
KUANTAN, 30 Sept [12.03 pm] - Ramai pihak yang kecewa dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) yang menipu dan memperalatkan guru-guru yang hadir ke Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang di Hotel Vistana Kuantan pada hari Rabu yang lalu (28 Sept) untuk tujuan menyebarkan dakyah politik pihak tertentu. Malah, tindakan tersebut lebih jelek daripada apa yang dilakukan oleh Biro Tata Negara (BTN) selama ini. Guru-guru dipaksa hadir dengan meninggalkan waktu persekolah masing-masing, hanya untuk mendengar kata nista, kutukan, cacian, hinaan dan berbagai lagi tohmahan yang dilemparkan kepada parti pembangkang. Tindakan tersebut jelas sekali, merosakkan kredibiliti jabatan terbabit yang diamanahkan menjaga hal ehwal pendidikan selama ini. Mereka tiba-tiba lari dari matlamat dan tergamak dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Paling menyedihkan, para guru yang hadir dipaksa mendengar ceramah dan menerima apa jua fitnah jahat yang dilemparkan, seolah-olah guru-guru terbabit adalah "tunggul kayu" yang senang untuk diperkotak-katikkan. Tindakan ini jelas sekali satu penghinaan kepada institusi perguruan itu sendiri sebenarnya. Pengarah Pelajaran Pahang, Dato' Hj.Mazlan Mohamad (foto) digesa menjawab isu ini dengan segera. Ini kerana mereka adalah pihak yang perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku. Tindakan memperbodohkan golongan pendidik adalah satu perbuatan biadap yang sukar untuk dimaafkan sebenarnya. Guru bukanlah golongan bawahan yang tidak mempunyai akal fikiran dan pendirian. Mereka juga punyai hak untuk menentukan hala tuju politik masing-masing tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Justeru, pihak berkenaan diminta memohon maaf kepada guru yang berkenaan atas keterlanjuran ini. Jika tidak, rakyat pasti akan terus hilang kepercayaan kepada institusi pendidikan itu sebenarnya.
[Difahamkan kini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahakan siasatan dilakukan terhadap mereka yang mendedahkan maklumat sulit ini. Tindakan ini adalah keterlaluan kerana JPNP sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan dan menjawab kekeliruan yang berlaku ini bukannya menjejaki pemberi maklumat. Tindakan itu juga membuktikan JPNP kini sudah terlalu takut dan malu dengan apa yang berlaku. Anehnya, ketika merancang dan menjalankan program tersebut mereka langsung tidak terfikir ke arah itu. Kini, "nasi sudah menjadi bubur", satu dunia sudah tahu betapa biadapnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sekarang ini. Mempolitikkan institusi perguruan adalah satu tindakan yang jelas tidak boleh diterima terutamanya bagi para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menutut ilmu di sekolah. Apakah pihak terbabit fikir hanya anak-anak orang UMNO BN sahaja yang belajar di sekolah-sekolah agaknya?. Guru yang berprinsip pasti akan kecewa dengan tindakan ini. Tidak perlu dicari pemberi maklumat, tapi carilah jalan bagaimana mahu memohon maaf atas apa yang berlaku. Difahamkan, berita ini juga akan disiarkan oleh laman-laman popular yang lain selepas ini. Bertambah malu besar JPNP dengan senario terbaru ini. Justeru, peliharalah kemulian bidang pendidikan sebagai wadah untuk memartabatkan ilmu dan bukan untuk kepentingan politik pihak tertentu di masa akan datang. Maka, berfikirlah sebelum bertindak].
Guru ni boleh di katakan gulungan yg boleh berfikir dengan sendirinya,apa nak di takutkan. Kalau apa yg di sampaikan kepada mereka salah,mereka akan tolak.Tapi kalau mereka fikir ianya betul,mereka akan terima.Mereka juga tak perlu hanya melihat lakunan pihak tertentu di ceramah politik,mereka juga perlu di dedahkan dengan fakta,dan situasi sebenar gelagat pembangkang.Aku tahu nkalau DSB yg datang ada sesuatu yg besar yg mahu beliau sampaikan,ianya berkaitan dgn Wak Sodo.
