script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Rakyat Di Minta Supaya Berhati-Hati Dan Tidak Terpedaya Dengan Janji Manis Menteri Besar Pahang Kononnya Mahu Kaji Projek Lynas !

KUANTAN, 20 April - Orang ramai di seluruh bandar ini digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang mengatakan kononnya Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mahu mengkaji semula kewujudan kilang memproses "rare earcth" Lynas Corporation Ltd di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini. Malah kenyataan kononnya bersetuju untuk mendapatkan pandangan pakar antarabangsa bagi memberi pandangan berhubung pembinaan kilang itu. Adnan juga memberitahu bahawa pihak Lynas juga sedia bekerjasama dengan pakar berkaitan untuk memantau kilang bernilai RM700 juta itu dalam mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan. Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau (foto) dalam satu kenyataannya hari ini. "Saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan MB itu. Kerana bagi saya kenyataan untuk mengkaji adalah satu tindakan yang sengaja mahu memperbodohkan rakyat sebenarnya. Apa lagi yang mahu dikaji?. Mahu kaji kemudian kaji? Jangan cuba membuat rakyat seperti kanak-kanak tadika. Kajian sepatutnya dibuat sebelum projek itu diluluskan pembinaannya. Jika lima tahun lepas Adnan mengkaji, mungkin ada maknanya. Tetapi, kajian sekarang iaitu selepas mereka meluluskan lesen dan membenarkan Lynas Corporation Ltd membina kilang terbabit di Kawasan Perindustian Gebeng sebenarnya sudah terlambat", kata beliau.

[Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang di hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang semalam, tidak lebih untuk menutup kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinannya. Adnan tidak boleh bertindak bodoh dengan mengatakan Kerajaan Negeri Pahang tiada kuasa untuk meluluskan projek berkenaan di adakan di negeri ini. Soalnya, siapakah yang mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk meluluskan lesen menduduki premis dengan begitu cepat sekali. Keduanya, bukankah Jabatan Alam Sekitar Pahang itu terletak dibawah pentadbirannya, dan sebagai Menteri Besar beliau pasti akan dipersembahkan dengan laporan EIA sebelum menyokong kelulusan projek berkenaan. MB memang tidak ada kuasa mengeluarkan lesen, tetapi beliau berkuasa untuk menyokong projek itu. Makanya, usahlah Adnan bertindak bodoh untuk menyelamatkan diri sendiri. Sedangkan rakyat lebih tahu, siapakah yang bertanggungjawab membawa masuk projek berkenaan ke negeri ini. Apakah kerajaan pusat boleh sesuka hati membina kilang berisiko seperti itu tanpa merujuk Kerajaan Negeri Pahang?. Sila ikuti kenyataan penuh beliau di blog peribadinya di SINI].
Share:

4 ulasan:

  1. tahniahlah mb pahang kerana berjaya menarik mat salleh melabur kat kuantan.puak2 haramjadah ni memang cemburu bab xdapat nak tarik mat salleh tu bukak kilang kat tempat depa di kedah senun.klu idak nape depa dahluluskan konsesi rare earth kat chang loong 1000 hektar kat puak2 depa.

    BalasPadam
  2. aku le....kali embi tu ckp dia sanggup buat rumah kat kilang pasal bak bukti kilang tu selamat pun aku tak caya....kutu ni tak leh percaya sgt.....

    BalasPadam
  3. saya kalu ini worang ada cakap , saya ada dengar...tapi kanan masuk kalu kiri juga ada keluar..
    ini worang kalu.. atas belit bawah belit...ceit!!tarak guna punya worang..

    BalasPadam
  4. dulu heboh ceta cucumatkilau jd sp mb pahang tukang bg maklumat pembangkang kat long nan pas tu apa ceta kes lombong besi.awak xmintak lg.pas tu mintak lombong taik telinga,kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.