script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Di Gesa Segera Mansuhkan Undang-Undang Zalim


KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa undang-undang zalim yang menindas rakyat dimansuhkan segera.
Katanya, ini sebagai satu usaha bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik.
“Masih banyak undang-undang zalim dan menekan rakyat perlu dimansuhkan, termasuk Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
“Selagi undang-undang kukubesi seperti ini wujud, selagi itu Malaysia belum benar-benar merdeka,” katanya dalam perutusan Hari Malaysia ke-51.
Pada 16 September setiap tahun, Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 yang juga menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang berkata, penubuhan Malaysia berteraskan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat majmuk dan ditadbir sebagai sebuah persekutuan yang berlandaskan prinsip dan sistem demokrasi berparlimen.
“KEADILAN memegang teguh pada semangat perjuangan untuk memastikan kesatuan di kalangan rakyat Malaysia kekal utuh bagi menjamin masa depan yang lebih baik.
“Sebarang usaha untuk melemah dan menghancurkan perpaduan ini mesti ditentang demi masa depan negara,” ujar Wan Azizah.
Beliau turut melahirkan kebimbangan ke atas insiden-insiden pencerobohan sempadan khususnya di Sabah sehingga berlaku keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Tegas beliau, isu keselamatan di sempadan-sempadan negara perlu diperketatkan dan ditangani segera demi menjamin kedaulatan negara. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.