KUANTAN, 22 April - Kenyataan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mustapa Mohamed hari ini, bahawa sebuah panel antarabangsa yang terdiri daripada “pakar luar negara” akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian menyeluruh berhubung keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, adalah sesuatu yang penuh "simbolik untuk memperdayakan rakyat" sebenarnya. Panel yang kononnya dibentuk “secepat mungkin” dan dijangka membentangkan laporannya kira-kira sebulan dari tarikh penubuhannya. Sehingga panel berkenaan membentangkan laporannya, Mustapa berkata kerajaan tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen pra-operasi kepada Lynas. Soalnya sekarang, siapakah panel pakar dan berkecuali dan dari luar negara yang akan menganggotainya nanti?. Lebih-lebih lagi panel ini hanya akan bagi cadangan untuk memperbaiki kelemahan dalam operasi loji kelak. Tapi selepas loji beroperasi kalau berlaku apa-apa tragedi apakah ahli panel ini akan bertanggungjawab?. Mereka semua sudah pasti akan melepaskan diri daripada "bala yang menimpa". Rakyat Kuantan akhirnya yang akan menanggung derita. Apakah ini adil untuk rakyat?. Inilah yang memusykilkan mereka sebenarnya. Mereka tertanya-tanya, kenapa selepas mendapat bantahan rakyat baru kerajaan mahu mendapatkan panel luar negara untuk mengkaji?. Kenapa ketika permohonan Lynas untuk membuka kilang mereka di Gebeng dulu mereka tidak mengkaji sedalam-dalamnya. Kenapa "bantahan awam" tidak dibuat ketika itu, untuk menilai sama ada rakyat bersetuju atau tidak kilang itu di didirikan di kawasan ini. Malah, lebih memalukan Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah membatalkan semua taklimat awam akibat tidak mahu berhadapan dengan bantahan rakyat terhadap projek berisiko ini.
[Kerajaan Negeri Pahang dan MITI kini sibuk mencari jalan untuk mempermainkan maruah rakyat Kuantan. MITI begitu mudah memberi perlepasan cukai 12 tahun kepada Lynas sedangkan mereka tahu syarikat itu membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif, bair pun kadarnya rendah. Mustapa Mohamed tidak perlu berlagak untuk menjadi hero dalam isu ini. Kesilapan telah bermula sejak dari awal lagi, iaitu ketika perancangan projek ini untuk di bawa masuk ke Pahang. Mereka perlu kaji kenapa Kerajaan Negeri Terengganu menolak projek itu di Teluk Kalong, Kemaman?. Bukankah, ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang gagal mendahulukan rakyat dalam membawa masuk perlaburan berisiko seperti ini. Malah, tindakan ini jelas mengecewakan sebahagian besar rakyat yang mahu dibatalkan. Mustapa hanya menyebut panel untuk mengkaji, siapakah yang jadi pakar untuk sertai panel itu. Apakah mereka benar-benar pakar? Atau pakar yang diupah oleh Lynas untuk mengaburi mata rakyat Pahang. Ayuh, persetankan alasan mereka kerana kita tiada kepentingan atas projek ini].

Susah bila kita bercakap dengan kerajaan yang TAK PAHAM BAHASA.
BalasPadamBukan Kerajaan, ni Kera-Jaan, memenuhkan tembolok sendiri..
BalasPadamcuba bayangkan..jika sisa radioaktif di sabotaj oleh pihak musuh..sasaran bekalan air bersih kita..habissslah quantan...TLDM pon dekat aje ngan gebeng..skang macam2 bole jadi.
BalasPadampecacai umno mana tahu pasal alam sekitar ni. yg mereka tahu hanya pulussss...
BalasPadamini soal kehidupan dan kemanusiaan. lindungilah hak anak cucu kita pd masa hadapan.
aku pun tak paham, orang sibuk2 protes pembinaan kilang lynas, ramai pulak datang temuduga kat kilang tu, tak takut ke terkena radioaktif.
BalasPadaminilah sikap rakyat m'sia..ada yg protes ada yg gi mintak kerja...offer gaji kaw2 and sign mati kot..duit dapat beli kehidupan kot.
BalasPadamsbb yg dtg tu org2 ada ilmu,tau mmg xbhaya!!gini la kalau bercmpur dgn politik!!org2 kecewa xdpt lynas pun rmai kot..mane2 nawaitu baik INSYA ALLAH.
BalasPadam
BalasPadamDaripada mendapatkan pinjaman, saya mendapat kad ATM kosong yang sudah diprogramkan untuk mengeluarkan maksimum $ 5,000 setiap hari selama 30 hari. Saya sangat gembira dengan ini kerana saya mendapat saya minggu lepas dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 45,000. Encik Mike memberikan kad itu hanya untuk membantu orang miskin dan memerlukan walaupun ia menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti orang lain berpura-pura mempunyai kad ATM kosong. Dan tiada siapa yang ditangkap ketika menggunakan kad. dapatkan kamu dari dia saya cadangkan sepenuhnya kepadanya. Hanya hantarkan e-mel kepadanya (blankatm001@aol.com)