BalasPadamSekarang masa BN memerentah,mereka ada kuasa ,jadi mereka buat apa yg mereka rasa boleh membantu mereka.Kalau PR memerentah nanti,siapa boleh jamin perkara yg sama atau mungkin yg lebih buruk tidak di lakukan.Melihat gelagat mereka yg baru mendapat sedikit kuasa,dan gelgat biadap sesetengah penyokong mereka aku rasa ianya lebih teruk nanti.
Apa kata JPNP paksa guru-guru isi borang masuk UMNO atau BN.
BalasPadamDengan cara ini JPNP tak perlu bersusah payah buat program yang seumpama ini.
Mana-mana guru yang ingkar haruslah diambil tindakan tatatertib.
tahniah buat JPNP kerana inovatif untuk jadi jaguh perkakas BN...diharap dapat anjurkan lagi program2 seperti ini supaya loya di tekak rakyat terus dapat dimuntahkan seterusnya hayat BN lebih cepat untuk ditamatriwayatkan...majoriti guru sokong buku jingga
BalasPadamJPNP tak yah cari pemberi maklumat, majlis tu bukan tertutup dik oiii, terbuka sesiapa pun boleh komen... no problem, cikgu pun boleh berfikir...
BalasPadamSaya harap Jabatan Pelajaran Negeri Pahang tidak mengikut jejak Jabatan Pelajaran Kelantan dan Terengganu yang terang-terang menjadi perkakas Umno. Hingga kini kebanyakan guru-guru di Pahang masih memandang tinggi kepada profesionalisme pegawai-pegawai di JPNP. Namun apa yang berlaku dalam Program Pengurusan Pementoran sedikit sebanyak telah melunturkan kepercayaan kami. Saya harap Pengarah JPNP jangan mencari populariti politik demi kepentingan peribadi. Apakah tuan Pengarah tidak menyedari ramai guru yang hadir pada hari tersebut memiliki kelulusan yang lebih tinggi daripada pegawai JPNP. Bagi kami propaganda dan hujjah yang dangkal yang dikemukakan oleh penceramah mencerminkan betapa rendahnya tahap keintlektualan mereka yang perlu diambil perhatian serius.Jangan kerana kebodohan mereka menyebabkan institusi pendidikan menjadi mangsa.
BalasPadamKalau bukan spesies umno takkan mencium nak jadi pengarah pelajaran tetapi kali ini pahang mendapat seorang pengarah yang paling bengong.
BalasPadamhttp://tukulbesi.blogspot.com/2011/09/jabatan-pelajaran-rela-dilacur.html
BalasPadamSaya sarankan pengarah JPNP berhenti dan masuk UMNO.
BalasPadamLepas tu bertanding dalam PRU 13 nanti.
Tapi jangan bertanding di kawasan bandar atau separa bandar, takut kalah tertonggeng nanti.
Perggh......
BalasPadamAda title HJ, tapi salah guna kuasa.
Hj Mabrur atau Hj Marlboro.
PR kena buat sesuatu,ikut macam mana Mahathir buat terhadap sekolah rakyat yg mana guru-gurunya menyokong Pas dulu,tarik bantuan ,guru-guru tu tak dapat gaji nanti baru dia orang tahu.
BalasPadamGuru pengetua yg tak reti bahasa ni jenis benggong.Orang cakap tranformasi pendidikan dia kata pasal politik pulak. Fahamlah sikit. Kalau dah kene rasok politik pembangkang tu semua orang cakap jadi politik sebel;ah pembangkang. Entah siapa buat lah bodoh ni.
BalasPadamTu le duduk hotel sedap, nak makan sedap nak pergi kursus cepat aje sebab tinggal sekolah tapi orang gi kursus faham ininya tapi gah jadi cikgu pun tak faham lagi....BODOH punya orang. Jangan jadi cik gu pengetua BODOH macam ni. Pengkhianat!!!!!!
