script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Pahang Rela Terus Islam Di Hina Bila Benarkan Konsert Artis Barat Micheal Learns To Rock Di Adakan Di Kuantan Pada 30 April Ini !!

KUANTAN, 19 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal dipertanggungjawabkan kerana tergamak sekali lagi membiarkan artis barat mengadakan konsert mereka di sini. Difahamkan Kuantan bakal menjadi destinasi konsert "World Tour Live In Malaysia 2011" kumpulan Micheal Learns To Rock (MLTR) pada 30 April ini. Konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung di Stadium Sukpa, Indera Mahkota dekat sini. Tindakan kerajaan UMNO BN yang membenarkan penganjuran konsert ini amatlah dikesali. Tambahan pula disaat agama Islam itu sendiri kini terhina di negeri ini. Terdahulu, kami pernah mendedahkan tindakan memalukan golongan mak nyah (pondan) apabila tergamak mengadakan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" di negeri ini. Kini, kerajaan negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam seolah-olah langsung tidak prihatin dengan agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan artis barat terus mengadakan konsert mereka di bandar ini, seolah-olah kerajaan menggalakkan aktiviti tersebut. Walhal, mereka tahu gejala sosial dikalangan para remaja dan generasi muda hari semakin parah dan sungguh kritikal. Maka itu, apakah motif penganjuran konsert berkenaan boleh memberi kebaikan kepada rakyat itu sendiri agaknya?. Konsert anjurann Star Planet itu menawarkan tiket-tiket berharga antara RM103 hingga RM323. Sebelum ini Micheal Learns To Rock (MLTR)juga telah mengadakan konsert di negeri ini bertempat di Arena Of Stars, Genting Highland pada 5 September 2009. Konsert tersebut dibantah oleh umat Islam kerana ia diadakan pada bulan Ramadhan. Namun ia tetap diadakan juga selepas mendapat "imunity" daripada kerajaan sendiri. Persoalannya, apakah motif sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam merelakan konsert hiburan artis barat itu datang ke sini. Apakah ini cara menerapkan nilai-nilai Islam?.
[Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri Pahang agaknya?. Mana pergi Mufti Pahang (foto)? Mana pergi Exco Agama Islam Pahang? Mana pergi Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP)? Mana pergi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)?. Kenapa semuanya menyepi dan menikus tanpa ada sebarang tindakan. Apakah mereka merestui acara mungkar dan maksiat seperti ini. Sebelum ini pun Kuantan telah digegarkan dengan artis luar negara dari Australia iaitu kumpulan Air Supply. Kumpulan terbabit mengadakan konsert di tempat yang sama pada 18 November 2010 yang lalu. Kini, Kuantan sekali lagi menjadi destinsi artis barat. Soalnya, siapakah yang beriya-iya membawa masuk artis barat ke bandar ini. Kami akan cuba menjejaki pihak terbabit yang maklumatnya sudah pun dikenal pasti. Khabarnya, sejak beliau berpindah ke bandar ini maka acara hiburan menjadi keutamaannya daripada program kemasyarakatan yang lain. Kami akan cuba menyiasat dan mendedahkan siapakah individu terbabit dan apakah kaitan beliau dengan penganjuran konsert maksiat seperti ini].
Share:

14 ulasan:

  1. Mufti Pahangg = Mufti UMNO yang telah dibutakan mata, dipekakkan telinga dan dibuntukan fikiran dengan harta dan wang ringgit.

    BalasPadam
  2. Mufti "Seribu Seamah"

    BalasPadam
  3. tak ape...pembukaan konsert tu nanti akan di buke dengan doa daripada sahibus samahah tok peti..itulah tugas hakiki die..

    BalasPadam
  4. KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

    Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

    Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

    Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

    "DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.

    "Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

    Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

    Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

    Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

    BalasPadam
  5. anom Tuesday, April 19, 2011 7:22:00 PM memang begong, mu komeng ikut topik la ni kesah mikel leng tu rok,bukang pasal dok puas ati ngundi d sarawak begong sungguh mung nie

    BalasPadam
  6. UMNO - Untuk melayu saje
    MCA - Untuk cina saje
    MIC - Untuk india saje

    DAP - Untuk semua kaum
    PKR - Untuk semua kaum
    PAS - Untuk semua kaum asalkan Islam

    Sape rasis sebenarnye? Lu pk la sndiri.

    BalasPadam
  7. tok peti ngaji tinggi2 tapi jadi syaitan bisu

    BalasPadam
  8. Anon 10:19:00 PM,
    Anda kata UMNO hanya untuk orang melayu saja? Sempit sungguh sudut pandangmu. Apa hal bodoh sangat?

    BalasPadam
  9. umno memang untuk melayu. siapa yg bengong? nak juga tgk orang cina islam jadi ahli, umno tak pun india muslim. mamak boleh kira melayu ke?

    - apapun tahniah negeri pahang menjadi pusat konsert terkenal. siapa lagi nak buat konsert, sila lah datang ke pahang.. rock kapak ade, maknyah ade, orang puteh ader, seme ader...

    penat la kat negeri pahang ni.. bila la nak reti agama islam.

    BalasPadam
  10. pahang kalau bab maksiat no one.aku tengok muka mufti pun macam apam balik masam.jangan kau kata pada mufti aje. sebenarnya pahang ne kalau bab agama pandang enteng aje. tengok aje mahkamah syariah pahang....sampai la ne pun ketua hakim syarie pun tak da.Bola2 kenapa lah kau bulat.

    BalasPadam
  11. Suka hati mak bapak korang je ckp Mufti tu mcm2...sejak bila pulak Mufti dilantik oleh UMNO...kesian pulak aku baca komen korang..pemikiran sama je mcm anak anjing yang baru lahir 'Nyalak' tak tentu pasal..utk pengetahuan korang yg cetek sama mcm Nik Ajiz tu...Mufti dilantik oleh Tuanku Sultan Pahang..RETI??!!pesal bodoh sgt korang nih..aku x dgr pulak korang dok kutuk kerajaan PKR Selangor yg banyak buat konsert dan mcm2 acara maksiat tuh?Kenapa negeri Kelantan bawah Nik Ajiz sempurna sgt ke?Walhal..masalah sosial spt kes buang anak,anak luar nikah,zina,kes cerai,suami simabh asid dan byk lg pun tinggu gak kadar dia..nape korang xmo kupas plak..???Anwar kena tuduh video Seks pun tak berani sekadar nak tunjuk jam Omega yang didakwa dicuri pelacur Cina yg Anwar Al Jubori sontot tuh??Kesian PDO..dah mcm xde modal dah kot..

    BalasPadam
  12. cukuplah2 kutuk mufti, cian dia, wat dosa saje jee! ke guane ?

    BalasPadam
  13. kpd anon 4:36:00 org yg jaga agama klu x tegur pkara mungkar x kira lah ktan ke sgor ke di panggil saitan bisu.ngok

    BalasPadam
  14. bakpe la si anon ni nok lari dari topik je kerjenya..tok pahe kawe..nok kate dok skoloh buleh bace buleh nulih

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.