script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Melaka, "Gempur" Operasi Pusat Judi "Mesin Kuda", Kerajaan Pahang Serta Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Bila Lagi Agaknya !!

KUANTAN, 23 Sept - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bersikap profesional dalam melaksanakan undang-undang terhadap penduduk di bandar ini. Ia berikutan mereka masih mengamal sikap "double standard" terhadap penguatkuasaan undang-undang yang telah ditetapkan. Apa tidaknya, mereka bertegas dan cukup taat dalam melakukan operasi saman parking, kutipan cukai pintu, lesen pasar malam dan sebagainya. Tetapi dalam waktu yang lain, mereka dilihat terus gagal menangani premis-premis "mesin kuda" yang kini tumbuh bagaikan cendawan di bandar ini. Malah, difahamkan, setakat ini sudah hampir 50 buah premis terbabit beroperasi tanpa ada sebarang tindakan oleh pihak terbabit. Biar pun, Exco Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini kononnya banyak premis haram yang menjalankan operasi "mesin kuda" telah dibenteras namun semuanya itu hanyalah "indah khabar dari rupa" sebenarnya. Kebanyakkan dari mereka langsung tidak turun padang untuk meninjau operasi perniagaan berkenaan yang kini masih beroperasi seperti biasa. Paling menyedihkan ada maklumat, terdapat pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri yang "masuk pintu depan dan keluar pintu belakang" sekiranya diarahkan memantau kegiatan itu.

Operasi Oleh Pihak Berkuasa Gimik Semata-Mata

Soalnya sekarang kenapa kegiatan "haram" ini terus berleluasa tanpa sekatan. Paling mengecewakan bilamana premis yang berkenaan berselindung disebalik "cafe siber". Tinjaun krew kami ke sekitar bandar Kuantan mendapati, rekabentuk premis berkenaan hampir sama disemua tempat. Mereka beroperasi tanpa papan tanda, tanpa lesen dan tanpa segalanya. Biasanya pada pintu pintu berkaca akan ditampal dengan poster "games" bagi mengaburi mata orang ramai kononnya mereka hanya sajikan permainan video dan internet di dalamnya. Agak malang juga bila pelanggan tetap mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Malah, pada bulan Ramadhan yang mulia baru-baru ini pun, begitu ramai yang tidak melepaskan peluang "berjudi" di premis-premis berkenaan. Anehnya, kenapa mereka bebas beroperasi tanpa sekatang?. Siapakah dalang disebaliknya. Malah terdapat maklumat mengatakan sekiranya ada operasi dijalankan oleh pihak berkuasa, mana-mana mereka yang sanggup menyamar ditangkap ketika operasi itu akan dibayar imbuhan tertentu dalam jumlah yang agak besar juga. Ia bagi tujuan untuk diambil gambar kononnya premis berkenaan telah diserbu dan kegiatan tersebut berjaya dilumpuhkan. Masalahnya, beberapa hari selepas itu semua komputer yang dirampas akan "datang semula" ke premis berkenaan sebenarnya. Inilah senario yang berlaku sejak dulu lagi.


Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini perlu adi iktibar buat semua

Bukti, rekabentuk yang hampir sama jelas mengaburi mata orang ramai
premis mesin kuda yang terletak di Jalan Pasar dan Bukit Setongkol
[Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini tentang Kerajaan Negeri Melaka yang mengambil keputusan melancarkan perang habis-habisan untuk menggempur premis dan pengusaha pusat judi berkomputer secara haram haruslah dijadikan iktibar sebenarnya. Kerajaan Negeri Pahang terutamanya Majlis Perbandaran Kuantan perlu serius menangani dan membenteras operasi pusat perjudian ini. Kenapa mereka "menutup sebelah mata" jika benar mereka jujur mahu melaksanakan undang-undang?. Kenapa bila berhadapan dengan rakyat dlaam isu saman parking dan sebagainya, pegawai-pegawai Penguatkuasa MPK sanggup berbalah malah sanggup menimbulkan kekecohan. Alasan yang diberikan agar orang ramai perlu patut kepada peraturan dan mereka hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawab semata-mata. Masalahnya, kenapa dalam operasi mesin kuda ini mereka sendiri gagal patuh kepada undang-undang?. Mana pergi peraturan dan akta yang telah ditetapkan?. Apakah ini adil untuk rakyat?. Mereka langsung tidak mahu bertimbangrasa dalam hal-hal saman parking dan sebagainya. Anehnya dalam hal pusat perjudian haram sanggup pula bertimbang rasa. Apakah ini namanya jujur dalam berkhidmat agaknya?. Rosak MPK kalau begini !].
Share:

13 ulasan:

  1. ..semua dah maklum..aku sejak umur sekolah rendah dah maklum..rupanya dah besar beranak pinak benar la apa yang aku dengar sejak kecil dulu..susah pahang nak berubah..sebab dah jadi darah daging.tp tak mustahil generasi tersebut akan habis masanya.mungkin ratusan tahun lg pahang akan berubah.

