script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wanita Bunuh Diri Mengejut Bila Terjun Ke Kandang Buaya


BANGKOK: Seorang wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya.



Menurut Bangkok Post, wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanpen Inyai, 65, melompat ke dalam kandang yang menjadi tempat tinggal lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di Thailand.

Insiden berlaku pada Jumaat lalu selepas mangsa dilaporkan meninggalkan rumahnya di Bangkok pada hari yang sama.

Saksi mendakwa terlihat wanita tersebut sengaja terjun ke dalam kandang buaya manakala rakaman kamera litar tertutup di zoo terbabit mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.

Pegawai penyiasat polis Muang Samut Prakarn, Kolonel Preecha Iamnui berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pemilik dan kakitangan zoo terbabit menggunakan kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang cuba mengoyakkan mayat mangsa.

Sunan Tharmnat, kakak kepada Wanpen berkata, mangsa berada dalam keadaan tertekan dan lebih banyak mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum menghilangkan diri.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Rom Klao mengenai kehilangan Wanpen tetapi dimaklumkan untuk menunggu selama 24 jam seperti yang dikehendaki undang-undang.

Gambar mayat Wanpen yang dikoyak oleh seekor buaya tersebar di Internet pada hujung minggu lalu. #sumber

Ladang ternakan tersebut memelihara kira-kira 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.