script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

GST: Mitos Kerajaan, Tidak Ada Kenaikan Harga Melampau


KUALA LUMPUR: Jaminan Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menegaskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden.
Ini berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan kepada rakyat pelepasan cukai GST terhadap petrol dan diesel.
Pengarah Propaganda Solidari Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menegaskan, harga komoditi petrol dan diesel akan naik hampir
15 sen seliter apabila ia dikenakan cukai GST kelak.
Peningkatan harga bahan api itu bakal menjadi satu ‘chain reaction‘ yang mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan lain.
“Rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui bahawa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015 nanti,” katanya dalam kenyataan.
Bagi meminimakan beban yang terpaksa ditanggung rakyat selepas pelaksanaan GST, Edy Noor menggesa kerajaan mengumumkan segera senarai 85 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai sebelum pembentangan Bajet 2015.
Jelasnya, senarai tersebut harus menjadi pengetahuan dan perbincangan umum sebelum ia digazetkan.
“Ramai rakyat yang tidak tahu mengenai perkara ini, kerajaan wajar umum semua perkara GST,” tegas beliau.
Semalam, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam kenyataan berkata, GST akan dikenakan kepada petrol dan diesel adalah sah
walaupun kerajaan belum mengumumkannya lagi.
Menurut Rafizi, perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais, Ishak Daud dalam satu taklimat GST
anjuran Universiti Tunku Abdul Rahman minggu lalu, sebagaimana dilapor akhbar Sin Chew Daily.
“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa, Umno BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna
harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” katanya.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.