script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peneroka Felda Di Gugusan Bera Pula Fail Saman Terhadap Penyelewengan Serta Penipuan Felda !!

TEMERLOH, 21 Sept - Seramai hampir 200 orang yang mewakili 550 peneroka Felda Gugusan Bera telah hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh pagi semalam, bagi memberi sokongan tindakan saman terhadap Felda. Writ saman telah difailkan melalui peguam-peguam Nasar Mirbas Khan dan Hanipa Maidin. Dalam tuntutan itu Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd dikehendaki membayar ganti rugi RM300 juta hasil pernjualan sawit mereka sejak 16 tahun yang lalu. Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Nasar Khan berkata tuntutan peneroka ialah berkaitan Kadar Perahan Dred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana dibayar lebih rendah daripada gred sebenar. “Selain daripada itu peneroka selaku plaintif menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan. “Untuk tahun 2008, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil tersebut ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi,” katanya.


Turut hadir ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang) , Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan) dan Hj.Suhaimi Said (Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Keadilan Pusat), Ustaz Sulaiman Mohamad (Yang Dipertua PAS Bera), Bustamin Abu Bakar (Ketua Cabang PKR Maran), Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta pemimpin-pemimpin peneroka. Sementara itu Tuan Ibrahim ketika diminta berucap, berkata para peneroka hanya menuntut keadilan terhadap hak mereka sendiri tanpa meminta hak orang lain. “Berdasarkan kes-kes saman yang sama dibicarakan di mahkamah sebelum ini, keputusannya menyebelahi peneroka. Ini menunjukkan mereka benar. “Ini muafakat mereka bersama tanpa kira fahaman politik dan latar belakang jadi isu ini adalah kepentingan bersama,” tambahnya.


[Dengan tindakan terbaru ini, maka Felda kini berhadapan dengan ribuan saman daripada para peneroka atas beberapa penipuan dan penyelewengan yang dilakukan terhadap mereka di Pahang. Sebelum ini difahamkan sebanyak 1,061 saman yang sama telah dikemukakan oleh peneroka Gugusan Jengka terhadap agensi itu. Persoalannya, kenapa begitu teruk dan lari dari matlamatnya sekarang?. Mereka tidak lagi membela nasib peneroka, tetapi mengerah keringat dan memperkotak-katikkan pula peneroka terbabit. Tidak hairanlah semakin lama semakin ramai peneroka Felda yang bertindak mengerjakan ladang-ladang mereka sendiri tanpa melalui Felda. Malah disesetengah tempat, mereka yang kuat menyokong kerajaan juga sanggup berbuat demikian. Semua ini membuktikan mereka sudah tidak sanggup lagi ditipu oleh Felda dengan bayaran yang jauh lebih rendah dari yang sepatutnya. Anehnya, Felda mengenakan banyak tindakan kepada mereka ini sedangkan sawi yang dihasilkan itu juga dihantar ke kilang-kilang Felda. Maka kenapa Felda perlu melatah dan takut agaknya hingga membeza-beza kebajikan mereka yang melalui Felda atau menguruskan sendiri ladang. Inilah yang memusykilkan kira sebenarnya. Mereka untung tetapi masih tidak faham].
Share:

3 ulasan:

  1. siapa yang taja anak sehingga ada bapak hahahahahha..politik belaka..sipenaja ada agenda dengan felda,bukan taja saja duit kasi pusing la..itu geng air heh..pelik ajaib..si felda dikatakan pusing duit felda..sipenaja anak ni lagi la dok nak kebas duit felda..sape2 yang rajin tu.tolong la buat kajian dan risikan..sapa yang taja mereka ni..dan ape yang mereka nak dari felda..cuma manikam yang kenal jauhari

    BalasPadam
  2. Biarlah mereka mengambil tindakan mahkamah dan mahkamah membuat keputusannya nanti.Mungkin tuntutan mereka betul,dan kalau betul itu hak mereka,kalau tidak mereka terpaksa menerima hakikatnya.Saya rasa kerajaan BN akan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.Pihak Pengurusan Felda pula perlu memperbaiki kelemahan yang ada,berkaitan dengan hak peneroka,-jangan di abaikan atau di manipulasikan.

    BalasPadam
  3. Macam ni lah pemimpin yang kita cari. Memperjuangkan hak penoroka Pas,PKR, UMNO, atas pagar dan juga yang di bawah pagar. Harap usaha ini berterusan dengan isu-isu yang lain pula tanpa mengira fahaman politik.
    Tapi sayang ada juga suara nakal seperti mahkluk yang kat atas sekali tu.
    Jangan diendahkan, setiap yang baik mesti ada yang jahat sebagai penghalang.
    Harap selepas ini Pemuda UMNO memperjuangkan pula penghapusan TOL kerana dengarnya konsesi leburaya dan dapat kutip RM13 billion sedangkan kos RM6 billion sahaja. Tak dapat hapus pun, dapat separuh pun dah kira OK. Ini penting untuk perkembangan ekonomi negara.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.