhadap individu terbabit. Soalnya, bolehkan keadilan berlaku dalam dua senario yang berbeza ini. Satunya melibatkan tokoh pembangkang dan satunya penyokong kerajaan. Jika tidak, rakyat yakin isu ini sengaja dipolitikkan].
Share:

12 ulasan:

  1. Bila ahli Pas memilih bukan ulamak menjadi Timbalan Presiden parti,tambahan pula pribadi kontroversi dan terpalit dengan kes maruah macam Mat Sapu,akan bermulalah kemerosotan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.Kalau pun keahlian Pas yang ada tidak merosot,namun perkembangan Pas di kalangan orang Melayu jadi terencat .Pas di pandang bukan lagi sebagai parti yang mengutamakan akhlak.

    Mngkin ahli Pas sedia ada tidak percaya dgn isu maruah dicelah kain Mat Sapu,tapi ianya tidak dapat menghalang orang lain bukan anggota Pas dari mempercayainya.Contohnya saya,dulu saya peminat ceramah Mat Sapu,tapi bila mendengar rakaman perbulan talipon yang di siarkan dalam yt,saya rasa geli macam mahu termuntah,dan saya percaya perkara tersebut betul,biar pun saya di katakan bodoh bila mempercayainya.Jadi mulai hari itu saya tidak respek lagi parti Pas yg bertimbalan presidenkan orang seperti Mat Sapu.Saya sudah pasti,akan mengingatkan kaum keluarga saya yang memang selama ini menyokong Pas supaya berhati-hati sebelum membuat pilihan dalam pilihanraya nanti.Saya tidak akan memaksa mereka,tapi selalunya cakap saya mereka mengambil kira.

    Perkara yang sama berlaku kepada PKR,malahan lebih teruk.PKR di jangkakan akan mengalami kekalahn yang teruk di mana-mana pun mereka bertanding.Orang Melayu sudah menjauhi parti tersebut kerana issu seks pemimpin agongnya.Papagomo rupanya berjaya mencelikan ramai pelayar ineternet,mengenai Anwar.PKR memang akan menghadapi laluan sukar dalam pilihanraya yang akan datang,malahan PKR mungkin akan menjadi kambing hitam oleh DAP dan PAS.

    BalasPadam
  2. Anon : 1:38:00 PM

    Saudara tahu tentang sejarah Tanah Melayu ?

    Kalau tidak kerana Mohamad Sabu bercerita tentang Mat Indera diBukit Kepong, tiada siapa yang tahu bahawa UMNO adalah pewaris penjajah.

    Inilah rahsia yang cuba disorokkan oleh pemimpin UMNO sejak 54 tahun yang lalu.

    Ramai pencacai buat laporan polis tentang Mohamad Sabu kerana dikaitkan dengan komunis.

    Kenapa kaitkan Mohamad Sabu dengan komunis ?

    PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

    Peliknya UMNO Baru masih menggunakan nama komunis bagi menghalalkan segala tuduhan dan tindakan mereka terhadap rakyat yang berlainan idealogi politiknya.

    Keadaan menjadi lebih kelakar apabila PM membuat kenyataan bahawa UMNO Baru mewujudkan perhubungan dengan Komunis China adalah kerana komunis itu sudah jadi baik.

    Komunis yang berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989 adalah komunis jahat....?

    Itulah tahap pemikiran pemimpin UMNO yang menuntut kemerdekaan hanya melalui rundingan.

    Kalau saudara nak komen atau nak kritik kepimpinan PAS/DAP/PKR tidak menjadi kesalahan. Tapi nak pengaruh ahli nya ikut jejak langkah UMNO Baru itu yang jadi salah.

    Pilihanraya dah dekat tapi sampai sekarang SPR dan JPM tidak kemaskini daftar pemilih malah lebih banyak penipuan yang dikesan?

    Ada sesiapa yang tahu berapa banyak ic baru dan dikeluarkan oleh JPM pada pendatang Indon, Bangla, Philipina ?

    BalasPadam
  3. Apa yang Mat Sapu ucapkan sedikit pun tidak memberi faedah kepada orang Melayu dan Pas,malahan banyak pula menimbulkan pandangan yg negetif orang Melayu terhadap PAS.Gulungan yang terseksa di bawah 44 hari penguasaan komunis masih ada jadi apa gunanya cerita Mat Sapu,selain dari menyakitkan hati mereka dan kaum keluarga mereka.Komunis juga ingin mengusai Tanah Melayu pada ketika itu,jadi hasratnya = penjajahan.So what so special about Mat Indera yg membantu Komunis sehingga boleh di anggap wira?.Jangan terpedaya dgn cara pemikiran Mat Sapu, yg suruh si N junjung Quraan utk mnyelamatkan keadaan.

