script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Galeri Foto Di Hari Penamaan Calon PRK Kerdau, SPR Wajar Untuk Pantau Kedudukan Dan Lokasi Penyokong Demi Kebaikan Bersama Semua Pihak

Krew kami di Pahang sempat merakamkan gelagat para penyokong kedua-dua parti yang bertanding semasa Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau semalam. Ternyata, Hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau berjalan baik dan tidak ada adengan yang tidak diingini dilihat terjadi. Cuma sepatutnya, padang yang luas di hadapan Dewan Tun Razak digunakan sepenuhnya untuk penyokong kedua-dua pihak. Bahagikan sama rata di kedua-dua belah kawasan dambil disempadani dengan kawat duri dan penjagaan FRU. Ia adalah lebih adil daripada membiarkan penyokong Pakatan Rakyat diletakkan di satu kawasan yang agak tidak selesa berbanding dengan tapak kepada penyokong UMNO BN.


Gambar foto yang dipaparkan disini adalah hak milik Pahang Daily Online (PDO). Kami memohon maaf andainya ada gambar yang kurang sesuai atau boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Di bawah pula ialah gelagat di kawasan yang menempatkan kawasan penyokong UMNO BN itu.


Keadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Itu belum termasuk tong sampah yang tidak diangkut oleh Alam Flora yang sengaja dibiarkan di kawasan penyokong PAS. Ini menimbulkan satu suasana yang jelas tidak selesa sebenarnya. SPR perlu memantau perkara ini dan hendaklah dilihat benar-benar telus dalam menjalankan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 6 Mac ini. Bukankah mereka sudah tahu hari penamaan calon 26 Feb, kenapa dibiarkan tong sampah berada betul-betul berada di sempadan tempat penyokong PAS dengan kawad duri yang direntangi oleh FRU itu?. Sepatutnya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengarahkan Alam Flora mengambi tong-tong sampah terbabit. Tambah mengejutkan kawad duri sengaja diletakkan sebelum tong sampah. Apa salahnya diletakkan selepas tong sampah. Ini adalah satu tindakan mengarut yang sengaja dipermainkan oleh mereka yang tidak bertamadun.


Bukti, cuba lihat kedudukan tong sampah yang dibiarkan Alam Flora itu

Suasana di kawasan para penyokong PAS jauh lebih meriah sebenarnya


[Semoga pihak terbabit dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap apa yang kami laporkan ini hendaknya. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita kerjakan. Usahlah mendabik dada kononnya kita telus dan adil jika perkara sekecil ini pun kita bias terhadap pihak-pihak tertentu. Paling menarik ialah, di kawasan penyokong PAS kelihatan banyak gerai-gerai jualan yang disediakan. Suasananya sungguh meriah sekali umpama pesta. Namun, di kawasan penyokong BN agak sepi dan malap sekali. Mungkin masing-masing dibekalkan dengan air dan makanan percuma agaknya. Apapun, selamat berkempen dan berjuang. Pastikan permainan bersih dapat ditunjukkan agar ia memberi keselesaan kepada semua pihak selepas ini. Kami akan terus melaporkan secara telus dan adil apa yang berlaku di Kerdau. Selamat berjuang buat semua di DUN Kerdau].
Share:

4 ulasan:

  1. mmgla meriah suasana kat kubu pas sebab ramai yg dtg nak mengata dan menghasut serta mencerca... dok kedai kopi kata kat org tu kata kat org ni.. tu yg meriah...

    BalasPadam
  2. Sebaiknya kita sesama berdoa agar Nik Aziz dibukakan pintu hatinya untuk menerima dan MASUK UMNO supaya dia berhenti daripada terus mencipta, mencanag dan menyebarkan AJARAN SESAT dan FATWA SONGSANG yang mengharuskan pengikutnya mendoakan kemusnahan dan kematian orang lain.

    Mari kita sesama mendoakan agar Nik Aziz panjang umur biar dia ada cukup masa untuk bertaubat.

    BalasPadam
  3. kasihan puak2 penjilat umno nih..dah takdak modai nak komen ka?????kahkahkahkah

    BalasPadam
  4. mr kolumpo...jgn asyik dok dlm lumpuq je ya... bkn minda sikit kalau nak komen... hahahahah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.