Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat Alaf Baru !! DISINI
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


December 24, 2012

Kuantan Lumpuh, Banjir Kilat Terburuk Kini Melanda

KUANTAN, 25 Dis - Bandar Kuantan dilaporkan lumpuh akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi. Difahamkan banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup dan hujan lebat masih belum berhenti sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan tersangkut dalam banjir sedalam antara 0.5 meter hingga 1.0 meter. Setakat jam 12.30 tengahari tadi, antara jalan-jalan yang  teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jaan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Beserah dan Persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM). Manakala kawasan pusat tumpuan orang ramai yang paling teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Tun Ismail terutamanya sekitar komplek membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan. Orang ramai panik dan terpingga-pingga melihat senario yang berlaku. Malah ada yang mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada yang berlaku awal tahun ini. 


[Ada pihak yang mendakwa banjir kilat yang sering beraku di bandar Kuantan mutakhir ini adalah berpunca daripada pembangunan kawasan Koridor Pantai Timur (MSC) dekat sini. Sistem pembentungan dan perparitan di kawasan yang menempatkan pusat perniagaan terbesar East Cost Mall dan The Zenith Hotel itu dikatakan telah bermasalah sejak projek berkenaan disiapkan. Banyak laporan dibuat oleh para peniaga berkenaan sistem terbabit sebelum ini, namun ia dipandang sepi oleh pihak berkenaan bagi menjimatkan kos berkaitan. Lantaran itulah, tidak hairan pada tahun 2012 ini sahaja berlaku dua kai banjir kilat besar di bandar Kuantan. Namun, situasi pada kali ini lebih buruk dan sungguh mengejutkan ramai pihak kerana pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum ini mendakwa banjir kilat dapat diatasi dengan baik pulih sistem perparitan yang mereka lakukan. Namun, ternyata dakwaan itu meleset dan kini rakyat Kuantan harus berhadapan dengan banjir kilat setiap tahun andai dakwaan yang dibuat terhadap sistem pembentungan dan perparitan di kawasan berkenaan tidak diperbetulkan. Sejak sekian lama, walau selebat mana hujan melanda keadaannya tidaklah seburuk ini. Maknanya, gara-gara pembangunan tidak dirancang dengan baik, banjir kilat terus melanda dan menyusahkan orang ramai. Justeru, pihak berkenaan digesa agar dapat memperbetulkan masalah ini segera!].

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

dainsaf said...

Sah, Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini proses menyuci dah bermula. Ini lah akibat MAKAN RASUAH oleh pemimpin KERAJAAN, PBT dll yang berkuasa dan tunduk kepada pemerintah yang zalim.

Datuk Batu Bara said...

MPK tau bahan duit je. Lain tadak. Klu PR menang duit minyak Pahang tak dapat la pasal terengganu pau balik.

Anonymous said...

jangan bimbang, kalau PR dapat putrajaya. 20% pahang dapat royalti..

Anonymous said...

Oiii dahinsaf dan Datuk Batu bara,

Macam mana pula dgn banjir kilat yg makin kerap berlaku di Selangor tu ,tanda Selangor nak jatuh ketangan BN semula ke atau Majlis Bandarraya di Selangor tu pun kuat makan duit je ke?.Otak pembangkan ni cukup bodoh macam Hj.Hadi,buat fatwa mengkafirkan org lain sekarang fatwa tu dah terkena batang hidung sendir,mulalah senyap je tak dapat berkata apa-apa.Org PKR cuba tanya Hj. Hadi Anwar dan PKR ni kafir ke sebab Anwardan PKR tak nak buat Hudud dan tak terima Negara Islam.Cam ne yek?.alaaa lupa...Pas sendiri pun dah tak ada NI,nak buat hudu pun mana boleh,undang-undang gunting rambut pun kena ikut cakap DAP.Sah fatwa H. Hadi dah kena batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Haa tu laa.. Bila bercakap tu pakai akal.. Statement perangkap tu yg pi kata Banjir tanda nak jatuh ke tangan PR.. Selangor pulak jatuh ke tangan BN.. He he klu buat statement pakai akal. Bila musibah datang apa yang Islam Ajar? Bukan PADANKAN MUKA orang tapi sama sama bermuhasabah. Ini kang Banjir pun nk dipolitikkan dah kena palit semula. Wahai umat Islam BN dan PR gunalah iman kita bila menegakkan sesuatu kebenaran.. Mari sama-sama kita beristighfar bersama2 ye.. Muhasabah ddiri masing2.

Anonymous said...

Aku setuju bila musibah kene MUHASABAH sama-sama. Ikut Islam bukan pakai SELAM je..

Anonymous said...

mpk....rajin rajinlah hantar pekerja cuci sampah atas jalan bandar, barulah sampah tak masuk longkang., kurang terjadi banjir kilat. dah banyak tikus mati dilanggar kereta.. ciri ciri bandar tak bersih. pekerja ada ramai untuk kerja saman tapi untuk menyapu mananya

Anonymous said...

JANGAN NAK MENYALAH KAN SESAPA..NI SEMUA SEBAB AMALAN KITA YANG BANYAK SALAH SILAP.TUDING JARI PADA DIRI SENDIRI.POLITIK SANA SINI LUPA PERINTAH ALLAH BILA BAGI UJIAN POLITIK YANG DISALAHKAN.MAI CHECK AMALAN MASING TERUTAMA SOLAH.

Anonymous said...

Setuju dgn anon di atas.. Mai sama check dan muhasabah diri.. Ini kang tidak.. asyik bertelagah je.. Pergi la hulurkan bantuan kpd mangsa tu lagi baik drp dok ngata org.. Astaghfirullah...

Anonymous said...

Masa nilah nak test kapal selam....

Anonymous said...

Kapal Selam rosak: Sampah sangkut kat kipas dia he he..

Sara said...

kita kenala tengok semula apa amalan kita....adakah kita masih di jalan allah atau kita telah tersasar jauh....carilah kehidupan sebenar yang menuju ke jalan allah....ini semua adalah dugaan daripada allah s.w.t....kita insaflah...yang baik itu semua dari allah dan yang lemah dan daif itu adalah diri kita sendiri...akuilah kebenaran ini....

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter