script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Kenyataan PM Bukti Rakyat Tidak Di Dahulukan, Mereka Tidak Yakin Dengan Kajian Dan Hanya Mahu Kerajaan Batalkan Projek Itu!

KUANTAN, 24 April - Rata-rata penduduk di bandar ini yang ditemui ternyata tidak yakin dengan ketelusan kerajaan mahu melantik pakar luar negara untuk mengkaji aspek kesihatan dan keselamatan kilang memproses nadir bumi (rare earth) milik Lynas Corporation di Gebeng dekat sini. Ini kerana mereka risau pakar yang dilantik itu adalah "pakar kelentong" yang hanya akan menjadi kemarahan rakyat. Rakyat sudah tidak percaya lagi dengan janji manis kerajaan dalam membawa masuk projek berisiko seperti ini. Kenyataan PM, Datuk Seri Najib Razak (foto) bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah satu kenyataan yang sudah terlambat sebenarnya. Najib dalam satu kenyataan selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Pahang, di Pekan hari ini berkata satu panel bebas yang akan dianggotai pakar akan membuat kajian berhubung soal keselamatan dan kesan kilang berkenaan.


Rakyat bukan mahu kajian, tapi mereka mahu projek Lynas dibatalkan
Menurutnya panel berkenaan akan diberi tempoh sebulan untuk membuat kajian berhubung perkara berkenaan sebelum membuat laporan. "Projek itu mestilah tidak menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang selaras dengan prinsip ini, maka kita akan tubuhkan 'panel of expert', pakar-pakar yang sangat mahir dalam bidang yang berkaitan projek ini untuk kaji segala aspek dalam sebulan ini. Mereka akan keluarkan laporan, berdasarkan laporan ini kerajaan akan buat keputusan muktamad," kata Najib. Beliau juga berharap semua pihak bertenang dan memberi peluang kepada panel itu untuk membuat kajian terperincinya. "Apa yang patut dilakukan berdasarkan prinsip utama, bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat tak akan dikompromi, kita juga tak akan benarkan (kilang itu) pra-operasi sehingga keputusan muktamad telah dibuat," katanya.

[Kerajaan Malaysia tidak wajar memperbodohkan rakyat Kuantan dengan kenyataan ini. Jika benar mereka mahu lantik pakar berkaitan untuk mengkaji dalam tempoh sebulan ini, maka sepatutnya kerajaan mengarahkan Lynas menghentikan operasi mereka buat sementara waktu sehingga kajian selesai. Malah difahamkan, terdapat sumber mengatakan "raw material rare earth" dari Mount Weld Australia khabarnya ada yang sudah sampai di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang). Justeru itulah, rakyat tidak yakin dan percaya dengan pakar-pakar ini. Masa sudah terlambat, kenapa selepas projek berjalan dan rakyat membantah baru kerajaan beriya-iya mahu menubuhkan pakar?. Kenapa kajian pakar-pakar untuk projek bernilai ratusan juta ringgit ini tidak dibuat sebelum ia diluluskan?. Malah, pihak terbabit juga didapati merahsiakan Laporan lengkap EIA oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Semua ini mengundang kemusykilan yang tiada penghujungnya. Malah, kita amat yakin keputusan muktamad yang akan diumumkan oleh Kerajaan nanti, sama dengan apa yang telah diumumkan sekarang iaitu Projek Lynas didapati selamat dan tidak memudaratkan kesihatan orang awam. Skrip ini sudah boleh kita baca sebenarnya, itu belum termasuk pakar-pakar terbabit diberi habuan agar mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada Lynas. Maka itu teruskan bantahan demi anak-anak kita. Usahlah terpedaya dengan semua ini, kerana pakar luar negara bukan duduk di Kuantan. Jika berlaku apa-apa risiko, apakah mereka mahu bertanggungjawab kelak. Bukankah akhirnya kita yang bakal jadi mangsa!].
Share:

12 ulasan:

  1. Di harap seluruh rakyat Malaysia menyokong kita menentang projek Lynas tersebut.Ini bukan masalah Kuantan,ini bukan masalah Pahang sahaja tetapi masalah satu Malaysia.

    Projek Pintar MAS

    BalasPadam
  2. bkn semua nentang!!fitnah dr PAS n PKR!!tuari nasaruddin tantawi royak kilang dh nak siap!!ckp dok betol dh!!pelawok!!

    BalasPadam
  3. rakyat australia pun tentang kita lak memandai suruh buat kat malaysia... rakyat kena follow up ni.. kena halang kat port of entry...

    BalasPadam
  4. Projek Lynas dengan loji tenaga nuklear ada kaitan? Cuma lokasi loji tenaga nuklear belum diketahui. Menurut Prof Dr Ismail Bahri dari UKM, loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal. Sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal, menurut beliau lagi.

