script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bob Lokman Mulakan Penampilan Dalam Kempen PAS Untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hari Ini

Nampaknya pilihanraya kecil DUN Kerdau semakin dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas pengacara rancangan "Teksi Tunai", Penulis Lirik, Pelakon dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) mulai hari ini. Beliau membuat penampilan pertamanya di majlis jamuan petang dan melawat pasar malam di Desa Murni dalam daerah mengundi Kerdau, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berucap kira-kira 30 minit sebelum bersalaman dengan orang ramai. Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Bila ada kopiah ini lain. Dulu saya buat apa sahaja sebab saya raja lawak. "Sekarang bila sudah ada kopiah, lain," katanya sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang kebanyakannya sudah berumur dan berkopiah. Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Hassanuddin Salim turut dilihat hadir dalam program itu ketika Bob, 47, sedang berucap dan disambut dengan gurauannya. "Sama ke?" katanya sambil menunjukkan gambar calon. Dalam ucapannya yang penuh humor, Bob yang terkenal dengan lirik lagu "Isabella" nyanyian Search itu menceritakan, beliau menyertai PAS secara tiba-tiba sejurus selepas keluar daripada Raja Lawak. "Tak ada sesiapa pengaruh, saya masuk saja," kata anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan yang juga cicit kepada ulama terkenal nusantara Tok Kenali.

[Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada Bob Lokman atas langkah yang beliau ceburi ini. Nampaknya, perjalanannya begitu berbeza sekali dengan seorang lagi artis rock terkenal iaitu Ustaz Akhil Hayy (foto) dari kumpulan D'Riyadh dulu. Akhil Hayy naik ke pentas ceramah PAS dulu kemudian baru terjebak dengan Astro dan mengendalikan rancangan "Cafe Akhil Hayy". Akibat dunia baru itu, akhirnya rumahtangga beliau goncang hingga membawa kepada perpisahan. Beliau kemudian berkahwin dengan artis wanita yang popular dengan lagu-lagu nashid iaitu Waheeda Wassini. Kini kelibat Akhil Hayy sudah jarang kelihatan dalam mana-mana ceramah PAS. Jika ada pun mungkin tidak sehebat dulu. Namun, perjalanan Bob Lokman sungguh berbeza kerana beliau tinggal Astro ketika di kemuncak kerjayanya. Sesungguhnya kita harus hormati keputusan yang dibuat oleh beliau ini sebenarnya. Beliau dengan berani menarik diri dari Raja Lawak 5, sambil memberi nasihat yang berguna kepada semua. Semoga perjuangan beliau ini dapat diharungi dengan istiqamah hendaknya].
Share:

18 ulasan:

  1. cicit tok kenali?ermmm.... baru ku tahu!

    BalasPadam
  2. Lawak tetap lawak ye Bob, tapi jangan songsangkan fatwa sudah le ye...

    BalasPadam
  3. Ini lah penyakit kronik manusia....Selalu bersangka buruk terhadap orang lain...Cuba lah positif sikit... soal perbalahan sesama islam ni..dah lama dah....sejak dari zaman para sahabat nabi lagi... Yang paling dahsyat....perselisihan diantara saidina Ali dan Saidina Muawiyah. Sedih kalu kita baca...Semua orang tahu...bahawa orang Islam itu adalah bersaudara dan tidak sepatutnya kita menyakiti saudara kita...fikir fikir kan...

    BalasPadam
  4. tunggu lah bob ni jadi calon...keluar balik gambor jahiliah dia...tunggu....

    BalasPadam
  5. aku kesian kt orang umno... kalau kat majlis ilmu di masjid atau surau. bila sampai tajuk nahi munkar mencegah kemunkaran seperti nombor ekor, pesta karaoke bercampur gaul lelaki perempuan atau konsert yang lupa waktu solat, bab menutup aurat ke, mesti dioarang tunduk buat2 tidor...

    BalasPadam
  6. aku kesian kt orang umno... kalau kat majlis ilmu di masjid atau surau. bila sampai tajuk nahi munkar mencegah kemunkaran seperti nombor ekor, pesta karaoke bercampur gaul lelaki perempuan atau konsert yang lupa waktu solat, bab menutup aurat ke, mesti dioarang tunduk buat2 tidor...

    BalasPadam
  7. Kesian kat Bob kita ni... masih leka dengan 'skript' pungguk rindukan bulan, dia tak sedar hari dah pun siang.