    Jangan bersikap, asal apa saja yg di buat oleh pemimpin betul,Apatah lagi 'tokoh' seperti Mat Sapu,yang itdaklah lebih cerdik dari kita.

    BalasPadam
  4. Umno dan pencacai je yg pandang negatif pada PAS Makkal sakti jumpa TG nak join pakatan ada nampak ?
    MCA, MIC pun ok gak alamat nak tumbang le tu tak lama lagi, melainkan pertolongan Mat Bangla, Minah Kemboja, jer yg boleh menyelamatkan Umno, tu pun belum tentu lagi, silap silap huru hara negara kalau Umno menang gak.

    BalasPadam
  5. Tunggu dan lihat,siapa tumbang,siapa tungang-langgang,siapa melayang dan siapa terbang.Kali ini orang Melayu yang akan jadi penentu,parti mana yang lebih di percayai oleh orang Melayu,pati itu lah yg akan menang nanti.Kalau Pas,Pas lah,kalau PKR,PKR lah,tapi telahan saya mereka akan kembali kepada Umno,bepunca dari perangai Anwar dan Mat Sapu.

    BalasPadam
  6. Siapa kata melayu penentu, Bangla, Bangla, Kemboja, dgn Philipina dah daftar siap surat sumpah laknat lagi kalu tak undi Umno atau bocor maklumat nanti makan diri...Syeikh Hasina yang tak duduk sini pun dah konfirm rakyat nya akan mengundi BN akan datang, PM Bangla tu yang kata bukan melayu yang cerita..tahu ke ?

    BalasPadam
  7. Ramai dikalangan polis pencen, askar pencen, pengampu pemimpin politik UBN mengatakan komunis adalah jahat.

    Benarkah hanya komunis saja yang jahat ? Kenapa komunis begitu jahat ? Pasti ia bersebab jika tidak masakan komunis boleh jadi jahat ?

    Tahukah anda cerita sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu, ketika itu British yang dikatakan mempunyai peralatan perang yang hebat telah melarikan diri tanpa memperdulikan rakyat yang dinaunginya...?

    Dalam keadaan terdesak itu PKM bersama persatuan seperti gabugan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (Majlis Tindakan Bersama SeMalaya)ambil alih tugas mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah Jepun.

    Setelah kedudukan pertahanan bertambah kuat maka ketika itu British datang semula ke Tanah Melayu membuat perjanjian persefahaman dengan PKM kononnya mahu mempertahankan Tanah Melayu secara bersama bagi menutup perangai bacul dan pengecutnya sehingga melarikan diri ketika mula-mula berhadapan dengan Jepun.

    Setelah Jepun menyerah kalah, perjanjian kerjasama antara British dengan PKM dilupakan. British melalui tipu muslihatnya telah mempengaruhi raja-raja melayu agar menolak kehadiran PKM dalam Tanah Melayu. Tindakan membenci PKM telah menyebabkan kekeliuran dikalangan rakyat dikampong-kampong.

    Kenapa komunis jadi begitu kejam dan zalim pada rakyat khususnya yang bekerja dengan British puncanya adalah kerana British belot dalam perjanjiannya.

    Untuk menjaga keselamatan diri dan harta bumi yang mereka rompak.Pihak British telah mengambil rakyat Tanah Melayu jadikan anggota polis, SC.

    Apabila PKM mahu bersemuka dengan pegawai British, maka melayu yang berkhidmat dengan British akan menghalangnya. Itu sebenarnya yang berlaku dibalai polis di Bukit Kepong.

    Tambahan pula kempen anti komunis oleh pihak British ketika itu memang mujarab menyebabkan ramai rakyat khasnya orang melayu jadi sanggup jadi baruah British. Mereka ini jadi mata-mata, infomer.

    Sebahagian rakyat dijadikan korban kononnya PKM telah melakukan kezaliman terhadap rakyat.

    Apabila diketahui pihak PKM apakah mereka yang terbabit jadi baruah British itu akan dilayanan mesra atau dizalimi ?

    Apakah pihak British akan memberi layanan istimewa kepada ejen komunis ?

