script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Muhyiddin: Insiden "Kebocoran Kertas UPSR" Memalukan !


GENTING HIGHLANDS: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan isu kebocoran soalan kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu perkara memalukan di sebalik negara dilihat mempunyai sistem pendidikan antara terbaik di dunia.
    
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan kesal perkara seperti itu masih berlaku walaupun sistem pendidikan yang teratur telah diwujudkan oleh kementerian sejak sekian lama.
    
"Ini memang sesuatu yang boleh saya katakan memalukan, perkara seperti itu masih berlaku," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) ke-20, di sebuah hotel, di sini, hari ini.
    
Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan dikesan sehari sebelum itu.
    
Keesokannya, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor, dikesan setelah pelajar menduduki kertas tersebut dan kerajaan menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata intipati mesyuarat khas isu UPSR  yang dipengerusikannya di Putrajaya pagi tadi akan diumum dalam masa terdekat.
    
"Sebentar tadi kita baru selesai mesyuarat khas, banyak perkara yang kita bincangkan, saya tak perlu umumkan dahulu," katanya.
    
Bagaimanapun, beliau menarik perhatian mesyuarat itu membincangkan antaranya langkah bagi memperkukuh sistem pendidikan dan proses peperiksaan awam serta inisiatif baharu bagi memastikan integriti LPM, kementerian dan jabatan perguruan dihormati dan disegani.
    
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau menyambut baik saranan presiden KPPK dalam ucapannya, supaya budaya mengharapkan kepada soalan bocor tidak diamalkan lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.