script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MAPIM Gesa Kerajaan Hentikan Latihan Tentera Dengan AS


SHAH ALAM: Kerajaan patut menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS).

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerjasama dengan AS dari segi ketenteraan mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.

"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, baru-baru ini.

"Malah ketika pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, AS mengisytiharkan bantuan dana tambahan AS$250 juta (RM800 juta) untuk tentera Israel," katanya.

Beliau mengulas laporan kira-kira 300 anggota tentera AS tiba di Terengganu, Khamis lalu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia.

Menurut Mohd Azmi, latihan bersama seperti itu petanda jalinan Malaysia dengan tentera AS terus akrab.

Beliau menegaskan, keselamatan negara berhadapan risiko bila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, Jumaat lalu, memaklumkan kehadiran tentera AS itu adalah bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

Menurut kementerian itu, eksesais itu merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun dan bagi tahun ini, ia dilaksanakan berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.

Namun menurut Mohd Azmi, penjelasan itu tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.

Beliau turut memetik laporan Jabatan Negara AS kepada Kongres pada 2007 yang menyebut kerjasama keselamatan menjadi alat dasar luar penting bagi AS untuk mengukuhkan kepentingan  negara itu.

"Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan AS pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh AS kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.