script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Juara Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 TV3 Hina Islam Bila Mencium Kedua-Dua Pipi Mas Idayu Selepas Beliau Diumumkan Pemenang

Apa sudah jadi dengan negara Islam Malaysia Hadhari ini agaknya. Dalam masa rakyat sedang sibuk memperkatakan tentang "khalimah Allah" tiba-tiba kita disaksikan pula dengan satu adengan peluk cium yang sungguh memualkan. Kami tidak sempat untuk menyaksikan adengan tersebut sebenarnya. Namun, daripada laporan yang disampaikan dan email yang diterima mengatakan mereka amat terkejut dengan tindakan artis yang bernama "Black" (foto), mencium kedua-dua pipi kiri dan kanan artis dangdut "Mas Idayu" selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24 terbitan TV3 baru-baru ini. Beliau yang membawa lagu Aku Rindu Sayang Kamu, berbuat demikian dengan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan rancangan itu secara langsung. Sebelum ini memang sudah banyak kami menerima maklumat tentang sikap kedua-dua artis ini sebenarnya. Untuk makluman, Black adalah merupakan Juara Bintang Realiti TV "Mentor" yang turut disiarkan oleh stesyen TV swasta itu sebelum ini. Manakala Mas Idayu adalah Mentor kepada penyanyi berkenaan. Telah banyak disaksikan adengan panas yang melibatkan kedua-dua artis berkenaan, namun semuanya bagai dilupakan seolah-olah negara ini bukannya sebuah negara Islam. Ramai yang melihat perkara itu adalah biasa bagi seseorang artis. Ini kerana mereka telah dididik dengan budaya Sekular UMNO yang sukakan hiburan, sedangkan program agama mereka pinggirkan. Jika dibiarkan berterusan maka sudah pasti akan rosak generasi Islam di Malaysia pada masa akan datang.


Adakah ini namanya ajaran Islam Hadhari 1Malaysia agaknya?

Aksi Black ketika beliau menyampaikan lagunya di AJL24 TV3 itu
Adengan peluk, cium, minum arak, berpeleseran dan sebagainya seolah-olah sudah menjadi adat resam artis-artis kita pada masa ini. Maka itulah kita tidak hairan perkara seperti ini akhirnya ditiru oleh anak-anak muda 1Malaysia. Mereka sudah berani merakamkan berbagai adengan panas perlakuan tidak senonoh mereka untukd dijadikan bahan tontonan umum. Namun, kejadian cium yang berlaku antara Black dengan Mas Idayu itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula rancangan itu disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan muda dan kanak-kanak. Aksi tersebut jelas sekali bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia terutamanya orang Melayu. Malah, dari sudut agama Islam sendiri ianya adalah "haram". Namun, kenapa ia dibiarkan oleh pihak berkenaan. Rancangan hiburan yang jelas melalaikan itu bukan sahaja berjaya memesongkan minda rakyat malah menjadi agen perubahan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Tambah menyedihkan, terdapat Menteri UMNO sendiri iaitu Datuk Rais Yatim sanggup meluangkan masa untuk memberikan hadiah dan bersekongkol dengan aktiviti maksiat seperti itu. Apakah ini mencerminkan budaya orang Melayu seperti yang diwar-warkan selama ini agaknya. Oleh itu, diharapkan pihak media "mengharamkan" kelibat kedua-dua artis tersebut selepas ini. Mereka jelas sekali menghina agama Islam dan maruah orang Melayu di mata kaum lain. Mereka sepatutnya dihukum dan digam !!

[Susulan daripada itu, kami menantikan NGO Islam seteru UMNO yang mengamuk besar ketika isu "khalimah Allah" baru-baru ini membuat kenyataan atas adengan yang disaksikan ini. Apakah ini tidak dikatakan menghina Islam kerana kedua-dua yang terlibat berbangsa Melayu yang kononnya beragama Islam. Jika benar NGO terbabit ikhlas untuk mempertahankan Islam dan tidak mahu agama kita dihina, maka mereka haruslah bertindak serta mendesak Kementerian Penerangan untuk mengambil tindakan displin terhadap kedua-dua artis berkenaan. Tingkah laku mereka mengejutkan kaum lain yang beragama Hindu, Budhha, Kristian dan sebagainya. Bukankah ini mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. Mana pergi tokoh agama UMNO dalam isu ini].
Share:

8 ulasan:

  1. Salam, saya mewakili NGO yg bersikap bebas tetapi tegas dgn pendirian menentang sebarang usaha memperkotak-katikan Islam dan ajarannya termasuk usaha menyelewengkan kalimah "Allah" tetap menentang dan menyatakan rasa kesal di atas apa jua tindakan segelintir umat islam yang jelas-jelas melakukan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah dan Rasulnya, termasuklah segelintir para Bloggers yang beragama Islam yang turut bersekongkol dengan musuh Islam beserta agen2nya yang sanggup memputerbelitkan kebenaran, mencampuradukan antara perkara perkara pokok dan cabang dan tidak memahami syariat Islam yang benar dengan beralaskan "demokrasi" yang dianggap bebas melakukan, menfitnah dan mengadu domba di kalangan pemimpin Islam dan umat Islam di Malaysia ini. Isu kalimah Allah ada implikasi undang2 syariah Islam atas sebab menjaga aqidah umat Islam manakala isu segelintir umat yang bermaksiat semua berkewajiban menegur dan mencegahnya. So, para Bloggers perlu juga menjaga etika "kewartawanan" nya agar mengikut perspektif Islam bukan perspektif demokrasi.

    Wallahu'alam

    BalasPadam
  2. inilah negaraku NEGARA ISLAM HADHARI, MELAYU MESTI MAJU DARI ISLAM.

    BalasPadam
  3. salam..

    ini tanda kiamat sudah hampir menziarahi kita..

    wAllahu'lm.

    BalasPadam
  4. Daripada Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?.

    (Riwayat Muslim)

    BalasPadam
  5. Siapa tahu apa hukumnya seorang suami redho isterinya dipeluk cium, disaksikan pulak oleh rakyat 1 Malaysia?

    BalasPadam
  6. Allo anon 9.14. kalau nak komen atau pendapat yang dok sokong Umno pelaq tu hang taruk nama la. kasi orang tau hang wakil mana. Kalau wakil sebelah umno tu kami tak layan. Wakil yang jenis tak boleh pakai. Awat tak buat demo bila hang dah tengok adengan peluk tu.Ataupun pi repot kat mahkamah syariah ka.MAIS ka.Kalau takut orang kristian seleweng kalimah Allah tu hang tok sah cakap la. Sebab yang tu memang kerja mereka. Ni Kepala Umno la ni yang dok bagi lesen judi ka macam-macam yang dok perosak akidah oarang Islam tu apa cerita. Habaq mai sat.

    BalasPadam
  7. sapien apa yang anon 9:14 tu cakap betullah la tu.yang hang dok kalut apahal? isu kalimah allah tidak boleh dipolitikkan oleh sesiapa walaupun piliharanraya sarawak semakin hampir. fahamkan maksud saya. secara politik siapa yang untung dengan isu kalimah allah jika dikaitkan dengan Praya serawak,umno atau pembangkang? guna akal bila bercakap?

    BalasPadam
  8. standard le tu...cium pipi tak luak apa pun....baru le ada kemajuan namanya...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.