Betul saranan Amin di atas. Pengarah dan pegawai-pegawai di JPNP perlu menjauhkan diri dari terlibat dengan urusan yang bukan tugas hakikinya. Kalau nak berpolitik boleh. Tapi berhenti dulu kemudian masuk bertanding dalam PRU 13. Biar rakyat yang menilai. Guru sekarang semakin matang dan cerdik. Mereka mengikut perkembangan semasa dan mempunyai pendirian politik masing-masing....so
BalasPadamFriday, September 30, 2011 5:44:00 PM
BalasPadamAwak tu yang bodoh bangang tahap gaban.
Cuba awak tengok risalah yang diedarkan tu. Transformasi apa kalau kerja berkempen untuk parti politik tertentu.
Itu premis kerajaan la bukan premis umno.
Selagi ia bernama umngok bn ia tetap akan laknat dan segala tingkah laku tutur bahasa puak ini mengikut acuan abu jahal abu lahab benih-benih anak cucu syaitan dan iblis laknatullah
BalasPadamBodoh,bengap,bacul,talibarut,balaci. Itulah Pengarah Pelajaran zaman British. Dato Hj Mazlan tidak layak jadi pengarah kerana kerana kebodohan, kebengapan, kebaculan nya mudah leka dengan hasutan dan arahan Kementerian Pendidikan supaya ikut arahan. Malang sekali guru2 diPahang. Anda sedang diarah oleh petualang UMNO/British.
BalasPadamBertuah la kakitangan JPNP mempunyai Pengarah macam ni....
BalasPadamTahniah!!!!.....kerana berani menunjukkan Kebodohan nya.Bukan nak memikirkan macamane nak memajukan anak bangsa.
Duk sibuk politik pulak dia....
BANGANG............BODOH!!!!!!
BANGANG............BODOH!!!!!!
BANGANG............BODOH!!!!!!
BANGANG............BODOH!!!!!!
Dia ingat para cikgu bodoh macam dia ke? Bodoh betul penganjur program ni...... Program ni boleh buat kat tanjung rambutan je.....
BalasPadamJangan kata bodoh, bangang kat pengarah kerana bukan JPN menganjurkan ceramah tersebut tetapi IAB. Yang salah IAB bukan JPN sebab fail dari IAB.
BalasPadamSaya harap IAB jangan sangat sibuk berpolitik sebab banyak lagi agenda perguruan yang belum selesai.
Dua2 memang bangang. Benda tu tak masukpun dalam agenda pendidikan nasional. Itu adalah agenda UMNONGOK. Jd kalu buat ikut UMNONGOK memaang barualah jwbnya. Aku sokong kalu nak politik, letak jawatan msk betanding. kalu kalah balik kampung noreh. Ityupun kalu ada kampung la... Bangang punya pengarah & sapa2 yang ikut peelnya...
BalasPadamInilah dia kalau cikgu yg bodoh bodoh jua jadinya. Apalah dia kata penmganjur ni bodoh. aku pun ade kat situ. Tak de sorang pun orang yg merungut dan maki hamun pengarah ker , IAB ke... semuanya menikus setuju.Tapi bila dah habis kursus,,, rumah siap pahat berbunyi. Orang macam ni masa kursus batu dia terpelesok kedalam. PENAKUT... betul le kau org ni ekstrem pembengkang. Aku ni ingat PR tu ok tapi bila macam ni... aku rasa UMNO lagi tersangat OK. Ade Rasionalnya.TAUBAT2222222 le geng.Kite ni makan gaji. Sebelum suruh pengarah tanding PRU 13 kau tu berenti dulu jadi cik gu...kau dulu bertanding sebelum pengarah
BalasPadamKalau X BODO & Jahat,
BalasPadamBukan la United Myanmar & Nepal Organization namanya......
Ngapa marah benor ni weh.Cekgu tak marah awok pulok marah.Sebenor nye mejoriti cekgu memang sokong Umno.kawan dah kira,cekgu yg kawan kenai 80 % sokong Umno.di taman perumahan kawan ni 60% cekgu dan memang pekat Umno.Nampaknya mana tempat cekgu ramai tak menanglah PR.
BalasPadamDulu masa pok sedara kawan bertanding p.raya atas tiket Umno kawan ingat lagi,yg jadi jentera p.raya dia cek gu belaka.tapi dia orang bagus juga,walau pun diaorang tau kawan pembangkang masa tu,dia orang layan biasa je.skang ni kawan dah sama dgn dia orang, Umno weh.
