[Sesuatu yang perlu diambil ikhtibar dalam kes seperti ini ialah, sila nasihatkan anak-anak anda agar tidak berdua-duaan ditempat yang boleh menimbulkan fitnah seperti ini. Remaja terbabit mengakui mereka datang ke kawasan tersebut menaiki dua buah motosikal. Bermakna mereka membonceng bersama pasangan kekasih masing-masing. Apabila berada di kawasan air terjun seperti ini, banyak kejadian tidak dingini berlaku sebenarnya. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mandi manda dengan pasangan masing-masing tanpa halangan. Tambahan pula lokasi terbabit jauh dari orang ramai dan ketika kejadian hujan turun dengan lebatnya. Cuba bayangkan, apakah remaja terbabit duduk disitu untuk kebaikan atau melakukan maksiat. Banyak kejadian maksiat berlaku membabitkan remaja di tempat seperti ini. Maka itu, kemungkinan "kepala air" yang datang itu adalah amaran Allah kepada hambanya yang engkar dengan perintah agama. Biar pun tiada bukti mereka melakukan maksiat tetapi situasi yang berlaku sememangnya menjurus ke arah itu sebenarnya. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku dan pastikan anak-anak anda tidak terjerumus ke lembah kehinaan seperti ini. Mati bersama kekasih, apakah begini namanya "sehidup semati"].
Suspek tetak peneroka direman tujuh hari
-
KOTA TINGGI – Suspek kes tetak peneroka menggunakan kapak hingga maut di
Felda Lok Heng Selatan di sini direman selama tujuh hari bermula hari ini
hingga...
46 minit yang lalu






masa kes Lubuk Yu dulu, PDO kata ni angkara jin kat situ mengamuk sebab org buat maksiat..kali ni mcm berubah skit kenyataan PDO.ok la kenyataan tu.
BalasPadamAjal maut boleh datang bila-bila dan tanpa diduga. Jangan mati dalam keadaan tengah buat maksiat, tengah pegang gelas arak, tengah bersama pelacur, tengah terkinja-kinja kat konsert, tengah berdangdut, tengah buat video blue atau tengah menaip cerita fitnah sudah lah.
BalasPadamIngat mengingati sesama insan dan jauhi fitnah.
TAKBIR ANON 1:35AM CAYA LA .
BalasPadamEntah mengapa, Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan memberitahu tentang yang haq, dan menafikan yang batil. Meskipun ini adalah sifat sebenar Parti “Kelentong” Rakyat sejak ditubuhkan, namun mereka masih lagi menafikan tanggungjawab kepada rakyat untuk mengetahui perkara sebenar tentang seutas jam tangan berjenama Omega.
BalasPadamSemalam, Wan Azizah, isteri kepada pemimpin “anugerah Tuhan” berpeluang untuk menunjukkan bukti bahawa jam tangan Omega itu ada padanya, sebagaimana yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini. Namun, entah mengapa, Wan Azizah kelu, marah dan “kantoi” apabila di tanya wartawan yang bertanyakan padanya tentang jam tangan tersebut, dan enggan menjawab soalan tersebut.
Malah, Wan Azizah bertanya pula pada wartawan, mengapakah perlu dia menunjukkan jam tangan Omega tersebut kepada wartawan dan umum? Apa punya bodoh soalan Wan Azizah itu. Apakah dia tidak punya alasan untuk diberikan kepada wartawan yang bertanya?
Seharusnya, Wan Azizah sudah lama menunjukkan jam tangan Omega yang dikatakan Anwar berada di dalam simpanannya kepada wartawan dan umum. Ini adalah penting untuk membuktikan bahawa Anwar tidak menipu tentang status kehilangan jam tangan Omega milik Anwar tersebut.
Tindakannya menunjukkan jam tangan Omega Anwar itu bakal menutup mulut ramai pihak, terutamanya Datuk Syazryl Eskay yang mendakwa jam tangan milik Anwar itu ada padanya dan sudah diserahkan pada pihak berkuasa untuk menjadi bahan bukti Anwar ada bersamanya ketika berhibur dan berpoya-poya.
Mempamerkan jam tangan tersebut mampu sedikit sebanyak memperbetulkan persepsi dan spekulasi rakyat yang timbul berkenaan isu skandal video seks yang dikaitkan dengan suaminya itu. Sekaligus, tindakannya itu akan turut sedikit membersihkan nama suaminya, yang sememangnya jijik, jelek dan kotor itu. Sekurang-kurangnya suaminya tidak menipu tentang jam tangan Omega.