    BalasPadam
  2. Umno dengan judi ibarat taik dengan kentut. Dua-dua saling memerlukan.

    BalasPadam
  3. "Kenapa mereka bebas beroperasi tanpa sekatang?. Siapakah dalang disebaliknya"... PDO

    Mudah sahaja PDO, PELINDUNG ya PELINDUNG, disebut golongan nya amno marah, kata semua kesalahan kerajaan punya salah.
    kalau bukan kerajaan siapa yang nak disalahkan, buka stall tak berlesen tepi jalan, datang majlis roboh boleh pulak.
    kakitangan kerajaan bukan sikit penguatkuasa terlalu ramai semua mereka cukup sifat, bukan cacat penglihatan maupun kakitangan.
    Gaji dibayar tiap2 bulan, undang2 ada tapi buat hiasan sahaja.
    Premis judi haram ni bukan kat Melaka saja, seluruh malaysia terutama dalam bandar dan pinggir bandar. Pergi lah kemana mana pun tak susah nak cari, lebih payah nak cari jamban awam dari premis judi. Anggota keselamatan dan penguatkuasa jalan kaki di kaki lima depan premis judi haram, tak nampak yang hampir semua orang nampak, mereka saja yang tak nampak. kalau musuh politik cepat mereka bertindak, silap sikit bertan tan tuduhan dilemparkan bukan amno saja ribut, pencacai juga kelam kabut, PERKaSA juga numpang semangkok.
    Serbuan berlaku juga tapi tak berkala, setahun mungkin sekali itu pun entah lah. Pagi serbuan petang ada yang dah beroperasi semula. Kalau serbuan dibuat melebihi sekali tapi pusat judai terus beroperasi apa maknanya itu, pasti ada sesuatu yang tak kena.
    Pendatang haram pun begitu juga kawan aku sendiri Mat Bangla pernah berkata " apa mau takut itu polis kalau ada wang tidak apa". Aku pun tak berani nak hujah pertahankan, memang kenyataan dan berlaku depan mata, tapi apa boleh buat, Malaysia semua boleh.

    BalasPadam
  4. Umno dengan judi ibarat taik dengan kentut. Kalau ada ayat yang lebih hina itulah yang layak buat mereka.

    Syarikat judi MAGNUM dengan kerjasama Kerajaan UMNO Negeri Sembilan telah membuat OPEN HOUSE Hari Raya,
    Tarikh : 10/09/2011.
    Masa : 7.30 p.m.
    Tempat : Jalan Siow Long Heng (Belakang BSN)

    Nampaknya mereka ni tergamak bagi makan jamuan Hari Raya guna duit judi. Apalah malangnya orang N9.

    Apa yang lebih mengejutkan, jamuan tersebut dihadiri oleh tetamu khas YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan dan juga turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam N9.

    Itulah akibatnya apabila Politik suku, Agama suku tak boleh campur.

    Agama pakai masa nak buat ibadat je, selain pada tu pakai kitab YAHUDI.

    Penyokong UMNO patut malu dengan gelagat pemimpin mereka ini.

    BalasPadam
  5. bukan tak nak laksanakan..banyak sangat kemungkaran di pahang nak lagi dikuantan tu.bukan pihak penguasa tak tahu.mereka ni lebih ariff sebenarnya.sarang pelacuran.hotel vvip.pusat judi dll.mereka tahu sangat dan orang awam pun tahu.kalau tindakan dibuat silap hari bulan kene tekanan dan tindakan..ikan bilis boleh la tangkap..bapak bilis tu sendiri pikir la

    BalasPadam
  6. Di Selangor dan Pulau Pinang judi dah terhapus keran di perentah oleh Pakatan.Walau pun lesen judi di beri oleh kerajaan Persekutuan,tapi premis tempat lesen judi beroperasi di luluskan oleh pihak berkuasa tempatan.Jadi semua premis judi sudah di tutup dan lesen mereka di tamatkan serta merta,atau tidak di perbaharui lagi.

