script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Elaun "Anggota RELA Pahang" Tertunggak Tiga Bulan, Menteri KDN Di Minta Campur Tangan Segera !

KUANTAN, 6 Dis - Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin Hussein (foto) digesa mengambil perhatian terhadap isu tunggakan elaun Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pahang yang kini sudah masuk bulan yang keempat. Maklumat berkenaan didedahkan oleh beberapa orang anggota RELA yang merasa kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku terhadap nasib mereka sekarang ini. Difahamkan, rata-rata anggota RELA terbabit mendapat elaun antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Maknanya tunggakan yang belum dibayar oleh pihak terbabit kepada mereka sekitar RM4,500 hingga RM5,000 setiap seorang. Soalnya sekarangm kenapakah sebuah agensi kerajaan yang berada dibawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti ini gagal membuat bayaran elaun berkenaan, sedangkan kudrat anggota RELA terbabit digunakan sepenuhnya oleh mereka. Menurut salah seorang mangsa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, bukan sahaja elaun gagal dibayar secara berjadual setiap bulan malah kebajikan mereka juga tidak dipedulikan oleh majikan. "Bila kami mengadu masalah terutamanya berkenaan dengan gaji... kami diherdik dan akan dipecat.. ramai yang akhirnya berhenti tanpa menerima elaun berkenaan. Bila diajukan soalan mereka kata rujuk dengan Ibu Pejabat RELA di Kuala Lumpur... Bila kami rujuk dimaklumkan bayaran elaun berkenaan telah dibayar... Soalnya, mana pergi duit tersebut?. Kenapa tidak sampai ke tangan kami?.. Siapa yang khianat dan menyembunyikan duit terbabit", katanya dengan nada sedih. Beliau turut mengatakan bahawa selain elaun yang lambat, sebahagian besar dari kalangan mereka juga tidak diberikan latihan yang secukupnya.

 

 "Rata-rata kami terpaksa meronda bersama dengan polis di dalam bandar untuk menjaga kententeraman awam... polis ada senjata.. tapi kami ada apa?. Bayangkan kalau ada penjenayah dan ketika itu polis tidak ada bersama kami.... akhirnya keselematan kami terancam.. sudahlah kami tidak ada langsung latihan dalam bidang berkaitan... kami diambil jadi anggota RELA sekadar mencukupkan korum sahaja. Sepatutnya, kami diberikan latihan secukupnya sebelum menjalankan tugas yang berkaitan... mereka ambil anggota sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.. sebab itu duit elaun kami pun diambil acuh tak acuh oleh pihak terbabit.. hatta nak berhariraya baru-baru ini pun kami tak berduit... kami bukanlah orang kaya.. malah ramai juga ibu tunggal yang menjadi anggota RELA utk membiayai kehidupan masing-masing.. kenapa mereka diperlakukan sebegini. Ramai kawan-kawan saya yang sudah berhenti tapi saya masih sabar dengan kerenah pihak pengurusan.. sebab tu saya minta KDN masuk campur siasat ke mana hilangnya elaun kami.. itu adalah hak kami?", tambah beliau lagi.

[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Sebuah agensi yang diletakkan di bawah kementerian Hishamuddin gagal membayar elaun anggota RELA. Dilaporkan kini buakn sahaja RELA bermasalah malah Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) juga mengalami nasib yang sama. Episod membuang sukarelawan gara-gara "wang tak cukup untuk bayar elaun" telah berlaku. Ramai anggota JPA3 yang menjadi mangsa dan hanya yang dikekalkan ialah mereka yang terlibat dengan paramedik sahaja. Anggota yang lain telah ditamatkan perkhidmatan secara berperingkat-peringkat. Apakah yang menyebabkan KDN mengalami masalah kewangan agaknya?. Sedangkan kementerian terbabit dipimpin oleh menteri kanan seperti Hishamuddin Huseein. Persoalannya, kemana wang para sukarelawan terbabit hilang jika benar ia sudah dibayar. Kenapa perlu tunggak sampai tiga bulan? Justeru diharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap mana-mana pegawai yang gagal menjaga kebajikan anak buah mereka terutamanya yang bertugas di pejabat RELA Negeri Pahang. Mereka dikhabarkan begitu sombong dan langsung tidak mahu mengambil berat hal terbabit jika diajukan oleh anak buah masing-masing. Malah, mereka juga turut diugut akan dipecat atau tidak dipanggil bertugas andai terus engkar arahan yang berkenaan].
Share:

5 ulasan:

  1. Small the matter la bro.Apa2 mslh biasa org cari pd punca (root). Jadik setelkan root tersebut tahun dpn.InsyaAllah mslh korang setel.

    sekuat mana UMNO korang...sepekat mana sekalipun.. kalo bkn kroni Tok ngulu umno,mintak maaf!!tangki air 1malaysia x dpt..apa lagi..bla2 walau kuat umno.Biasa berlaku di kg korang kan.

    Jadik 'berpikir la di luar kotak' terutama gen-X/pakcik/makcik/datuk/nenek/geng kubur kata mari.. Gen2-Y dah lama berpikir diluar kotak psl politik ni. Kami tak takut ckp politik di tpt terbuka,kedai mkn malah lagi best & kuat jika pakcik makcik umno berada di meja sebelah.

    BalasPadam
  2. siapa yang di ambil jadi rela ...??? ramai yang ada degree..??? stpm..??? spm... ???
    bos-bos je yang ada sedikit kelulusan tinggi .....!!!
    biasa le kan..??? ... orang bodoh jadi makanan orang cerdik .... halal haram letak tepi .... janji kaya....!!!!

    BalasPadam
  3. Tak dapat elaun??? kena kencheng lagi puak2 ni... tak pa... pi lah jadi guard kat rumah kenduri kawin dapat duit upah jaga parking dan jaga keta... kah..kah..kahhhhhh!!

    BalasPadam
  4. Apa nak di keluh kesalkan...Bukan aku tak tau...kerja kau orang bukan jaga keselamatan sahaja...malah rembat dan peras ugut pendatang!!!!!POLIS PENYAMUN...RELA PEROMPAK...ADIK BERADIK!!!!

    BalasPadam
  5. Para pengulas budiman, apa pun senario yang berlaku dalam Konflik RELA kita kene kekalkan fungsinya sebagai Tugas Hisbah Fi Sabilillah.. Kalau dimatikan fungsi rela maka kita telah kekurangan suatu jentera penghubung ukhwah masyarakat. Apa yang perlu dilakukan adalah Islah (pemulihan dan penambahbaikan) dari segi bayaran elaun dan penghargaan. Jangan dimanipulasi istilah RELA dgn menindas mereka. Pihak yg mencari kepentingan beringatlah balasan Allah pasti ada. Drp: RELA Masuk RELA.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Meminta Orang Ramai Waspada Dengan Sindiket Penipuan Urusan Permohonan Tanah Di Daerah Bentong

KUANTAN: Pahang mengesan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong melibatkan tanah milik kerajaan negeri. Menteri B...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.