    Jangan berselindung disebalik kezaliman komunis, UMNO itu pejuang atau petualang kemerdekaan, kenapa setelah menjadi UMNO Baru,apabila wujud permasaalahan (rampas kuasa kerajaan negeri Perak) merujuk kepada pegawai British di London ?

    Tidakkah itu menunjukkan bahawa UMNO Baru tajaan Tun Mahathir adalah pewaris penjajah ?

    BalasPadam
  8. Saya nak ingatkan untuk yang kesekian kalinya. Kes DSAI dan Mat Indera, saya nak tanya pada anon2 yang berkenaan, adakah kita ada dimasa kejadian tersebut berlaku. Kalau kita tiada dimasa itu, lebih baik kita jangan membuat sebarang spekulasi kerana ada HUKUM AGAMA di sana.
    Sebabanya kita tak tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Kalau betul orang tu salah, kita juga tetap berdosa kerana membuka dan memanjangkan aib orang. Kalau ianya tidak benar lagi teruk, kita pula akan mendapat lagi satu dosa aitu memfitnah. Jadi dah dapat 2 DOSA, nak ke..?
    Untuk pemimpin Pas atau PKR kurangkan bermain politik. Saya melihat isu Mat Indera tidak memberi sebarang keuntungan kepada PR ataupun rakyat. Ianya tidak kena masa.
    Pemimpin PR patut lebih fokus kepada apa nak buat bila memerintah nanti. Walaupun dah ada buku JINGGA tapi bukan semua orang dah baca.
    Ramai anak-anak muda yang belum mendaftar. Setakat ini saya tak nampak dimana-mana komponen PR membuat daftar pemilih baru. Kalau adapun ditempat ceramah mereka sahaja.
    Saya juga melihat usaha yang berterusan tidak dibuat oleh pemimpin PR untuk menyakinkan rakyat memilih mereka.
    Di tempat ceramah, mereka ajak rakyat berubah sedangkan mereka sendiri tidak berubah.
    Pemimpin PR suka mengeluarkan kenyataan yang boleh menjadi modal untuk di SPIN oleh Umno/Bn.
    Mana yang kurang mencari maklumat akan mudah terpengaruh. Banyak yang saya nak tegur tentang gelagat pemimpin PR. Pemimpin Umno/BN pun saya akan ulas dilain masa.

    BalasPadam
  9. MrSam 5:43:00 PM

    Memang kita tidak hidup masa kejadian Mat Indera.

    Masaalahnya ada pihak yang mengungkit kes Mat Indera itu berkaitan dengan komunis. Siapa yang nak menerangkan kejadian dan sejarahnya ?

    Nak tunggu siapa yang menceritakan kebenaran sejarahnya ? Orang sekaranglah yang perlu merungkai permasaalahan melalui rujukan tulisan sejarah, fakta dan bukti yang disimpan oleh orang terdahulu.

    Hanya anda saja yang melihat isu Mat Indera tidak memberi sebarang keuntungan kepada PR ataupun rakyat.

    Sebenarnya orang melayu sedang tercari-cari pahlawannya masakini. Kalau dizaman kegemilangan kerajaan Melaka ada mitosnya dengan Hang Tuah dan rakan-rakannya sebagai pahlawan melayu terbilang.

    Dalam zaman kita melaungkan kemerdekaan 31hb. Ogos setiap tahun, kita sebagai genarasi yang menikmati kemerdekaan itu ingin tahu siapa dan mengenal mereka sebagai pejuang kemerdekaan yang tulen. Dan jasa mereka itu perlu diingati.

    Disebabkan isu Mat Indera ditimbulkan oleh Mohamad Sabu maka timbul pula negara Tanah Melayu tidak pernah terjajah ...?

    Tidak kah anda merasa pelik sedangkan setiap tahun khasnya pada 31hb. Ogos kerajaan BN akan memaksa rakyat mengibarkan bendera jalur gemilang sebagai tanda menyambut hari merdeka ?

    Lu fikirlah sendiri.....

    BalasPadam
  10. Apa punya BODOH dah 54 tahun kita meraikan peristiwa yang tak pernah terjadipun !! takkan lepas 54 tahun baru prof KANGKUNG + LONGKANG nak buat pendedahan CIT!CIT! POOODAHHH

    BalasPadam
  11. Wednesday, September 21, 2011 6:31:00 PM.
    Terima kasih diatas komen balas anda. Saya tidak bermaksud menidakkan jasa pejuang ugama, bangsa dan negara. Tapi jasa mereka hendaklah diterjemahkan secara adil. Tanpa mereka mungkin kita tidak sebaik ini.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.