script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Majlis Dialog Serta Jamuan Raya Aidil Fitri ANAK Di 'Felda Panching Selatan' Mendapat Sambutan, Kaunter Daftar Tanah Felda Plantation Di Serbu !

KUANTAN, 26 Sept - Majlis Dialog anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Markas PAS, Felda Panching Selatan dekat sini Ahad lalu telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada peneroka dan generasi kedua. Program yang bermula jam 9.00 pagi itu, telah dihadiri oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman (foto) dan Naib Presidennya, Ustaz Aris Fezul Ismail. Selepas berdialog, satu majlis penyerahan borang daftar tanah Felda Plantations telah diadakan. Generasi muda Felda didapati begitu teruja untuk mengisi borang terbabit. Mereka yang ditemui sungguh terharu dengan keprihatinan ANAK mengedarkan borang serta menguruskan kebajikan golongan terbabit. Biar pun mendapat bantahan dan tohmahan daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Dalam satu kenyataan Mazlan menegaskan beliau tidak akan bertelagah dengan badan belia Felda kerana tidak ada untungnya. Baginya matlamat yang sama iaitu memperjuangkan hak belia iaitu mahu mengangkat martabat generasi kedua dan ketiga Felda. Difahamkan MBFM kini sedang sibuk menghentam Mazlan dan terbaru Pengerusinya, Anuar Abd Manap mengatakan tindakan Mazlan dan ANAK mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sebagai tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan belia Felda untuk kepentingan politik (pembangkang). Persoalannya, jika ANAK tidak berbuat demikian, siapa lagi yang boleh memperjuangkan nasib generasi kedua. MBFM, adalah acuan Felda dan gerak kerja mereka lebih berpihak kepada agensi itu termasulah hal Felda Plantation yang sering dipertikaikan. Disamping majlis dialog, turut diadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri dan acara cabutan bertuah pada hari itu.


Mazlan Aliman bersama Ustaz Aris Fezul dan Yuhanis ketika Majlis Dialog

Sebahagian daripada generasi kedua yang mengisi borang Felda Plantation


Kaunter pendaftaran Felda Plantations telah diserbu oleh mereka yang hadir


Borang Felda Plantation laris macam goreng pisang ketika ia mula diedarkan

YDP PAS Paya Besar, Ust.Yusof Embong dan Razali Alias (PKR) juga hadir

Sambutan hangat, antara warga peneroka serta generasi kedua yang hadir
[Turut hadir ialah Ustaz Yusof Embong (Yang DiPertua PAS Paya Besar), Yuhanis Ahmad (Pengerusi ANAK Pahang selaku Ketua Pemuda PAS Jerantut), Ustaz Sulaiman Md.Derus (Ketua Penerangan PAS Kuantan), Hj Zahari Mamat (Ketua Cabang PKR Paya Besar), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) dan lain-lain kepimpinan Pakatan Rakyat. Apa yang menarik, pada majlis itu juga ramai ahli dan penyokong UMNO turut hadir beramai-ramai. Mereka mungkin bosan dengan kerena birokrasi Felda yang dilihat telah menjerat diri mereka mutakhir ini. Lantaran itulah, mana-mana peneroka yang menyerahkan ladang untuk diusahakan oleh Felda akhirnya mengambil alih untuk mengusahakannya secara sendiri. Mereka sudah tidak rela lagi ditipu dengan imbuhan RM1,500 yang diberikan oleh agensi terbabit sebaliknya rakan-rakan mereka menikmati ganjaran yang lebih lumayan daripada itu pada setiap bulan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.