    BalasPadam
  8. selama ini b-end menguasai dan memepergunakan golongan artis utk meraih sokongan. Sebelah artis mahukan habuan, glamour dan kemewahan sementara b-end mahukan kuasa dan pangkat. Sama2 tamak dan gila glamer..kalu ex dictator mahatirkutik plak nak glamer cam firaun nyanyuk

    Ayuh2 kita semua bangkit bersama2 dari semenanjung hingga seluruh borneo..ayuh berjuang dengan cicit tok kenali,kita
    hancurkan sistem dajal b-end!

    BalasPadam
  9. untuk penyokong PAS, tentukan semua tok nenek, mak bapak, ipar duai, abang kakak, dan anak2 yg cukup umor 21 tahun mendaftar sebagai pemilih, pru13 dh dekat, kalau nak menang kena kerja kuat membantu parti, walaupun tak dibayar upah.

    kalau nak upah masuk umno dan sokong kerajaan yg halalkan judi, arak dan maksiat..

    BalasPadam
  10. nak hancorkan umno.aku xpeduli cicit tok kenali ke burung kenali ke.kat kelantan hang pa blh ceta lebih aaaa.kat pahang hang pa sema kena ingat sikit aaaa... cicit bahaman mgan cicit mat kilau idup lg.cucu mat kilau pon dah boring kat korang dah.sendiri mau ingat yerrrr orang lama.

    BalasPadam
  11. CICIT BAHAMAN??? CICIT MAT KILAU???

    hahaha, lawak tol la ko ni!!!

    Kalau Datuk Bahaman ngan Mat Kilau masih hidup insyaAllah anak- anak gadis kat pahang selamat sebab maruah jadi keutamaan tapi sekarang gi ler tengok kat Jalan Dato' Wong Ah Jang apa yang ada kat sana, lawak tol le orang kampung, hahaha..

    BalasPadam
  12. Kat Kelantan pun PELACUR bersepah. PAS terlepas pandang ke atau saja nak jaga hati DAP?

    Tapi no wonder la...musang berjanggut pun pandai ambik kesempatan kat anak menantu.

    BalasPadam
  13. tqlah anom 11.18 hang cover aku.petang xd aku gi badok n telok sentang,aku kira ngan sempua aku org ctu malas doh ngundi pas bab musim rega getah mahel ni deme ada blackbery belaka sesorg.pd hp diarong seme anda gambor burung pakai cermin mata macam dlm blog papagomo tu.eeeee.....geli weh.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah....
    Semoga saudara ku Bob Lokman kekal dalam harakah Islamiah
    Amin

    BalasPadam
  15. hentikanlan berckap perkara yang belum tentu benarnye....boleh rosak akidah tau.....nak jadi golongan yang Allah kata"AKAN MASUK NERAKA DAN KEKAL ABADI DIDALAMNYE" fikir2..mati itu pasti hidup insyaallah

    BalasPadam
  16. Anonymous said...
    Kat Kelantan pun PELACUR bersepah. PAS terlepas pandang ke atau saja nak jaga hati DAP?

    Tapi no wonder la...musang berjanggut pun pandai ambik kesempatan kat anak menantu.

    Tuesday, March 01, 2011 11:18:00 PM

    KAT KAWASE MANO PELACUR DOK JUAL TUBUH KAT KELATE??? TOLONG BERITAHU AKU.. SELAMO AKU HIDUP DI KELATE DAN SETAHU AKU RAMAI ORE2 UMNO KELATE DOK LANGGAN PELACUR KAT GOLOK SANO, DOK PERNAH LAGI AKU JUPO PELACUR DOK JUAL TUBUH KAT KELATE NI, MEME MUNG NI SPESIS CELAKO!!!

    BalasPadam
  17. Memang orang UMNO hanya pandai menabur fitnah!!! Aku pun tengah tunggu jawapan ANJING2 UMNO, syabas be sebab bertanyo, TAKBIR..

    BalasPadam
  18. KAT KAWASE MANO PELACUR DOK JUAL TUBUH KAT KELATE??? TOLONG BERITAHU AKU.. SELAMO AKU HIDUP DI KELATE DAN SETAHU AKU RAMAI ORE2 UMNO KELATE DOK LANGGAN PELACUR KAT GOLOK SANO, DOK PERNAH LAGI AKU JUPO PELACUR DOK JUAL TUBUH KAT KELATE NI, MEME MUNG NI SPESIS CELAKO!!!

    Wednesday, March 02, 2011 10:33:00 PM

    Lebih CELAKO lah orang yang tak sedar dirinya CELAKO!!

    Apo mu ni minda dangkal sangat? Mu tu la dan yang sewaktu dan seirama dengan mu tu semua PELACUR MURAHAN. Lebih malang dan CELAKO lagi mu sanggup MELACURKAN agama kepada orang kafir untuk minda politik mu yang dangkal tu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.