
KUANTAN, 18 Sept [7.00 pm] - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto), akhirnya berjaya mengekalkan jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota dalam pemilihan parti itu hari ini. Beliau menewaskan Razali Alias (Setiausaha Perhubungan PKR Pahang) dengan majoriti sekitar 35 undi dalam kiraan tidak rasmi sekitar jam 6.00 petang tadi. Pemilihan Ketua Cabang itu yang dikatakan panas akhirnya berakhir dengan suasana harmoni biarpun ada berlaku sedikit kekecohan di awal Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pagi tadi. Kemenangan Azan itu adalah satu keputusan yang sungguh mengejutkan sebenarnya. Apatah lagi, ramai pemerhati politik di negeri ini melihat Azan akan kecundang ditangan Razali. Ia ditambah lagi dengan sokongan akar umbi terhadap Razali yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Keputusan lain turut menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Cabang terus kekal kepada "Team Azan" iaitu Ibrahim Sidek (Pak Brahim). Beliau menewaskan Kamarulzaman Mohamed Yusof (Pak Long) dengan majoriti sekitar 36 undi. Sementara itu seorang lagi calon "Team Azam" bagi jawatan Naib Ketua pula dimenangi oleh Lee Chean Chung bila dia menewaskan calon lain dengan majoriti hanya 5 undi sahaja. Lee mendapat 107 undi, manakala lawannya Ravichandran yang merupakan "team Razali" mendapat 102 undi. Sementara itu seorang lagi calon iaitu Kasfian Kasmudin hanya mendapat 17 undi. Jumlah keseluruhan ahli yang keluar mengundi ialah seramai 234 orang berbanding dengan ahli berdaftar di cabang itu iaitu 755 orang.

Menang, Azan Ismail diapit oleh Lee Chean Chung (kiri) dan Ibrahim (kanan)
Menang, Azan Ismail diapit oleh Lee Chean Chung (kiri) dan Ibrahim (kanan)
Difahamkan pengiraan undi masih dijalankan semasa laporan ini dibuat. Namun begitu, ramai penyokong Razali Alias telah awal-awal lagi meninggalkan perkarangan Pejabat PKR Indera Mahkota, di Jalan Air Putih dekat sini. Mereka kelihatan hampa dan terkejut dengan kekalahan tersebut. Sementara itu Azan Ismail ketika ditemui mengulas bahawa kemenangan itu adalah bukti sokongan terhadapnya masih ada dan tidak seperti yang diwar-warkan selama ini. "Saya menganggap kemenangan ini adalah langkah permulaan ke arah perjuangan yang lebih besar selepas ini iaitu Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka tiba tidak lama lagi. Justeru itu, saya berharap agar perpaduan dan perpecahan tidak akan berlaku, dan semua pihak dapat bersama semula untuk membina kekuatan parti bagi mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota yang diwakilinya", kata Azan. Dalam pada itu, Azan juga bersedia untuk menawarkan jawatan Naib Ketua Cabang dilantik kepada lawannya Razali Alias, bagi mengukuhkan semula parti di cabang itu. "Saya bersedia memberi ruang untuk beliau bersama membina kekuatan parti di cabang ini. Semuanya sudah diputuskan dan kita harus terima keputusan dengan hati yang terbuka", jelas Azan lagi. Sementara itu, Cabang itu turut mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.
[Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada YB Azan atas kemenangannya itu. Semoga beliau akan lebih berwaspada dan berhati-hati dengan segala tindakan yang akan dilakukannya selepas ini. Kepercayaan yang diberikan oleh pengundi bermakna satu amanah yang wajar diberi perhatian. Elakkan perpecahan dan bersatulah demi perjuangan sebenarnya iaitu menjatuhkan kerajaan UMNO BN itu sebenarnya. Kepada mereka yang kalah, anggaplah ia sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan itu. Eratkan kembali hubungan serta lakukan perubahan supaya parti lebih diterima rakyat pada masa akan datang. Apapun keputusan rasmi dibuat malam ini dan akan kami laporkan kemudian. Tahniah kepada semua!].
[Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada YB Azan atas kemenangannya itu. Semoga beliau akan lebih berwaspada dan berhati-hati dengan segala tindakan yang akan dilakukannya selepas ini. Kepercayaan yang diberikan oleh pengundi bermakna satu amanah yang wajar diberi perhatian. Elakkan perpecahan dan bersatulah demi perjuangan sebenarnya iaitu menjatuhkan kerajaan UMNO BN itu sebenarnya. Kepada mereka yang kalah, anggaplah ia sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan itu. Eratkan kembali hubungan serta lakukan perubahan supaya parti lebih diterima rakyat pada masa akan datang. Apapun keputusan rasmi dibuat malam ini dan akan kami laporkan kemudian. Tahniah kepada semua!].






Itu tandanya ada sesuatu yg tak kena dengan grombolan DF,ramai ahli atas pagar yg meluat secara senyap kepad team DF.Mereka ni memang cukup berlagak,terutamanya Hj.Nan dan Zaidi.PDO pun kena sedar juga.
BalasPadamKita berpolitik nak menang bukan nak cari musuh macam pembodek DF tu.
kita sebagai blogger jgn terlalu memberi pandangan yang terlalu berat sebelah pihak.yg senyap belum tentu salah, yang bising belum tentu betul.
BalasPadampertandingan dalam jawatan itu perlu bagi parti...memberi peluang para pengundi memilih siapa yg mereka rasa patut mewakili mereka...dan calon yg bertanding pula harus merasakan mereka bertanding di sebabkan mereka mampu untuk melonjakan ahli2 serta membawa manafaat kepada parti dan ahli....jika inginkan jawatan untuk kepentingan diri atau ada niat nak menjatuhkan org...dari awal2 tak yah la bertanding....cuma membawa perpecahan parti aje....
BalasPadamcontoh terbaik..Dr Syed Husin....beliau telah byk berjasa selama ini kepada parti...beliau juga seorang yg bijak...tetapi merasakan parti memerlukan lebih perjuangan dan pengorbanan yg beliau rasa ada org yg lebih baik dari beliau maka beliau buat keputusan untuk tidak bertanding...beliau tidak gilakan pangkat...beliau tidak mempunyai dendam..cuma demi kebaikan...
jgn la berkokok nyaring tapi jubur bersepah tahi....kelak org akan terhidu juga....