script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Kerajaan Negeri Kenal Pasti Pusat Urut Adakan Aktiviti Tidak Bermoral & Pelacuran !

KUANTAN 9 Sept - Kerajaan Negeri Pahang mengesan pusat urut terutamanya di bandar ini yang menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran bagi menarik ramai pelanggan ke premis mereka. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (foto) berkata, pihaknya mendapati pusat tersebut tumbuh bagaikan cendawan sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. "Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah lama menyedari taktik kotor pengusaha yang tidak bertanggungjawab itu. "Untuk itu, MPK mengetatkan pemantauan dan sebanyak 13 kes diambil tindakan dengan menarik balik lesen perniagaan sejak Julai lalu," katanya. Setiap pendaftaran perniagaan pusat urut akan diteliti lebih lanjut terutama dengan pengambilan warga asing sebagai pekerja di situ, katanya. Beliau menambah, latar belakang pengusaha serta syarikat turut diperiksa supaya mereka yang ingin membuka pusat tersebut tidak disenarai hitam kerana didapati menjalankan kegiatan itu. ''Justeru orang ramai diminta segera aporkan kegiatan tidak bermoral itu kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah yang kini membimbangkan,'' tambahnya.


Pusat-pusat pelacuran ala rumah urut kini tumbuh bagaikan cendawan
di bandar Kuantan, siapakah yang harus dipersalahkan agaknya

[Sepatutnya Kerajaan Negeri Pahang bukan sekadar mengambil tindakan terhadap pusat urut yang menawarka kegiatan tidak bermoral ini, namun perlu juga mengambil tindakan terhadap kebanjiran begitu ramai "mak nyah dan ponda-pondan" di bandar ini. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seks terhadap pelanggan. Paling mengecewakan, bulan Ramadhan dan malam raya pun mereka masih terus beroperasi. Tindakan terhadap pusat urut terkadang ada masalahnya kerana Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri tidak serius dalam menangani masalah ini. Itu belum termasuk pusat-pusat yang dututup kemudian dibuka semula ikut pintu belakang atas kerjasama pihak yang berkenaan. Akhirnya sampai bila-bila pun kegiatan pelacuran ini tidak dapat diatasi gara-gara ada "orang dalam". Kerajaan perlu bertegas dan mengambil tindakan hingga ke akar umbi jika benar-benar mahu melihat bandar Kuantan bebas dari sarang pelacuran. Kami akan dedahkan dalam laporan seterusnya].
Share:

13 ulasan:

  1. Patut la selama ni pun memang tak betul.

    BalasPadam
  2. UMNO Baru versi Tun Mahathir pewaris penjajah Brirtish

    BalasPadam
  3. Meletop berkecai ANON Sunday, September 11, 2011 12:48:00 AM

    Rupa-rupanya yahudi laknatullah mengaku islam anutan agama islam umno

    nauzubillah....

    Neraka Jahanam menunggu anon ini teman sekutu syaitan dn iblis

    BalasPadam
  4. UMNO baru versi Tun Mahathir pewaris british...PAS versi Mat Syabu pewaris komunis...

    BalasPadam
  5. mana tau Neraka Jahanan menungu polan tu polan ini masuk neraka? awak pemegang kunci pintu nereka. kitab mana rujukan tuan atau guru mana yg mengajar "agama islam UMNO' adakah tuan mengatakan PAS itu agama? sedarkan tuan siapa diri yg boleh menentukan siapa ka neraka jahanan satelah mati..

    BalasPadam
  6. Bantulah Rakyat Untuk Bantu Rakyat Yang Lain:

    Jangan Pangkah Dacing.

    -MatCermin-

    BalasPadam
  7. megaview, citiview, grandcond, hotel suraya, ms garden semua ada urut dan extra servis, pehak penguasa tahu, tapi buat2 tak tahu..

    BalasPadam
  8. Memang pihak penguasa tahu, tapi tak ambil tindakan. Tahu hanya ambil tidakan kompaun dan saman parkir tak kira waktu samaada siang atau malam.Depan dan belakang Hotel Champange Jln Haji Ahmad berapa banyak rumah2 urut disitu, siap terang2 dengan papan tandanya.

    BalasPadam
  9. laaaa......jangan la tutup....tak g lagi ni

    BalasPadam
  10. Comfirmed Salah BN & UMNO...

    BalasPadam
  11. dato jugak yang keluar statement.mane pegi mb ni..kuantan ni bukan besar mane pun..sarang pelacur malam2 korang boleh nampak mcm kupu2 malam.ini bukan masalah.takde ustat.bukan masalah jabatan agama dekat bandar kuantan.bukan masalah masjid besar.tp masalah kita tak mau buat kerja.kalau jalan ke teluk cempedak tu amboi macam bali pulak tgk pub saja.yang besungguh membenteras ade tp yang menggalak lagi banyak.

    BalasPadam
  12. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING.

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam
  13. Yang penting apa?

    TERUS PANGKAH DACING (BN)

    Tidak-tidak... JANGAN!

    Tapi-tapi... TOLAK TEPI!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    HIDUP BN!

    -CerminHikmat-

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Ambil Keterangan Rakan Serumah Bagi Membantu Siasatan Kes Seorang Penuntut Wanita Maut Dibunuh Teman Lelaki Di Kuantan

KUANTAN: Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.