script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH17: Media Australia Lapor, MAS Enggan Bayar Pampasan


AUSTRALIA: Peguam mewakili waris mangsa Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 mendakwa keluarga mereka dinafikan hak menuntut pampasan, lapor akhbar Sydney Morning Herald, hari ini.
Peguam di Sydney memberitahu akhbar Australia itu, dua keluarga dibayar kurang 25 peratus daripada AS$183,000 (RM586,000) yang tertakluk di bawah Konvensyen Montreal. .
Peguam berkenaan mewakili Cassandra Gibson, 24, yang kehilangan ibunya, Liliane Derden.
Keluarga Derden menerima bayaran AS$5,000 sebagai “wang ihsan” dan ditawarkan AS$50,000 sebagai “wang pendahuluan bayaran pampasan” dengan syarat menandatangani borang pelepasan.
“(MAS) tidak jujur. Mereka tidak memberikan maklumat penuh kepada keluarga terlibat,” kata peguam yang turut dipetik portal The Malaysian Insider.
Jerry Skinner, peguam daripada firma sama dan pakar dalam undang-undang berkaitan bencana penerbangan dipetik berkata, negara seperti Malaysia dan Australia menandatangani perjanjian antarabangsa bagi memudahkan urusan pemberian pampasan kepada mangsa tragedi.
Konvensyen Montreal menetapkan bayaran kepada waris mangsa dalam lingkungan AS$183,000 setiap seorang. Tuntutan boleh dibuat di salah satu daripada lima tempat iaitu di mana pesawat ditempatkan, di ibu pejabat urusan, tempat pembelian tiket, destinasi penerbangan itu atau kediaman utama penuntut.
Di bawah konvensyen tersebut, MAS perlu bertanggungjawab tidak kira sama ada terhadap kematian atau kecederaan dan perlu membayar pampasan kepada keluarga si mati.
MAS dalam responsnya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata tindakan peguam Australia terbabit “merugikan” keluarga mangsa.
Menjawab laporan Sydney Morning Herald, katanya pampasan mengikut syarat antarabangsa masih perlu ditaksir di bawah “prinsip undang-undang kerugian lazim”. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.