Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Panas: Lajim Ukim Jumpa Tok Guru Nik Aziz Hari Ini, Apakah Ia 'Petanda' Beliau Bakal Sertai PAS !

KOTA BHARU, 23 Julai - Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam UMNO, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan UMNO Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu."Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha UMNO Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan berkenaan diambil.


Lajim Ukim ceria semasa beramah mesra dengan Tok Guru Nik Aziz hari ini

“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. “Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan,” ujarnya. Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat belanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis-majlis daerah di negeri ini. sumber

[Perkembangan ini sungguh mengejutkan sebenarnya dan pastinya membuatkan UMNO BN semakin risau dan bimbang dengan situasi yang berlaku. Lajim Ukin kini semakin menjadi bualan di kalangan rakyat di Sabah. Beliau kini dilihat liabiliti untuk BN mengekalkan penguasaan di negeri itu pada PRU-13 akan datang. Jika benar, beliau akan menyertai PAS maka hancurlah harapan orang-orang seperti Shafie Afdal yang bertempik kononnya kerajaan pusat sudah membela nasib rakyat Sabah. Walhal, hakikat yang berlaku Sabah kini masih lagi dibelenggu kemiskinan yang kronik disamping kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum nanti. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu Lajim Ukim ini hendaknya. Jika benar dia akan bersama Pakatan Rakyat, maka ia satu tamparan cukup hebat buat UMNO BN pada kali ini. Harapan besar untuk menakluki Putrajaya pasti akan tercapai jua nampaknya kini].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

LAJIM UKIN. siapa tak kenal Lajim Ukin? PDO mungkin tak kenal siapa itu Lajimm Ukin, sebab itu jadi 'lajim ukim'. Tapi bagi orang yang kenal rapat dengan Lajim Ukin tidak akan terkejut malah sudah menduga sejak awal tahun ini (2012) akan 'halatuju' Lajim Ukin. Malah kalaupun Lajim Ukin bertindak menyertai PAS atau PKR, itu bukan sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan. Kita lebih terkejut dan seolah tidak percaya apa bila suatu ketika dulu Pairin Kitingan bertindak membawa PBS keluar dari BN lantaran terlalu yakin BN bakal kecundang di tangan gabungan pembangkang yang dianggotai antaranya Parti S46 (Semangat 46) ketika itu. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Akhirnya Pairin kembali mengemis membawa PBS kembali ke apngkuan BN. Hanya orang yang pendek akal dan buta sejarah yang tidak mampu menilai dan menganalisis 'percaturan' 'lajim ukim' ini.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]