script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

LFL: Hak Anwar Untuk "Dapatkan Perbicaraan Adil" Terjejas


KUALA LUMPUR: Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) menggesa Peguam Negara menggugurkan pendakwaan terhadap peguam N Surendran yang dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen (foto), dua pertuduhan yang dihadapi Surendran selaku peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang serius.
“Ia adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima bagi seorang peguam dikenakan dakwaan atas kenyataan yang dibuat berhubung kes anak guamnya, dan lebih- lebih lagi kenyataan yang membentuk asas pembelaan yang sah untuk pelanggannya,” ujarnya dalam kenyataan media  baru-baru ini.
Menurut Eric, adalah penting untuk seseorang mendapat perbicaraan yang adil, termasuk peguam yang menjalankan tugas tanpa ancaman dan ugutan daripada pihak berkuasa.
Dalam kes ini, katanya, hak Anwar untuk mendapatkan perbicaraan adil di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini terjejas oleh tuduhan hasutan ke atas Surendran.
“Ia tidak boleh diterima bagi Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan Anwar dengan tuduhan hasutan ini dikenakan kepada salah seorang peguam utama bagi rayuan itu,” ujarnya.
Pada 19 Ogos lalu, Surendren didakwa di bawah akta hasutan kerana mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat 2.
Pada 28 Ogos, beliau sekali lagi didakwa di bawah akta sama berhubung sebuah video di YouTube yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kes tersebut. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.