script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Alwi: Royalti Petroleum Hanya Mitos, Kelantan Tidak Layak


TUMPAT: Royalti hanya mitos kerana tidak pernah disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad. 

Beliau berkata yang disebut di dalam akta tersebut adalah bayaran tunai dan ia diberi kepada negeri di mana gas atau petroleum itu ditemui. 

"Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti, (tetapi) yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu. 

"Sekarang (bayaran tunai) itu tertakluk kepada definasi negeri itulah (layak atau tidak mendapat bayaran tunai)," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat operasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini, Ahad.

Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak ke atas lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri. 

Bagaimanapun, kerajaan Pusat mengambil langkah sementara dengan mewujudkan Program Wang Ehsan sehingga isu tuntutan oleh kerajaan negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah, kata Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu ceramahnya malam semalam berkata lebih RM590 juta telah diberikan kerajaan Pusat kepada Kelantan sejak 2005 hingga 2013 kecuali 2008 bagi menampung kekurangan akaun mengurus kerajaan negeri yang defisit. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.