
KUANTAN, 27 Sept [10.21 am] - Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan jam 3.00 petang nanti oleh Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang, Zaidi Ahmad (foto) berhubung isu gangguan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lalu. Laporan dibuat terhadap Umi Hafilda Ali (foto) dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkaitan dengan gangguan semasa Ketua Umum PKR itu menyampaikan ceramahnya pada malam tersebut. Satu sidang media akan diadakan selepas itu di perkarangan IPD Kuantan selepas itu. Menurut Zaidi, beliau hairan bagimana ceramah Umi Hafilda boleh diberikan permit sedangkan PKR telah berbuat demikian sejak awal lagi. Malahan, lokasi ceramah tersebut juga bertentangan dengan lokasi ceramah Anwar di Kampung Terap, Budu iaitu bersebelahan dengan Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad. Jaraknya begitu hampir dan hanya dipisahkan dengan jalanraya semata-mata. Anwar Ibrahim khabarnya dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pahang Barat, dimana sebelum itu beliau hadir Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PKR Cabang Bentong. Beliau juga sempat merasmikan pejabat PKR Cabang tersebut. Anwar bergegas pula ke Raub selepas itu untuk berceramah di Markas PAS, Tanah Bercangkul, Gali Tengah, Raub. Dari Raub beliau kemudian telah ke Kuala Lipis untuk sesi terakhir lawatan kerja dan ceramah beliau di sana.


Ceramah Anwar yang dikatakan telah pun diganggu oleh Umi Hafilda itu
Anwar Ibrahim bersama kepimpinan pakatan sebelum berceramah di Lipis

Anwar Ibrahim berceramah dan semasa sambutan ketibaannya di Bentong

Bersemangat, ketika menyanyikan lagu Keadilan di pejabat PKR Bentong


Anwar Ibrahim ketika ceramah serta sambutan semasa dia tiba di Raub

Bergambar bersama kepimpinan PAS di Markas PAS Tanah Bercangkul


Ceramah Anwar yang dikatakan telah pun diganggu oleh Umi Hafilda itu

Anwar Ibrahim bersama kepimpinan pakatan sebelum berceramah di Lipis


Anwar Ibrahim berceramah dan semasa sambutan ketibaannya di Bentong

Bersemangat, ketika menyanyikan lagu Keadilan di pejabat PKR Bentong


Anwar Ibrahim ketika ceramah serta sambutan semasa dia tiba di Raub

Bergambar bersama kepimpinan PAS di Markas PAS Tanah Bercangkul
[Apa yang berlaku terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam ceramah Anwar di Kuala Lipis itu sungguh mengejutkan sebenarnya. Ini kerana, jarang berlaku dimana-mana (melainkan ketika musim pilihanraya) pihak polis boleh meluluskan permit ceramah kepada dua pihak dalam masa dan lokasi yang sama. Biasanya, pihak polis akan menasihatkan pihak tertentu supaya memberi laluan kepada mereka yang memohon permit lebih awal. Malah, pihak satu lagi pasti akan diarahkan berpindah lokasi atau mengubah ke tarikh yang lain. Persoalannya kenapa OCPD Lipis tidak berbuat demikian?. Masalahnya, kepada ceramah Umi Hafilda boleh diadakan di lokasi yang sama dengan ceramah Anwar?. Ia seolah-olah senagaja dirancang oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan menggangu. Kenapa takut dengan ceramah pembangkang?. Bukankah UMNO dan BN boleh menagtur ceramah Umi Hafilda pada masa yang lain?. Kenapa tidak serius pertahankan prinsip demokrasi?. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan tidak sewajarnya terjadi. Isu kecil akhirnya panas bila ada pihak yang gagal laksanakan undang-undang mereka secara profesional].






Polis tu tongkat langit kerana
BalasPadamuniform tu melekat kat badan dia.
Tunggu dia pencen kelak lu orang ludah aje muka dia.Perkara ini
selalu dilakukan oleh tokeyx cina
apabila selesai memberi wang yang
diminta.Dasar sara anakbini dengan
wang haram!!
Emmm memang mendatangkan kemarahan.... Pihak polis ni sebenarnya xsalah kot , diorg mcm lembu kena cucuk hidung ikutt je arahan org politik, makin lama rakyat bencikan polis.... Xmasuk akal langsung ceramah politik diadakan dikawasan yg sama , nanti ada je alasan2 bodoh kuar menegakkan benang yang basah oleh puak2 gomen ni....
BalasPadamSah lah polis Lipis dah termakan guna2 Umi Hafilda dan Umno Lipis.
BalasPadamKalau sebut nama komunis depa ni bukan main marah lagi, tapi perangai pelacur terhormat Ummi yg lebih dari komunis diorang tak kisah!
Nampaknya dalam PRU nanti PR bukan saja kena hadapi Umno & BN, tapi juga polis yg menyebelahi mereka!
PDO,
BalasPadamBeri kedua-duanya permit tu ,prinsip demokrasi lah.Lagi pun apa sangat lah Umi Hafilda tu pada Anwar.Kan ke Anwar tokoh 'besar',mana ada orang nak dengan ceramah Umi Hafilda,di Lipis tu.Walau pun di tempat lain Anwar dah kehilangan peminat dgn jumlah yg besar,tapi di Lipis tak mungkin begitu,kerana Pahang bakal menjadi negeri Pakatan......negeri pakatan tumbang.
Tapi apa yg di katakan Umi Hafilda tu lebih betul dari apa yg di ucapkan oleh Wak Sodo.
Anwar kata Umi Hafilda hanya seekor nyamuk. Mengapa mesti TAKUT? Sebenarnya Anwar tak takut Hafilda. Yang Anwar takuti ialah bayang-bayangnya sendiri. Kalau orang tak bersalah, tengok satu lori polis datang dia tak gentar. Tapi kalau dah sedar diri sendiri tu memang bersalah, nampak budak hingusan datang dia lari buka langkah seribu.
BalasPadamMakhluk berwajah manusia bernama Anwar ni kalau....
1. Lalu dbawah cahaya matahari nampak bayang sendiri dia sangka jembalang.
2. Dalam gelap dengar suara tikus dia sangka hantu.
Tu fasal dia lari sana sini menyorok tak kira kat mana... dalam seluar kecik atau kat kedutaan orang.
polis.
BalasPadampolis..
polis...
tak guna lapuran polis.
lawanlah cara anak jantan.
ummi siapada pun tak boleh lawan ke?
macam mana nak demo bersih 3.0, kalau macam ni.
apa pun tahniah la kpd pakatan rakyat raub kerana berjaya menghimpunkan ribuan manusia semasa anwar bg ceramah walaupun pihak Umngok ada wat jamuan raya tapi rakyat x bangang mcm dorang lepas makan g la dengar ceramah...bongok punya umngok
BalasPadam