script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PKR Dan DAP Di Ingatkan Agar "Tidak Khianati" Kerjasama


BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diingatkan supaya tidak mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalinkan bersama PAS.
Peringatan tegas itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat berkenaan sekali lagi berhadapan dengan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor.
"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini.
"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.
Sejak PKR melancarkan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar awal tahun ini, PAS-PKR-DAP dilihat bergelut dalam krisis berpanjangan yang belum akhir.
Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
Lebih memburukkan keadaan, PAS turut dituduh cuba mengkhianati kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat bagi menjalinkan kerjasama dengan Umno dan membentuk kerajaan campuran di Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar walaupun beliau kini merupakan wakil rakyat Bebas.
Mengulas lanjut mengenainya, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Umno dan menyifatkan tuduhan itu adalah fitnah terhadap parti itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS  mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang  dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.
"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan umah berasaskan tali Allah," katanya.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat mestilah berteraskan ajaran Islam dan bukannya menjadikan matlamat politik sebagai sasaran utama.
"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain atau parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.
"Oleh yang demikian dengan merujuk kepada syarat-syarat tahaluf yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.