script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pengadu Kecewa 'Aduan Maksiat' Tidak Di Layan Oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) !

KUANTAN, 24 Julai - Orang ramai kecewa dengan ketiadaan Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang ditugaskan untuk memantau aktiviti maksiat di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Menurut salah seorang pengadu yang menghubungi kami malam tadi, beliau datang ke pejabat JAIP untuk membuat aduan dan laporan mengenai aktiviti maksiat tetapi tidak ada mana-mana pegawai yang dapat mengambul berat laporan yang dibuatnya. "Saya agak hairan, adakah penguatkuasa JAIP bercuti pada bulan Ramadhan?. Saya datang ke pejabat JAIP untuk mengadu tentang aktiviti maksiat di Jalan Kg.Tengah berhampiran Restoran Hj.Lee & Dah, dimana terdapat pasangan muda mudi yang tinggal bersama di situ tanpa ada sebarang halangan. Mereka menyewa bilik di kawasan itu dan tinggal berdua-duaan. Saya ada bukti dan saksi yang melihat kejadian itu. Maka saya datang atas keprihatinan untuk menegakkan syiar Islam di bulan Ramdhan. Namun agakl kecewa apabila saya hanya dilayan oleh pengawal bangunan terbabit sahaja. Beliau cuba memberikan nombor pegawai untuk dihubungi. Namun semua panggilan tidak berjawab seolah-olah semua penguatkuasa bercuti bulan ini", katanya dengan nada kecewa. Beliau juga hairan kenapa JAIP tidak membuka operasi 24 jam, sedangkan aktiviti maksiat sebenarnya berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu.

[Pihak kami akan cuba menghubungi JAIP untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini. Jika benar dakwaan mereka tidak mengadakan operasi di bulan Ramadhan kerana memikirkan mereka yang mahu membuat maksiat menghormati bulan puasa, maka ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Mereka yang membuat maksiat tidak mengira bulan puasa atau pun tidak. Sepatutnya, setiap aduan perlu dilayan dengan sebaik mungkin dan JAIP perlu meletakkan pegawai yang bertugas sepanjang masa untuk memantau aktiviti maksiat ini sebenarnya. Jika dilihat hari ini, orang ramai sebenarnya boleh tahu masa bila JAIP membuat operasi dan masa bila "line clear". Jika ini keadaannya, ia amat berbahaya dan aktiviti maksiat sukar untuk dibendung. Nantikan, laporan seterusnya dari JAIP].
Share:

12 ulasan:

  1. Pengadu jika tak dapat hubungi Penguatkuasa JAIP, boleh hubungi pihak PDRM, ketua kampung, imam masjid..diaorang tangkap dahulu, bila siang serahkan kepada pihak JAIP..

    BalasPadam
  2. yang ko pergi menyibuk hal orang lain buat apa. lagipun pegawai jaip tu pergi terawih kot. ko yang tak pergi terawih lepas tu nak skodeng orang

    BalasPadam
  3. "yang ko pergi menyibuk hal orang lain buat apa. lagipun pegawai jaip tu pergi terawih kot. ko yang tak pergi terawih lepas tu nak skodeng orang.."
    Sikap mcm ni lah yg menyebabkan sistem masyarakat kita yg sedia teruk menjadi bertambah teruk.. mintak2 jgn la sampai 1 tahap, bila dh pasangan bergumpal depan mata pn pihak berkuasa & masyakat x dpt bbuat apa2 sudah la..

    BalasPadam
  4. anon 8.32am: org macm kau la yang menghancurkan masyarakat.... bodoh punya statement..

    BalasPadam
  5. anon 8:32am ni ntah sihat ntah tidak otak dia. kalau niat nk skodeng, x payah repot kt jaip. dan kpd pegawai jaip, bukan berapa mahal kopiah yg dipakai @ berapa tinggi pejabat korang bekerja, tp sikap amanah menjalankan tugas yg dituntut. kalau kerja asyik 'mengulo' je, baik letak jawatan, bg pada yg lebih baik. suka kalau anda dituduh bersyubahat?

    BalasPadam
  6. orang awam patut faham...berapa ramai sangat staff penguatkuasa JAIP di kuantan dan juga didaerah-daerah lain..diaorang time bulan ramadhan ni, nak juga buat ibadat..siang dah kerja waktu pejabat..malam kasi canlah diaorang gi masjid..solat tarawih, diaorang nak juga bersosial dengam masyarakat..bukan nak tangkap orang je..

    BalasPadam
  7. tidak hairanlah sekarang ni dah terlalu ramai syaitan bisu.....

    Dimana lagi hendak kita mengadu kalau dah pada orang sepatutnya kita mengadu tidak ambil pooot.

    BalasPadam
  8. Ko lapor kat JAIP pasal org buat maksiat....mana dia org nak layan...cuba ko lapor org buat tazkirah aku pasti dan sure serta confirm mamat2 kat JAIP akan bertindak....

    BalasPadam
  9. penguatkuasa agama di pejabat qadhi tu berapa orang?..rasanya tak sampai 10 orang pun..10 orang nak jaga kawasan sebesar kuantan?..janganlah nak mengata atau mengutuk mereka..janganlah salahkan mereka.

    BalasPadam
  10. cekak musang, klu tak tahu tak payah nak kecam orang. sia-sia je puasa buat fitnah org membabi buta.. Ko tau tak hakikat sebenarnya? Ingat skit la Babi celik pun tak buat kerja MEMBABI BUTA tau?

    BalasPadam
  11. ye ke pengadu ni. ntah p salah bangunan. x tau yg diorg dh pindah. sb tu x dak org nk layan. biarlh jaip buat keje ikut prosedur. jgn kutuk keje diorg. maybe diorg nk siasat dulu. be cool.

    BalasPadam
  12. Pengadu tu buat gape tak lapor kat polis jugak? Polis pun ada bahagian yg terlibat bleh buat tindakan. Baik lapor kat bomba ke, hospital ke, MPK pn bleh apa.. hah pening..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sebanyak 1,003 Kes Kebakaran Terbuka Direkodkan Di Pahang Bagi Tempoh 1 Jan Hingga 31 Ogos Tahun Ini, Luas 2,721.88 Hektar

KUANTAN: Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.