Krew kami di Pahang sempat merakamkan gelagat para penyokong kedua-dua parti yang bertanding semasa Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau semalam. Ternyata, Hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau berjalan baik dan tidak ada adengan yang tidak diingini dilihat terjadi. Cuma sepatutnya, padang yang luas di hadapan Dewan Tun Razak digunakan sepenuhnya untuk penyokong kedua-dua pihak. Bahagikan sama rata di kedua-dua belah kawasan dambil disempadani dengan kawat duri dan penjagaan FRU. Ia adalah lebih adil daripada membiarkan penyokong Pakatan Rakyat diletakkan di satu kawasan yang agak tidak selesa berbanding dengan tapak kepada penyokong UMNO BN.
Gambar foto yang dipaparkan disini adalah hak milik Pahang Daily Online (PDO). Kami memohon maaf andainya ada gambar yang kurang sesuai atau boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Di bawah pula ialah gelagat di kawasan yang menempatkan kawasan penyokong UMNO BN itu.
Keadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Itu belum termasuk tong sampah yang tidak diangkut oleh Alam Flora yang sengaja dibiarkan di kawasan penyokong PAS. Ini menimbulkan satu suasana yang jelas tidak selesa sebenarnya. SPR perlu memantau perkara ini dan hendaklah dilihat benar-benar telus dalam menjalankan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 6 Mac ini. Bukankah mereka sudah tahu hari penamaan calon 26 Feb, kenapa dibiarkan tong sampah berada betul-betul berada di sempadan tempat penyokong PAS dengan kawad duri yang direntangi oleh FRU itu?. Sepatutnya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengarahkan Alam Flora mengambi tong-tong sampah terbabit. Tambah mengejutkan kawad duri sengaja diletakkan sebelum tong sampah. Apa salahnya diletakkan selepas tong sampah. Ini adalah satu tindakan mengarut yang sengaja dipermainkan oleh mereka yang tidak bertamadun.
[Semoga pihak terbabit dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap apa yang kami laporkan ini hendaknya. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita kerjakan. Usahlah mendabik dada kononnya kita telus dan adil jika perkara sekecil ini pun kita bias terhadap pihak-pihak tertentu. Paling menarik ialah, di kawasan penyokong PAS kelihatan banyak gerai-gerai jualan yang disediakan. Suasananya sungguh meriah sekali umpama pesta. Namun, di kawasan penyokong BN agak sepi dan malap sekali. Mungkin masing-masing dibekalkan dengan air dan makanan percuma agaknya. Apapun, selamat berkempen dan berjuang. Pastikan permainan bersih dapat ditunjukkan agar ia memberi keselesaan kepada semua pihak selepas ini. Kami akan terus melaporkan secara telus dan adil apa yang berlaku di Kerdau. Selamat berjuang buat semua di DUN Kerdau].
mmgla meriah suasana kat kubu pas sebab ramai yg dtg nak mengata dan menghasut serta mencerca... dok kedai kopi kata kat org tu kata kat org ni.. tu yg meriah...
BalasPadamSebaiknya kita sesama berdoa agar Nik Aziz dibukakan pintu hatinya untuk menerima dan MASUK UMNO supaya dia berhenti daripada terus mencipta, mencanag dan menyebarkan AJARAN SESAT dan FATWA SONGSANG yang mengharuskan pengikutnya mendoakan kemusnahan dan kematian orang lain.
BalasPadamMari kita sesama mendoakan agar Nik Aziz panjang umur biar dia ada cukup masa untuk bertaubat.
kasihan puak2 penjilat umno nih..dah takdak modai nak komen ka?????kahkahkahkah
BalasPadammr kolumpo...jgn asyik dok dlm lumpuq je ya... bkn minda sikit kalau nak komen... hahahahah
BalasPadam