script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ramai Ahli Kecewa Tindakan Amy Search Terima Tawaran Jadi Pengetua AF9 Di Saat Penulis Lirik Lagu "Isabella" Bob Lokman Kini Bersama PAS !!

Ramai ahli PAS meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap keputusan lagenda rock tanahair, Amy Search (foto) yang menerima tawaran untuk menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9). Kata mereka, rancangan realiti itu jelas sekali bertentangan dengan budaya Melayu dan melanggarkan prinsip Islam. Sejak sekian lama rancangan tersebut ditentang kerana ia jelas sekali menyuburkan maksiat (hiburan) dan menggalakkan pergaulan bebas sesama pelajar terbabit. Mereka bukan sahaja ditempatkan dalam satu bumbung, malah mereka bebas bertepuk tampar, bergurau sedang, berpegangan tangan antara satu sama lain. Malah, ada yang sanggup memeluk rakan-rakan yang lain biar pun berbeza jantina apabila terdapat diantara mereka yang terkeluar. Malah, konsert rancangan tersebut juga benar-benar melanggar hukum agama dan ternyata ia menggalakkan generasi muda untuk menceburi bidang hiburan dengan memasukkan unsur-unsur maksiat dan budaya barat didalamnya. Justeru itu, apakah wajar Amy Search yang dilihat semakin mendekati Islam menjerumuskan dirinya sebagai Pengetua AF9?.


Terkini, Amy Search diapit pelajar AF9 selepas diumum sebagai Pengetua

Amy Search tidak sepatutnya menerima jawatan sebagai Pengetua AF9 itu

Setahun yang lalu juga ada terdengar sesas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan pada majlis Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan.

[Melihat kepada imejnya selepas itu, memang ramai yang menjangkakan Amy Search sudah pasti akan kembali bersama perjuangan Islam. Tambahan pula ramai sahabat artis telah pun berbuat demikian termasuk penulis lirik lagu "Isabella" yang dinyanyikan oleh kumpulan popular itu sendiri iaitu Bob Lokman (foto). Jika Bob Lokman yang pernah menjadi Juri rancangan realiti Raja Lawak Astro itu boleh bersama PAS, maka mengapa tidak Amy Search. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dikalangan para artis kembali kepada fikrah sebenar kehidupan yang hakiki tiba-tiba Amy kembali berundur ke belakang. Tindakan menjadi Pengetua AF9 bermakna dia menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Maka itu, semoga Amy Search dapat memikirkan apakah yang dilakukan itu diredhai Allah atau sebaliknya. Kembalilah kepada Islam bukan terus bergelumang dengan maksiat yang sudah bertahun-tahun dilaluinya itu].
Share:

12 ulasan:

  1. Upset tgk dia pakai rantai masa wat show kat konsert AF semlm..

    BalasPadam
  2. kadang2 godaan duit dan duniawi mempengaruhi walupun umur dah lanjut

    BalasPadam
  3. tue la...bla artis masuk ja PAS nk canang satu malaysia..sikap takbur tak bagus sama skali. teruskan perjuangan kita dlm memenangkan pasti islam ini..Allahu Akbar!!

    BalasPadam
  4. PAS tak payah dok susah ati laa........
    kalu dah jenih tak mau nak jadi baik.......biaq pi kat dia...

    dia nampak 'fulussssssss' mau masyuukkkkk laju daaa......

    artis laa katakan.....
    dia belum teruji lagiiiii.....

    kah kah kah

    BalasPadam
  5. Aku tak mau kutuk atau ckp lebih...cuma aku doakan agar Allah bagi hidayah pada dia. Tak mustahil dia letak tarik diri sbg pengetuan AF9 masa life concert..dimana satu Malaysia tgk...bukankah kesannya akan lebih memberi impak kepada hati2 manusia? Kerja Allah tidak tercapai akal manusia. Hidayah ditanganNya. InsyaAllah, Aminnn...
    -POK NIK

    BalasPadam
  6. Jangan raba dalam kain orang nanti terjumpa barang hidup. Taku2 nanti tersepit dan tercucuk.

    BalasPadam
  7. adakah pas itu islam dan islam itu pas,jangan menghakimi dan mentafsir pandangan fizikal seseorang itu islam atau tidak kpd pandangan umum, hanya Allah yg mengetahui jiwa dan hati seseorang begitu juga dngn diri anda samada anda benar-benar islam, fasik atau munafik..

    BalasPadam
  8. artis memang camtu,ari ni boleh jd alim ,esok berlakun filem cinta,ikut skrip la katakan

    BalasPadam
  9. Salam semua... kita jgn bersangka buruk, mungkin amy ingin buat perubahan dan mengelakkan dari anak melayu tersesat jauh. Kita lihat dan nantikan.

    BalasPadam
  10. hahaha abenda nak mengarut nie, salahker amy jd pengetua AF, yang ko tu bisnes karaoke tu kira camner, tak der yang tak kena pun , atau cuma islam kalau masuk parti PAS. tak ikut pas tak islam ker

    BalasPadam
  11. DAH HIDUP DIA MENCARI REZEKI NGN MUZIK...NAK WAT MACAMNAE KAN...BIAR LAH DIA..DOSA PAHALA DIA BUKAN KITA YG MENENTUKAN

    BalasPadam
  12. harap amy pikir balik. letak jawatan. lebih baik dia jadi ketua untuk program adik-adik ku. insa'allah boleh!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.