script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Telco Setuju Tangguhkan Cukai Perkhidmatan 6% Ke Atas Para Pengguna Talian Telefon Prabayar !!

KUALA LUMPUR 12 Sept - Semua syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju untuk menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar. Bagaimanapun, penangguhan itu hanya terpakai sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Keputusan penangguhan kenaikan kutipan cukai perkhidmatan itu diambil setelah TELCO bermesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim (foto). “Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu. Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. Rais menambah, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar. Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile). Cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan ikut undang-undang negara.


[Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar. Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998. Khamis lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini. Pengumuman itu mendapat bantahan pengguna perkhidmatan tersebut yang turut merangkumi rakyat berpendapatan rendah dan juga golongan pelajar yang menggunakannya].
Share:

9 ulasan:

  1. Jangan lupa:

    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  2. Sebelum ini kerajaan BN melalui syarikat Telemomunikasi (telco) ingin mengenakan cukai 6peratus kepada pengguna talipon prabayar.

    Rakyat mula tunjuk reaksi membantah dan mencaci perangai buruk PM yang berpura-pura tidak tahu cukai tersebut.

    PM berlakon konon-kononnya beliau begitu prihatin pada rakyat dan mencadangkan kepada syarakit Telco agar tidak kenakan cukai kepada pengguna talipon prabayar.

    Sekarang semua syarikat telco bersetuju untuk MENANGGUHKAN kutipan cukai perkhidmatan (GST) sehingga perbincangan semula dilakukan dengan SKMM.

    Ketika ini dalam TV3, semua rakyat memuji kerajaan pemimpin Mohd. Najib Rosmah kerana bertindak cepat menghalang cukai GST dikenakan keatas pengguna pada 15hb. September akan datang.

    Agak-agaknya rakyat jenis mana yang mengatakan bahawa kerajaan BN prihatin pada pengguna talipon prabayar ?

    Sejarah telah mengingatkan kita bahawa setiap kali kerajaan BN menang pilihanraya mereka akan kenakan rakyat dengan kenaikan harga barang dan cukai.

    Kenapa biarkan diri diperbodohkan seperti ahli UMNO Baru...?

    Kita boleh lihat dengan jelas, setiap kali pemimpin UMNO Baru merangkap kerajaan BN menaikkan harga barang.... mereka sebagai ahli UMNO Baru jadi bangang diam membisu. Takut nak menegur tindakan pemimpin mereka yang bersikap menindas rakyat. Sama seperti presidennya takut pada bini.

    Jangan terlalu ghairah cukai GST talipon prabayar ditangguhkan.... ingat .... hanya ditangguhkan saja. Mereka sedang cari idea baru bagaimana nak kenakan cukai itu semula. Mereka telah menipu kita sejak dari 1988 hingga kehari ini. Apakah kita tidak serik-serik lagi ?

    BalasPadam
  3. Kenapa tak tuding jadi saja salahkan BN? Kan lebih mudah...

    BalasPadam
  4. Memang BN salah pun..kjaan BN yg bentangkan dlm budget yg lepas nak kenakan cukai telcos..

    BalasPadam
  5. memang salah bn 100%. bn memang cilaka

    BalasPadam
  6. kemarin yb bn di tempat aku ada rumah terbuka. org-org yb kelihatan menggalas beberapa biji beg yg dipercayai berisi wang utk duit raya diberikan kepada tetamu. wang ini dikatakan 'derma' dari tokey-tokey balak yg mendapat konsesi balak di pedalaman. yb berkaraoke dgn keluarga hingga ke petang.

    BalasPadam
  7. Apa Yang Penting:

    Jangan Pangkah Dacing.

    Jangan tidak-tidak.

    Takde tapi-tapi.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  8. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING.

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam
  9. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING (BN)

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.