script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Lynas: Laporan SPRM Telah Di Buat Meminta Pihak Terbabit Menyiasat Siapakah 'Dalang' Yang Terlibat Sebalik 'Kelulusan' Projek Radioaktif Ini!

KUANTAN, 13 April - Kontroversi isu Lynas yang menghantui rakyat kini telah dibawa kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Satu laporan oleh Pengerusi DAP Kuantan, Cheah Kim Hung (foto) telah dibuat jam 10.00 pagi semalam di Pejabat SPRM Pahang, Tingkat 10 Wisma Persekutuan dekat sini. Laporan tersebut meminta pihak SPRM membuat siasatan terperinci tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dalam kelulusan pembinaan kilang radiaoaktif "rare earth" syarikat Australia Lynas Corporation Ltd yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Turut mengiringi beliau semalam ialah Ustaz Sulaiman Md Derus (Ketua Penerangan PAS Kuantan), Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar) dan beberapa orang penyokong. Cheah memberikan keterangan hampir dua jam kepada Penolong Penguasa SPRM Pahang, Gobalakrisnan a/l Raja Gopal. Dengan laporan ini besar harapan rakyat agar pihak SPRM dapat merungkai segala "rahsia besar" disebalik kelulusan "kontroversi" projek berkenaan. Siasatan perlulah menjurus kepada siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan projek ini diluluskan di peringkat pusat dan juga negeri Pahang ini sendiri.


Antara mereka yang telah hadir ketika laporan SPRM dibuat semalam
[Isu Lynas kini semakin hangat hingga menyebabkan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob terpaksa mengarahkan semua taklimat awam Lynas dibatalkan mulai semalam. Tambah menyulitkan lagi apabila Pengarah Urusan Lynas, Nicholas Curtis pula mengeluarkan beberapa kenyataann yang didapati bercanggah dengan penerangan yang diberikan kepada orang awam semasa taklimat. Mungkin dek kerana itulah MB Pahang mengarahkan sessi taklimat awam dibatalkan kerana gusar pihak berkenaan akan terus dipersoalkan oleh rakyat. Malah di laman sembang sosial facebook MB itu sendiri, banyak komen yang mahu projek ini dibatalkan. Anda yang mahu menghantar bantahan atau sebarang pandangan terhadap beliau sila klik fb MB ini]
Share:

25 ulasan:

  1. Giler mamat ni...berani dia gi pejabat SPRM....tingkat 1o lak tu...

    BalasPadam
  2. wa dapat info, this fellow dah tinggal wasiat dan 2 3 kali dah try bungiee jump, with out tali lagieee.

    BalasPadam
  3. kebanyakkan orang mlayu masih syok layan cite bideo seks je..dan ramai yg tak tau apekebende LYNAS tu..

    BalasPadam
  4. Tak pa kalu dia mati pun sprm kata dia bunuh diri.Ayat paling ringkas dan mudah.Kepada YB MCA Semambu yg kena marah pikiaq2 la pada PRU13 nanti adakah akan terpilih lagi ka dak.pa2 pun syabas n tahniah pada anda nak harap YB2 umprono jgn harap la.Kalu bole nak nyuruk bawah ketiak Denan ja.JOM UBAH SEBELUM PARAH.Wassalam!

    BalasPadam
  5. sib baek ada PKR...KLU JKKK hampeh.

    BalasPadam
  6. tok nan pun ada menda baik dia buat, mati hidup balik koi xpercaya DAP....kemenes bohhhhh.....telunjuk lurus kelenkeng berkait....ingat sejarah bohhhh...

    BalasPadam
  7. melayu mudoh lupa.....nok sangat hilang kuasa...

    BalasPadam
  8. MCA & MIC pong supe ye gok

    BalasPadam
  9. xsabo nk tgk melayu hilang kuasa..boleh dpt balik dok...bru puas set2 pdo dan cmk....lps tu berjuang pulok nk ambik balik kuasa......padan gitu jelah pdo dn cmk....mati beragan...

    BalasPadam
  10. ni bukan nak bg puas set2 pdo dan cmk bro..ni nak tuntut keadilan yang lebih tuntas..selagi ada kuasa raja2 jgn dok takut la melayu hilang kuasa bro just tukar kerajaan je..bukannya tukar raja.

    BalasPadam
  11. tok nan lebih baik pencen dan jaga stesen minyak dia kat janda baik tu..