United Melayu No Otak
BalasPadamCILAKE...punye org..........bodoh
BalasPadamCikgu yg tak sokong bn...lanchiaululaa....berenti je la keje
BalasPadamhidup pengarah, hidup bn, malaysia boleh, guru2 yang tak sokong bn boleh pegi mampus
BalasPadamBukan isu sokong atau sebaliknya. Soalnya majlis tersebut untuk memantapkan P&P guru dan meningkatkan kompetensi murid dalam menguasai kemahiran ataupun tidak. Selebihnya, kehadiran tersebut hanya untuk menunaikan agenda kotor dan keji pihak penganjur. "Kamu boleh bawa kuda ke perigi, namun kamu tidak boleh paksa kuda untuk minum air"
BalasPadamGaji cikgu bukanya UMNO yang bayar bodoh,,,,,. Tu duit kerajaan., Kalu kita cakap di majlis tu mesti SB ambil nama kita dan hantar kita ke pendalaman. Tu sebab kita tak cakap dimajlis tu... bangap. Lu pikir la sendiri.......
BalasPadamPermasalahannya di sini ialah majlis pendidikan dan keilmuan telah dilacurkan kepada parti politik. Tak kiralah apa pun mazhab politik mereka tapi janganlah campur adukkan politik dengan pendidikan macam UMNO selalu kata kat orang PAS, agama tak leh campur dengan politik.....
BalasPadamTak dapat di nafikan Cikgu2 memang pandai cari duit.....
BalasPadamMana ada duit di situ ada CIKGU2....
Marilah kita sama-sama mendaulatkan institusi pendidikan negara tanpa ada apa-apa pengaruh dan gejala negatif dari mana-mana pihak sekalipun.
BalasPadamIni penting kerana institusi ini tunjang kekuatan modal insan negara.
Daulat macamane kalau CIKGU2 duk sibuk main politik aje....
BalasPadammacam ustaz kahar je tu......
BalasPadamAnon 12:39 PM,
BalasPadamJika kenyataan anda itu hakikat, tak lah umum melihat guru-guru adalah pakturut UBN. Sorong 'seulas dua' gula-gula dah melompat ria macam 'kera'... Prinsip dan kebenaran lenyap bersama gegula yang diperisakan itu... BENGONG.
gaji kerajaan bayar ertinya kerajaan itu bertangggungjawablah namanya. bangnnggang!!!Bukan kerajaan PR itu kerajaan BN namanya.Kerajaan BN tu ketuanya UMNO.... bukan Anuar...bangnggang.Bodoh betul cikgu ni.. ITulah kepala kalau dah diLIWAT PR memang susah nak tangkap sebab kepalanya dah longgar.
BalasPadamSaturday, October 01, 2011 4:51:00 PM
BalasPadamAwak tu yang BODOH tak tau beza antara hak milik kerajaan atau hak milik parti.
Hak milik parti khusus untuk parti sahaja.
Hak milik kerajaan untuk semua termasuk pembakang sebab semua orang bayar cukai.
Kenyataan awak menambahkan lagi koleksi kebodohan teman-teman awak..