    Semua Club rekreasi yg mempunyai mesen slot judi di Selangor dan PP juga sudah di tutup oleh kerajaan PR.Operasi menghapuskan judi di ketui oleh LGE di PP dan Khalid Ibrahim di Selangor.Operasi mereka mendapat tentangan keras dari orang Umno,tetapi mendapat sokongan hebat dai DAP.Bertuah Pas mendapat rakan seperti DAP.

    Ini adalah berita yg ingin aku baca atau dengar ,tapi sayangnya tak muncul-muncul,alahai.di Selangor pusat-pusat judi haram kian berkembang rancak pula.Tanyalah org yg telah mendapat kemenangan kerana sokongan taiko judi,mengapa berita seperti ini tidak muncul.

    BalasPadam
  7. Kalau pemimpin pakatan tersenarai dalam tetamu jemputan yang didedahkan anon 2:43:00 PM, alahai berkiok kiok Pencacai amno berkokok, tapi kalau syerif amno yang pergi buat senyap jer, agak nya islam amno lain, tuhan nya pun tentu lah tuhan yang lain, islam amno tiada larangan malah digalakan agak nya. Larangan hanya berlaku dalam islam luar amno saja.
    macam kata anon amno 3:29:00 PM di atas lah, lesen kerajaan persekutuan, premis kerajaan negeri lulus, orang luar amno kalau tak cerita kat sini pun semua orang tahu.
    Nak tahu sebab nya cukup mudah...
    Kelantan dah haramkan semua kedai judi, hari ini kerajaan negeri berdepan dengan tindakan saman dari rakan sebantal amno, MCA. Marah nya MCA kepada Tok Guru dan kerajaan negeri Kelantan tak terkira, sehingga MCA terpaksa mengambil tindakan saman kerana menutup pintu rezeki mereka, ini satu tindakan yang merugikan bangsa MCA dan rakan komponen mereka amno. Sumbangan tokeh2 judi ini yang membantu amno setiap pilihanraya.
    Kalau bukan amno yang merestu tindakan MCA berani ke MCA ambil tindakan ini ?

    BalasPadam
  8. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang berdaulat. Tinggal harmoni dengan berbagai kaum, budaya dan agama.

    Tambahan pula dengan hadirmu saudaraku dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Gurka dan Indonesia.

    Hadir mu sebagai wanganegara Malaysia akan menambahkan lagi koleksi pelbagaian kaum, budaya dan agama di Malaysia yang tercinta ini.

    Cuti umum tentu akan bertambah lagi sebagai meraikan perayaan rakyat baru ni. Yang untung tentulah rakyat sebab dapat cuti. Sukanya..

    Maka marilah kita sama-sama mengenali antara satu sama lain. Tanah yang sejengkal kita kongsi sama rata, harta mahsul negara kita kongsi sama rasa.

    Member aku UMNO tentu setuju..

    BalasPadam
  9. sama-samalah kita mencegah kemungkaran

    BalasPadam
  10. PAS adalah pelopor sebenar kemungkaran,

    BalasPadam
  11. Tak salah kan sesiapa .... Masing2 dengan pendapat peribadi masing2 yang disaluti emosi dan nafsu bila bagi komen....ok kita letak ketepi politik fikir secara waras.... Macam mana terlepas pandang... Tetap pihak berkuasa di salahkan gagal memikul tanggungjawab yg diberi.... Pihak berkuasa mewakili kerajaan utk melaksanakan.... Hehehe jadi?.? Logiknya kerajaan yang tidak bersungguh2 untuk bertindak... Memang salah pihak pemerintah atau wakill kepada suara rakyat iaitu barisan nasional.. Masuk jugak politik
    Kesimpulannya tukar kerajaan ...... Sbb yang ada lembab...
    Cuba yang baru beri peluang bersikap terbuka... Kita memberi komen dan pendapat bukan untuk membela mana2 pemimpin , diorang bkn blh sedekahkan pun yasin bila kita mati nanti.... tapi untuk generasi anak cucu dan diri kita sekarang ini... Dah bagi peluang negeri yang banyak hasil bumi, tapi yang paling banyak hutang , siap kalah dalam saman... Utang lagi.... JIKA MAT KILAU MEMPERTAHANKAN TANAH PAHANG KITA LAH KESINAMBUNGGANNYA BUKAN MENGGADAIKANNYA CIAN MAT KILAU HEHEHEH

    BalasPadam
  12. selagi umno memerintah, selagi itulah judi maksiat akan diberi lesen perniagaan, permis2 kuda dan maksiat jugak ada kakitangan pihak berkuasa memberi pelindungan, sbb tu bila ada saja serbuan, ada pulak maklumat bocor...

    BalasPadam
  13. smua makan gaji buta tanggunglah smua di akhirat

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.