TEMERLOH, 20 April - Sebelum ini (25 Okt 2010) kami telah melaporkan tentang Pejabat Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dekat Bukit Sekilau diceroboh. Namun, hingga ke hari ini pihak polis mungkin masih menjalankan siasatan dan belum pun selesai lagi, biarpun sudah dua kali kes tersebut berlaku. Mungkin sudah menjadi satu "trend" agaknya, penceroboh hanya gemar memasuki premis pemimpin atau parti pembangkang maka satu lagu kes berlaku apabila pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman (foto) , dekat sinipula telah diceroboh dua hari lalu. Penceroboh dipercayai mengambil beberapa barang-barang strategik dipercayai untuk mencuri maklumat. Antara barangan tersebut ialah sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk, berpuluh pen drive dan wang tunai. Pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad apabila empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga didapati pecah sementara ruangan pentadbiran pejabat berselerakan. Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan berdasarkan kesan mereka memecah masuk untuk mencuri maklumat strategik.

Salah ssebuah meja yang berselerak, akibat digeladah oleh penceroboh
Salah ssebuah meja yang berselerak, akibat digeladah oleh penceroboh
[Apa yang menarik untuk diperkatakan dalan kes terbaru ini ialah modus operandi yang dilakukan oleh penceroboh hampir sama dengan kejadian yang menimpan Pengerusi PKR Pahang Oktober tahun lalu. Penceroboh terlatih itu masuk melalui bumbung kemudian membuka siling pejabat dan masuk untuk menggeladah. Soalnya, apakah ia dilakukan oleh orang yang sama?. Jelas sekali dapat dilihat dalam kes ini, motifnya ialah untuk mendapatkan maklumat parti berkenaan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Soalnya, siapakah yang melakukan kerja itu?. Pihak polis dilihat masih gagal untuk mengenal pasti penceroboh yang memasuki pejabat Dato' Fauzi di Kuantan dulu, biarpun ia sudah dua kali berlaku. Malah, kedua-duanya laporan polis sudah pun dibuat. Jika penceroboh itu berniat mahu mencuri, maka lebih baik mereka menceroboh pejabat lain yang lebih banyak menyimpan wang ringgit. Kenapa ini berlaku kepada Pejabat PAS?. Bukankah kes ini memang bermotifkan politik sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diminta menyiasat dengan telus kes ini. Jika tidak maka persepsi rakyat sudah pasti akan mengaitkan kes itu dengan politik !].






kerja UMNO lah ni..... sapa lagi
BalasPadamTak de CCTV ke office ni.
BalasPadam