Betul ke Program ini anjuran Jabatan Pelajaran Pahang? Jabatan Pelajaran Pahang hanya menghantar sebahagian sahaja guru. Itu pun dalam kalangan pentadbir sekolah, bukannya guru akademik. Mana dapat maklumat ini? Kalau nak buat fitnah biarlah logik, jangan hentam sembrono. Kalua nak sedap cerita pun biarlah bertempat, kerana guru bukan semuanya menyokong kerajaan walau pun tiap-tiap bulan menerima gaji daripada kerajaan. Walau pun mereka mendakwa gaji yang dibayar berdasarkan tugasnya. Apakah guru-guru yang tidak menyokong kerajaan ini berperanan sepenuhnya sebagai seorang guru? Mendidik anak bangsa seperti yang diarahkan. Atau sekadar untuk memenuhi jadual waktu yang ditugaskan sepanjang minggu? Sebagai seorang kakitangan kerajaan sepatutunya mereka faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat? Soalnya patuhilah tatacara dan akujanji yang ditandatangani. Patut kepada kerajaan, Tidak dinyatakan Kerajaan Barisan Nasional, jadi siapa kerajaan yang memerintah, mereka patut akur, kali ini BN yang memerintah , mereka mesti patut patuh kepada BN, kalau nanti PR yang memerintah mereka mesti patuh kepada PR pula. Kalaulah ceramah itu tak betul, simpan dalam tong sampah, apa salahnya. Saja nak cari kesalahan orang. Ini lah yang susah, apa saja program yang dirancangkan oleh kerajaan ada saja yang tak betul. Entahlah
BalasPadamKepada Anonymous 8:19. Awak ikut tak program tersebut ataupun awak datang hanya untuk tidur. Kalau awak bukak mata yang hadir adalah guru bukannya orang 'hutan'. Sebagai kakitangan kerajaan memang kita kena patuh kepada kerajaan. Tapi kita tidak perlu patuh kepada parti yang meneraju kerajaan. Saya harap awak dapat membezakan antara kerajaan dengan parti politik....satu lagi saya harap awak jangan letak otak di kepala lutut.
BalasPadamSaturday, October 01, 2011 8:19:00 PM.
BalasPadamYang dipersoalkan bukan program kursus tu. Buatlah banyak mana kursus sekalipun.
Tapi yang jadi isu disini ialah pengedaran risalah berbaur hasutan, fitnah atau berbaur kebencian kepada pihak tertentu.
Tak kira ianya datang dari BN atau PR. Yang salah tetap salah tak kira siapa pun yang buat.
Saya harap awak paham pada asas perbincangan ini.
TQ.
dulu hingga kini gitulah budayanya. kerajaan sekarang buat oleh itu carilah kerajaan yang baru caranya baru jika tak berkenan tukar kerjaan lain sampailah kita dapat kerjaan yang baik. kito rakyat patut jadi bos carilah kuli yang baik BN ke PR tapi nampaknya banyak-banyak sembanyang istikharah dekat nga TUHAN dia pasti tunjuk yang baik kalu tak sembahyang tak tahu nak ceriat tanya TUHAN
BalasPadammuka si mazlan seko ni lebih kurang je...ngan ali rosetan melaka ja,misai tebal tandanya umno parti sialan....
BalasPadamBuat Encik Sani, bagus betul bahasa yang digunakan , patutlah pelajar guna bahasa seperti mana encik Sani gunakan kerana mendapat tunjuk ajar dari guru macam cikgu Sani
BalasPadamMembaca komen komen di atas memang menunjukkan warga pendidikan memang matang . Yang utama semuanya tidak suka kepada penyelewengan amanah . Yang pasti Pengarah mestilah seorang yang CERDIK tidak merosakkan kesejahteraan dan perpaduan warga pendidikan samada guru atau kakitangan. Tidak kira lah majlis tersebut arahan AIB atau KP atau MB atau kehendak Pengarah wajib ia tidak dicampur adukkan dengan politik..... warga pendidikan TIDAK SUKA hal berkaitan politik di biacarakan semasa waktu bertugas. Ianya hanya di dalam hati dan fikiran masing masing... Kalau Pengarah suka kuda dan suka di kudakan pun janganlah nak kudakan kakitangan bawahan untuk kepentingan peribadi...dan timb menteri usah nak jadikan platform sokongan warga pendidik sebab selepas pilihanraya nanti belum tentu menang dan kalau memang belum tentu di pilih semula ke dalam kabinet.....JANGANLAH TERDESAK SANGAT TIMBALAN MENTERI PELAJARAN OOOOIIIIII Kami dah jadi menyampah pulak kepada kamu.... TIDAK ADA LANGSUNG usaha dari kamu sendiri nak menambah baik perkhidmatan pendidikan baik terma perkhidmatan mahu pun untuk tujuan kemajuan akademik anak bangsa.wasalam
BalasPadamJawapan Kepada ke Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang
BalasPadamDakwaan
KUANTAN, 30 Sept [12.03 pm] - Ramai pihak yang kecewa dengan tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) yang menipu dan memperalatkan guru-guru yang hadir ke Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang di Hotel Vistana Kuantan pada hari Rabu yang lalu (28 Sept) untuk tujuan menyebarkan dakyah politik pihak tertentu.