    Isu utama di sini ialah adakah loji tenaga nuklear itu akan dibina tidak jauh dari kilang Lynas untuk mengurangkan kos logistik dan sekuriti? Jika ya, salah satu kemungkinan loji nuklear dibina adalah di Dungun, Kijal, Kemaman, Tanjung Agas, Nenasi, Rompin atau di Gebeng sendiri. Selain itu, loji nuklear mesti berhampiran dengan grid nasional untuk menjimatkan kos pengagihan kuasa.

    Isu kedua adalah loji tenaga nuklear akan menerima bekalan bahan nuklear dari pembekal dan sisa nuklear akan dipulangkan kepada pembekal seperti yang dikatakan oleh Profesor Dr Ismail Bahri. Ini bermakna kilang Lynas bukan sahaja akan menyimpan bahan radioaktif yang dihasilkan olehnya sendiri, tetapi juga bahan sampingan dari proses-proses di kilang Lynas serta sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi.

    Satu perkara yang menarik ialah kilang Lynas dikatakan mempunyai kebenaran untuk menyimpan bahan radioaktif untuk selama-lamanya (selagi ada bulan dan matahari?)

    Justeru, masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur berdepan dengan sekurang-kurangnya 5 bahaya dan bukannya hanya 1 bahaya seperti yang dijangkakan.

    Bahaya-bahaya itu ialah

    1. hasilan radioaktif dari kilang Lynas
    2. hasil sampingan dari proses-proses di kilang Lynas
    3. sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi
    4. operasi kilang Lynas
    5. operasi logi tenaga nuklear

    Inilah pakej 5 dalam 1 yang akan dinikmati oleh masyarakat Malaysia, dan khususnya penduduk Pantai Timur.

    BalasPadam
  5. Adakah sisa nuklear dari loji tenaga nuklear yang bakal beroperasi dimasukkan dalam tong dan dibuang ke dalam laut di Gebeng, Teluk Cempedak atau Pulau Tioman? Atau ia ditanam di sebelah kilang Lynas?

    Sisa nuklear 10 tahun berapa banyak? 20 tahun?

    BalasPadam
  6. wah ini berita baik.5 dalam 1.Pelahap tahap Gaban dan nafsu besar btul haramjadah umngok BN..bohong kpd rakyat memang darah daging depa..cepatla tukar kerajaan!

    BalasPadam
  7. Fakta-fakta yang kita perlu tahu tentang projek Lynas dan loji tenaga nuklear

    1. Half life Thorium ialah 14.05 billion tahun?

    2. Kilang Lynas mengeluarkan waste water sebanyak 3 kolam renang bersaiz olimpik setiap hari? Adakah waste water ini akan disalurkan ke Sungai Kuantan? ke Pantai Teluk Cempedak? ke Sungai Pahang?

    3. Adakah pekerja Lynas tidak akan membawa debu radioaktif pada pakaian mereka ketika balik kerja?

    BalasPadam
  8. Ayuh bersatu,ketepikan fahaman politik,utamakan diri,anak isteri,saudara,tetangga kita sekarang dan generasi akan datang supaya kita tidak menjadi sejarah yang akan diungkit oleh anak cucu kita kerana kealfaan,kesilapan dan kebodohan kita hari ini yang melihat,membiar,menyokong PROJEK TAIK yang akan membinasakan. Ini bukan cerita releven@tak, bukan INTERLOK yang boleh dipinda..bukan jam omega boleh ditempah ,bukan cerita ketulinan filem tamil, tapi fakta duit mengatasi nilai kemanusian.

    BalasPadam
  9. lu orang pilih, lu orang tanggung lar

    BalasPadam
  10. Kepada rakyat Pahang, sokonglah lagi UMNO/BN. Kan mereka mendahulukan rakyat supaya ditimpa malapetaka radioaktif. Korang pilih, korang tanggunglah.

    BalasPadam
  11. hanya pembangkang sahaja buat demo, penyokong2 suku, sakat umno relex je kat rumah, tak kesah pun nak buat kilang atom ke, nuklear ke, yg penting rakyat dapat kerja.

    bila meletop ke, kena radioaktir ke, semua terlibat, tok imam ke, tok penghulu ke, orang umno ke, orang pas ke, melayu ke, cina ke, india ke, semua kena kesannya.

    sesungguhnya kerosakan muka bumi ini disebabkan oloih tangan-tangan manusia itu sendiri, sendiri mau paham

    BalasPadam
  12. orang bodoh selalunya ditipu olih orang cerdik.

    orang miskin selalunya ditipu olih orang kaya.

    terima kasih kepada rakyat yg pentingkan keselamatan dan kehidupan akan datang.

    terima kasih jugak untuk rakyat yg hanya perlu dicucuk hidung untuk terus hidup.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.