script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zahid Hamidi: Tiada Tempat Latihan IS Di Negara Malaysia !


NEW YORK: Oleh kerana Malaysia menangkap lebih ramai suspek yang dikaitkan dengan kumpulan Negara-negara Islam (IS), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membincangkan langkah susulan terhadap kumpulan tersebut dengan pakar memerangi keganasan Amerika Syarikat (AS) di sini.


Ahmad Zahid yang bertemu dengan pakar pasukan khas atau dikenali FBI Joint Terrorism Task Force di sini untuk menangkis dakwaan bahawa Malaysia mempunyai tempat latihan untuk pejuang jihad IS di kalangan warga Malaysia dan tempat transit yang digunakan pengganas asing untuk menjalankan misi jihad mereka.

"Kami sentiasa bertukar maklumat dan bekerjasama dengan FBI untuk tempoh beberapa tahun lamanya. Masalahnya ialah apabila beberapa pengganas mendakwa diri mereka rakyat Malaysia dan merekrut rakyat Malaysia melalui oraganisasi tertentu bagi memperjuangkan nasib rakyat di Syria dan Iraq.

"Kebenarannya adalah tiada tempat latihan di Malaysia. Sebaliknya, ia dilakukan oleh kumpulan kecil atau individu," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Ahad.

Ahmad Zahid mengakui bahawa ancaman dari negara jiran adalah nyata terutamanya mereka yang bersekongkol dengan satu kesultanan (yang tidak wujud lagi) untuk membentuk pemerintahan tersendiri di Sabah dan Sarawak.

Mengenai program pengecualian visa AS, beliau berkata Malaysia melihat beberapa keperluan yang disenaraikan untuk dimasukkan ke dalam program tersebut termasuk mengkaji semula prosedur pemeriksaan keselamatan sempadan.

Katanya, dengan pengecualian itu, diyakini dapat meningkatkan aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke AS. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.