Namun, Wan Azizah kelihatan seperti orang bodoh yang diguna-gunakan oleh suaminya sendiri pada sidang akhbar semalam. Azizah dan Nurul Izzah bagaikan membaca skrip yang dikarang oleh suaminya untuk terus menipu dan memberikan kenyataan yang bersifat putar belit. Apakah Anwar sedang melatih isteri dan anaknya itu supaya memiliki ‘lidah bercabang” sepertinya?
Meskipun begitu, Wan Azizah masih ada lagi rasa sayang dan cinta kepada suaminya yang zalim terhadapnya? Nurul Izzah masih lagi mempertahankan ayahnya yang menzalimi ibu, adik-adik dan keluarganya? Sampai bila Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga Anwar terus mewarisi sifat “sesumpah” Anwar ini?
Dalam pada yang sama, Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan keluarga mereka telah menzalimi rakyat dengan menafikan hak kepada rakyat umum, wartawan, dan blogger-blogger yang selama ini mendesak dan ingin tahu tentang hak dan kebenaran. Sedarkah rakyat tentang hal pembohongan ini?
Wan Azizah mendakwa bahawa Kerajaan BN dan UMNO telah lama menganiaya mereka sekeluarga, terutamanya Anwar Ibrahim. Tapi, Wan Azizah tidak sebut pun nikmat yang mereka terima ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan “anak emas” Tun Dr. Mahathir dahulu. Wan Azizah tidak sebut pun bagaimana Anwar dan keluarganya menzalimi rakyat, UMNO dan seluruh dunia ketika Anwar bergelar TPM dahulu.
Wan Azizah cuba membayangkan bahawa keluarga mereka dianiaya untuk menagih simpati. Sedangkan, Anwar sekeluargalah yang menganiaya diri dan keluarga mereka sendiri. Sudah dilantik menjadi TPM, Anwar salah guna kuasa, menindas rakyat jelata, selewengkan wang berbilion, berhubung sulit dengan isteri pegawai khasnya, dan melakukan kemungkaran sesuka hati dengan bertopengkan identiti “Pak Syiekh”!
Laa... Rupenya Wan Azizah Tak Tahu Jam Omega Tu Limited Edition.
BalasPadamMamposss.... wan azizah sampai la ni masih tak dapat buktikan jam omega anwar tu pada wartawan walau pun dia kata jam tu ada dalam simpanan dia. hari tu dia meracau-racau bila ada seorang wartawan cina mintak dia tunjukan jam tu, menggelupur beruk dia beb...
Pada mulanya wan azizah cukup confident yang dia boleh membuktikan jam omega ada dalam simpanannya, tapi setelah dia tahu, jam omega tu bukan jam biasa, dia dah start menggelabah, pada aku secara logiknya, kalau betul la jam tu ada di tangan dia, dah tentu, tak payah wartawan tanya, dengan rela hati wan azizah tayang jam tu pada wartawan, senang cerita dah tentu-tentu datuk eskay dia boleh chekmate.
Difahamkan jam omega tu adalah limited edition, pemberian kerabat raja saudi, bentuk jam tu berlainan dengan jam omega yang ada di jual di kedai. jadi memang sah wan azizah tak mampu cari ganti kat mana nak beli jam yang serupa macam yang datuk eskay serahkan pada polis. wan azizah pun silap, tapi ye la kan dia mana nak tau nak jadi macam ni, sepatutnya dia ambik gambar jam tu dulu, bila jadi kes macam ni, apa susah-susah pi je la tempah yang baru ye tak?
Maka itu sebapnya lah sampai la ni, anwar tak balik lagi ke semenanjung, dia dok pening kepala apa nak jawab kat wan azizah dan aku di fahamkan wan azizah pun turut datang ke kuching tapi tak jumpa dan duduk pun satu hotel dengan anwar.
Ya Allah, Kau berilah hidayah dan petunjuk-Mu kepada anon yang copy-paste kat atas ni.. Amin.
BalasPadamSemoga beroleh hidayah.Amin. Dan jadi-jadi bikin ketupat nanti kena lipat.
BalasPadamYe ke anon 11.12 dan 11.21, macam real je kau punya cerita ni. Kesian betul Wan Azizah dan Nurul, seorang buat silap, seluruh keluarga menanggung malu, cuba fikir dapat pahala tak isteri taat kepada suami macam ni.
BalasPadam