Jawapan
Ini bukan dakyah politik tetapi ruang untuk menerangkan kebenaran dan malumat perkara yang sebenarnya berlaku dalam arena politik negara.
Ya Memang ramai gulungan iblis ,pembelot dan hipokrit yang akan kecewa bila kebenaran di dedahkan kepada guru guru .
Apa yang hendak ditakutkan biarlah guru sendiri menilai kesahihan segala maklumat yang diberi mengapa perlu resah macam kucing nak beranak seolah olah takut pekung dibontot diketahuwi orang ramai
Dakwaan
Malah, tindakan tersebut lebih jelek daripada apa yang dilakukan oleh Biro Tata Negara (BTN) selama ini.
Jawapan
Adalah tidak jelek memaklumkan perkara yang berkaitan kebenaran,Yang jelek ialah bersekongkol untuk melakukan penipuan dan pengkhianatan dan manipulasi terhadap bangsa yang selama ini membasuh punggung mereka.
Dakwaan
Guru-guru dipaksa hadir dengan meninggalkan waktu persekolah masing-masing, hanya untuk mendengar kata nista, kutukan, cacian, hinaan dan berbagai lagi tohmahan yang dilemparkan kepada parti pembangkang. Tindakan tersebut jelas sekali, merosakkan kredibiliti jabatan terbabit yang diamanahkan menjaga hal ehwal pendidikan selama ini.
Jawapan
Kredibiliti guru bukan saja tidak terjejas bahkan menjadi lebih utuh kerana mereka mendapat banyak maklumat yang berguna yang selama ini gagal diketahui.Mereka lebih faham dan jelas mengenai dakyah palsu dan perjuangan pengkhianat dan pembelot yang akan melingkupkankan anak bangsa mereka
Dakwaan
BalasPadamMereka tiba-tiba lari dari matlamat dan tergamak dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.
Memperjuangan nasib bangsa sediri adalah satu Matlamat yang suci. pengkhianat dalam apa jua bentuk mesti didedahkan dan dihapuskan
Paling menyedihkan, para guru yang hadir dipaksa mendengar ceramah dan menerima apa jua fitnah jahat yang dilemparkan, seolah-olah guru-guru terbabit adalah "tunggul kayu" yang senang untuk diperkotak-katikkan.
Jawapan
Tiada fitnah dan caci nesta yang dilemparkan kecuali kebenaran yang terang dan nyata.Kesedihan berlaku apabila mereka sedar yang selama ini telah diperbodohkan oleh pengkhianat dan pembelot yang bertopengkan agama yang menjadi alat anti melayu
Dakwaan
Tindakan ini jelas sekali satu penghinaan kepada institusi perguruan itu sendiri sebenarnya.
Jawapan
Institusi perguruan adalah kekal utuh kerana warga pendidik akan lebih arif ,berpengetahuan dan mampu menelanjangkan segala bentuk, manipulasi dan tohmahan yang direncanakan oleh pakatan pembelot mempengaruhi fikiran rakyat dan anak anak.
Dakwaan
Pengarah Pelajaran Pahang, Dato' Hj.Mazlan Mohamad (foto) digesa menjawab isu ini dengan segera. Ini kerana mereka adalah pihak yang perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku. Tindakan memperbodohkan golongan pendidik adalah satu perbuatan biadap yang sukar untuk dimaafkan sebenarnya.
Jawapan
Dato’pengarah tidak perlu meminta maaf mengenai isu ini,Guru guru melayu perlu disedarkan dari mimpi supaya bangun bertindak untuk menentang ancaman penghianat pengkhianat yang berhasrat untuk memusnahkan warisan bangsa.
dakwaan
Guru bukanlah golongan bawahan yang tidak mempunyai akal fikiran dan pendirian. Mereka juga punyai hak untuk menentukan hala tuju politik masing-masing tanpa perlu dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Justeru, pihak berkenaan diminta memohon maaf kepada guru yang berkenaan atas keterlanjuran ini. Jika tidak, rakyat pasti akan terus hilang kepercayaan kepada institusi pendidikan itu sebenarnya.
