script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Buat Tindakan Segera Mendakwa Kes Setiausaha MUIP Dari "Ambil Alih Pengurusan Masjid" Di Kerdau !!

Tindakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di kawasan pilihan raya kecil DUN Kerdau amatlah tidak wajar sebenarnya. Institusi itu yang sepatutnya ditadbir oleh imam dan ahli jawatankuasanya, tiba-tiba diambil alih oleh jabatan terbabit. Soalnya sekarang, kita menyangka apabila JAIP mengambil alih pentadbiran masjid maka banyak aktiviti dakwah dan kerja agama mahu dijalankan oleh mereka. Namun, JAIP dilihat "double standard" sebenarnya. Mereka mengambil alih masjid untuk tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak menggunakan platform itu untuk menyampaikan ceramah. Namun, aneh apa yang berlaku adalah disebaliknya pula. JAIP hanya membenarkan calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berjumpa rakyat dan berceramah di situ. Dalam masa yang sama mereka menghalang calon PAS, Hasanuddin Salim berbuat demikian. Ramai yang tertanya-tanya dari mana agaknya undang-undang yang diperkenalkan oleh JAIP ini?. Apakah ini namanya keadilan dalam Islam yang mahu dipertahankan oleh mereka. Kenapa sebelah pihak dibenarkan dan sebelah pihak lagi ia dihalang?. Bukankah ini jelas membuktikan JAIP kini bersekongkol dengan BN untuk agenda politik semata-mata. Mereka meminggirkan agenda agama malah tazkirah, ceramah agama dan sewaktu dengan akan dihalang jika ia menyentuh hati nurani umat Islam lain. Misalnya mengatakan judi, minum arak atau emas itu haram dipakai oleh lelaki, maka penceramah akan dikataka menghina agama kerana ramai golongan tertentu dalam parti tertentu berjudi, minum arak dan memakai emas sebenarnya. Maka pasti penceramah terbabit akan diharamkan hanya kerana menyatakan kebenaran. Apakah ini caranya JAIP bertanggungjawab kepada agama Islam agaknya. Justeru itu, semua pihak membantah tindakan JAIP yang jelas berat sebelah ini !

[Nampaknya sejak akhir-akhir ini Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah lari hala tujunya. Tambahan pula dengan perlantikan Pengarah baru, Dato' Mohamad Ubaidillah (foto) yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama dan banyak skandal dan terlibat dengan penyelewengan amanah sebelum ini. Justeru itu, eloklah JAIP laksanakan tugas mendakwa Setiausaha Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan pasangannya (foto) yang ditangkap khalwat itu segera jika benar mereka patuh kepada tuntutan agama. Daripada sibuk-sibuk mengawal masjid-masjid di DUN Kerdau, lebih baik kerja hakiki dan tanggungjawab yangs udah lama dituntut oleh umat Islam itu diselesaikan. Sikap JAIP yang terus membisu dan menyimpan fail pendakwaan yang sudah lengkap terhadap tertuduh terbabit menunjukkan mereka cuba untuk menipu rakyat dan melakukan penyelewengan atas kes ini sebenarnya. Sudah beberapa kali kami dedahkan namun difahamkan masih tiada tindakan yang dilakukan. Cuma, daripada sumber yang boleh dipercayai akhirnya pihak istana sendiri mengarahkan tertuduh dikenakan tatatertib. Jika mahu diharapkan JAIP, hingga sekarang diam membisu !!. Tiba-tiba pula mahu menjadi jaguh pula di pilihanraya kecil DUN Kerdau].
Share:

9 ulasan:

  1. saya cadangkan semua masjid dikerdau dan jugak dimalaysia diletakann logo 1Malaysia dan Logo Umno dimenara2 Masjid.

    aku tak selesa berimamkan dgn tok imam umno, sembahyang aku jadi tak khusyuk.

    BalasPadam
  2. Kenapa tak minta patung wali dan imam besar korang Karpal singh dan Guan Eng diletakkan dekat kubah mesjid terpilih korang?

    BalasPadam
  3. Aku rasa geng UMNO macam Anon 7:19:00 dah merapu, nyanyuk dan gila tahap kritikal. Cakap macam dah xde akal.

    BalasPadam
  4. bukan takde akal tapi dah hilang akal.

    lu tolong gua, gua tolong lu. Mintak SPR KOMEN sikit. dulu gua ahli umno tapi sekarang ni dah tukar..sebab nenek gua pun cakap, kalau gua tak berubah sampai bilapun barang naik.(BN). Masa untuk berubah. cuba sekali gok...

    BalasPadam
  5. Tipikal spesies PAS: Masih dengan bahasa 'pungguk rindukan bulan', taksedar-sedar hari dah pun siang.

    BalasPadam
  6. rindukanb bulan tak apa, sokong parti yg tolak hukum Allah dan halalkan judi, arak dan maksiat yg Allah larang dan fitnah pemimpin lagi bahaya, syed ibrooor pun sokong jugak ke? kata keturunan Rasulullah tapi menentang ajaran Rasulullah.

    BalasPadam
  7. Sokong peliwat tegar dan puja taksub ulama songsang pun tak apa ke?

    BalasPadam
  8. Nak buat macam mane wei..
    Pengarah Jaip yang baru lantik pun dah bersara. Kesian dia. Dah lah baru bertugas di Jaip. Pastu Bersara wajib. Tengah tunggu Kontrak sunat lah pulok. Yang lagi kesian, Mahkamah Syariah Pahang sudah 1 tahun tidak berbapa( YAA Ketua Hakim Syarie ) Gone lah nak bersidang Mahkamah Rayuan Syariah? Harap pemimpin UMNO Negeri Pahang ambil tindakan sewajarnya. Usah dok nak buat pembaruan dikerdau. Bila calon mati buat PRK. Tapi bila Ketua jabatan bersara susah nak ganti ... Dah lah tu, Ketua Pendakwa Syarie pun dah bersara. Pasni mungkin tunggu sape bersara baru boleh ganti ?

    BalasPadam
  9. hentikanlan berckap perkara yang belum tentu benarnye....boleh rosak akidah tau.....nak jadi golongan yang Allah kata"AKAN MASUK NERAKA DAN KEKAL ABADI DIDALAMNYE" fikir2..mati itu pasti hidup insyaallah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

ADUN Diingatkan Tidak Buat Hebahan, Kenyataan Tidak Benar Yang Boleh Jejaskan Kredibiliti Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan agar tidak membuat hebahan dan kenyataan tidak benar yang boleh menjejas kredibiliti ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.