PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, September 28, 2010

Kontroversi: Rais Yatim Arah Siasatan Serta Merta Di Lakukan Kepada Kes Klip Video Paderi Kristian Menghina Islam Dalam Sebuah Gereja Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 28 Sept [3.03 pm] - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (foto), telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam. Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu. "Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Isu dan Cabaran Dalam Memulihara Arkib Audiovisual di Rantau Tropika" di sini, hari ini. Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah. Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Zainol dalam blognya turut meminta pihak berkuasa bertindak pantas sebelum umat Islam bertindak sendiri. Rais berkata, isu itu merupakan hal yang serius dan kementerian akan mengambil tindakan tidak kira di mana ia dipancarkan sama ada menerusi laman YouTube atau Yahoo, asalkan ia disiarkan di negara ini kepada pendengar dan pemerhati internet. "Saya juga akan hubungi pihak penguatkuasa supaya semua laporan dan siasatan SKMM yang dikemukakan dapat perhatian segera," katanya.

Lagi klik video panas Paderi benjamin terbabit Vol I | Vol II | Vol III | Vol IV
[Sungguh menjijikkan apabila melihat ceramah yang disampaikan oleh paderi Kristian ini sebenarnya. Maka sewajarnya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit demi menjaga kesucian Islam itu sendiri. Kami amat terkejut dengan pendedahan ini sebenarnya. Tambah mengejutkan paderi tersebut adalah berbangsa Melayu dan mengaku di Johor sahaja sudah lebih 10,000 orang Melayu dimurtadkan. Malah di seluruh Malaysia lebih ramai lagi yang kini masuk agama Kristian. Maknanya paderi Benjamin adalah orang Melayu yang beragama Islam pada asalnya. Memang selama ini kita mendengar cerita ini menerusi email dan dari mulut ke mulut. Rupanya kini tersebar pula video mubaligh terbabit. Sungguh mengejutkan, dan mereka sememangnya sedang menyebarkan dakyah ke seluruh negara. Jika kerajaan lambat bertindak maka kita khuatir lebih ramai orang Melayu terutamanya generasi muda akan murtad dan meninggalkan agama Allah ini nanti].

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Bang tak kiralah sapa pun..bn ka x bn ka..bab ni siasat dan kena hukuman!!paderi benjamin mangkuk hayun tu jgn cakap benda yg kamu x faham..kalu org lain dan cakap2 benda2 yg mengarut pasal agama kamu lagi byk..search la google taip Ahmad Deedat..abis paderi2 besar kamu semua lidah kelu tidak terkata!!

Anonymous said...

ISA kan.Ashik pembangkang je yang kena.

Anonymous said...

Ini paderi daripada Indonesia, menjalankan dakyah kristian di Malaysia. JAKIM mesti mengambil tindakan segera. Dakyahnya menampakkan kebodohannya tentang Islam. Mesti ambil tindakan segera!!

Anonymous said...

Anak orang UMNO ni dulu, lahir kat Johor. Kenapalah UMNO susah nak terima ceramah agama di Masjid dan Surau. Nah sekarang, paderi buruk kan islam kat Gereja.

Silapnya UMNO bila mahu agar politik suku agama suku.....

Balasan Allah untuk pemimpin islam di Malaysia...

Anonymous said...

WOI PEMIMPIN UMNGOK, HANGPA TUNGGU APA LAGI, BANGANG PUNYA PEMERINTAH! IBRAHIM ALI KATAK PURU MANA, TAK NAK BUAT DEMO KE????

Anonymous said...

aila dah bezaman video ni baru nak siasat..

Anonymous said...

betul tu dah lama dah video ni keluar, di fb lah di you tube lah baru lah nak ambil tindakan kalau tak diheboh2kan jawab nya senyap aje lah, kes2 murtad ni berlaku begitu hebat dlm thn2 80 an walau pun heboh di perkatakan tentang nya tapi tp xde apa2 tindakan di amik, masalah pa masa tu ada pemimpin yg berkata agama ni sama aje, teka2 lah siapa agak nya pemimpin tu yer...mungkin kesan dari itu yg jadi mcm ke?..sama2 lah kita renongkan..utk kebaikan agama Allah swt..

Anonymous said...

Si Rais ni nak popular je, biar muke dia kuar kat TV. Ntah ape2 dia cakap pun aku tak tau, kempen syg malaysia la tp diri sndiri tak nak kaji. Dulu bakar jambatan, pas tu masuk balik, ape punya pemimpin mcm tu. Porahhhhh