script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Vivian Dakwa Beliau "Tak Terkejut" Alvin Lari Dari Jaminan !


PETALING JAYA: Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana dia pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini.
"Dia pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini.

"Dia tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada saya. "Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS," kata Lee dalam mesej Facebooknya  pada Isnin.

Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat.

"Sekarang dia berada di AS dengan selamat, saya lega kerana mendapat tahun dia 'Ok'.

"Saya tidak kecewa dan tidak menyalahkannya.

"Saya berharap dia dalam keadaan baik dan semoga berjaya," kata Vivian.

Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons.

Katanya, dia hanya mendapat tahu bahawa Alvin selamat dan dimaklumkan mengenainya oleh rakan mereka.

Beliau berkata, dia menolak idea untuk melarikan diri daripada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

"Saya tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian.

"Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri saya.

"Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak," kata gadis berusia 25 tahun itu.

Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.

Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.