Jawapan
Ya Guru memang bukanlah golongan bawahan oleh itu biarlah mereka didedahkan dengan segala maklumat supaya mereka dapat membuat keputusan dan penilaian kendiri mengenai isu isu yang dipaparkan
.
Dakwaan.
BalasPadam[Difahamkan kini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahakan siasatan dilakukan terhadap mereka yang mendedahkan maklumat sulit ini. Tindakan ini adalah keterlaluan kerana JPNP sepatutnya mencari jalan bagaimana mahu menyelesaikan dan menjawab kekeliruan yang berlaku ini bukannya menjejaki pemberi maklumat.
Jawapan
Pengkhianat dan pembelot harus dicari dimana saja mereka berada.Ini adalah Fitrah dunia.Tangan yang melempar batu tidak akan dapat disembunyikan lama kelamaan akan terjumpa juga akhirnya
Dakwaan
Tindakan itu juga membuktikan JPNP kini sudah terlalu takut dan malu dengan apa yang berlaku. Anehnya, ketika merancang dan menjalankan program tersebut mereka langsung tidak terfikir ke arah itu. Kini, "nasi sudah menjadi bubur", satu dunia sudah tahu betapa biadapnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang sekarang ini. Mempolitikkan institusi perguruan adalah satu tindakan yang jelas tidak boleh diterima terutamanya bagi para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka menutut ilmu di sekolah
Jawapan
Membela maruah bangsa bukan satu perkara biadap bahkan ianya adalah menjadi tuntutan setiap umat melayu.Tujuan parti politik melayu sebenarnya memang untuk membela kedaulatan bangsa yang tercinta.Biar satu dunia tahu bahawa orang melayu mempunyai keupayaan untuk bertindak bahkan bergadai nyawa sekiranya mereka diancam dan dihina
Dakwaan
. Apakah pihak terbabit fikir hanya anak-anak orang UMNO BN sahaja yang belajar di sekolah-sekolah agaknya?. Guru yang berprinsip pasti akan kecewa dengan tindakan ini. Tidak perlu dicari pemberi maklumat,
Jawapan
Guru yang mempunyai perinsip dan jati diri tidak akan kecewa bahkan akan berterima kasih kerana menyedarkan mereka tentang bahaya yang akan dihadapi oleh anak bangsa mereka pada masa hadapan ditangan pembelot dan pemuka pemuka keparat ini.
Dakwaan
tapi carilah jalan bagaimana mahu memohon maaf atas apa yang berlaku.
Difahamkan, berita ini juga akan disiarkan oleh laman-laman popular yang lain selepas ini. Bertambah malu besar JPNP dengan senario terbaru ini. Justeru, peliharalah kemulian bidang pendidikan sebagai wadah untuk memartabatkan ilmu dan bukan untuk kepentingan politik pihak tertentu di masa akan datang. Maka, berfikirlah sebelum bertindak].
Jawapan
Kemuliaan bidang pendidikan adalah apabila kebenaran itu dijulang dan kebatilan di dedahkan Justeru Adalah menjadi tanggung jawab pihak guru untuk mendapat maklumat sebanyak mungkin mengenai kebenaran supaya boleh mendidik dan menasihati anak bangsa .Menipu,memutarbelit fakta,bersekongkol untuk mengkhianati bangsa sendiri bukan satu perkara yang mulia tetapi amat keji .Babi lebih mulia dari pada pembelot pembelot ini
Adalah lebih baik malu kerana memperjuang bangsa sendiri dari dihormati kerana menjadi kuda tunggangan pengkhianat
BalasPadamTepat sekali Bro
BalasPadamRamai melayu dalam tentera, polis,rela,ngo melayu,kakitangan awam yang lain dan rakyat jelata sedang memerhati Gelagat pembelot pembelot in dengan penuh khusyuk dan tawaduk.Masa mereka semakin hampir