    BalasPadam
  12. kaeh nok tanya juga demeh apa yg DAP dah buat?? Kalau nak kaitkan dgn peristiwa 13 Mei.. Itu bukan kerja DAP.. Setahu kaeh tu kerja parti Gerakan dan dipanaslan lagi oleh kumpulan India dr. B'field dan Sentul yg siap berbogel di jln TAR..
    Masa geng kg baru diketuai datuk harun berarak.. Tujuan asal nak hambat kumpulan India ni.. Malangnya bertembung dgn group Gerakan.. Jgn kata org Pakatan tak tau sejarah beb..
    Kalau nak tau kwn Umno dlm BN tuh (Gerakan) adalah pengasas ideolagi sosialis.. Jgn salahkan DAP.. Dan kaeh perhatikan DAP dah buat yg terbaik tuk org Penang.. Jauh lebih bagus dgn Gerakan dulu..

    BalasPadam
  13. mcm mana Melayu leh hilang kuasa??.. Kat parlimen Malaysia ni ada 222 kerusi.. Nak tanya sikit kursi Melayu berapa?? Jgn la buat kenyataan bangang..
    Dan keah juga nak tanya dasar 1Malaysia ni sapa yg untung.. Bangsa lainkan.. Dulu ada juga hak milikan bumiputera 30%.. Skrg.. Lu pikir la sendiri.. Sapa lebih Melayu.. umno ker??? Kaeh tengok Umno bukan parti melayu lg.. lebih layak dipanggil United MAMAK Nation Organisation..

    BalasPadam
  14. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

    Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

    Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

    "Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

    "Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

    "Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

    "Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

    Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

    "Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

    Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

    "Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

    "Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

    Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

    Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

    "Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,''

    BalasPadam
  15. Panjang sungguh penerangan 'Anonymous Wednesday, April 13, 2011 6:26:00 PM, nak membodohkan Melayu..
    biar aku yg jwb..
    1. Cerita 16 sept.. Fakta: seramai 34 ahli parlimen, termasuk Pak Lah sendiri dah bersetuju untuk bergabung.Paling ramai dari Sabah dan Sarawak..
    Ingat tak pada masa tu semua ahli parlimen Malaysia di bawa lari ke Taiwan dan mereka telah dipaksa menandatangani satu perjanjian sulit yg memaksa mereka stay dgn BN..
    2. Soal sumpah laknak niy soal agama.. menurut Ulamak.. Anwar tak perlu bersumpah.. so buat apa dia bersumpah..
    3. ni satu lagi kenyataan bangang.. Soal DNA. DNA anwar kan dah ada sejak dia ditahan 1998 dulu.. ini semua kerja nak menipu rakyat..
    4.Anwar melenting sebab Datuk Johari dah kasi tau yg geng datuk 'T' mengaitkan video tu dgn anwar.. siap offer duit lagi suruh lompat parti..
    begini je la.. kalau betul Anwar dlm video tu kenapa pada masa tu tak panggil Jais atau Polis tangkap Anwar.. lagi cun... ni nampak sgt ada unsur jahat dah memfitnah Anwar..
    soal Twitter tu takpayah aku jwb.. PKR dah jawab dah sebelum ni..
    5 dan 6. kes 1998 dulu Anwar dipenjara bukan kerana kes liwat dan mahkamah memutuskan Anwar dihukum 6 tahun kerana kes menyalah guna kuasa.. pada masa itu telah terbukti bahawa kes liwat ini adalah fitnah semata2..
    Soal Chandra dan Ezam, Zulkifli Nordin (Zul Bisul - Bila nak bayar hutang??) lari dari Anwar tak payah la nak jawab.. ko pun tau kan..masyukkk...
    Aku nak nasihatkan kau.. jgn la nak bodoh kan org Melayu dan pakcik makcik Felda lagi.. cukup lah dah 50 tahun Umno buat semua tu.. kasihan la rakyat yg menderita dgn kenaikan barang dan kos sara diri skrg... 'JANGAN BUAT NEGARA NI MACAM HARTA BAPAK KORANG JER!!!

    BalasPadam
  16. woi anom Wednesday, April 13, 2011 6:26:00 PM mung ni begong, zul kambing tu lah dok bela anuar masa kes liwat 1 , la ni zul tu jugaklah jilat semula apa yang dia dok kata dulu, tahap keyakinang mu ni sama je dgn dia 110%.

    BalasPadam
  17. tabik buat penulis penulis di sini.
    sayang nya semua nya anom. nak komen pun jadi malas.
    buat penyokong umno buat lah apa yg kamu rasa betul. esok lusa naik barang lagi.

    BalasPadam
  18. Senang cakap, buatlah lagi solat hajat banyak2 biar cepat Tuhan tunjukkan bukti KEBENARAN, KESUCIAN, KEBERSIHAN dan KESUCIAN Anwar. Kita cuma berasa bimbang akan ada nanti pihak yang tuding jari bahawa terdapat 'konspirasi' Tuhan dan BN (atau sekurang-kurang antara 'kerajaan langit' dengan UMNO) untuk memfitnah dan menjahanamkan Anwar. Kita tidak akan, diulang TIDAK AKAN terkejut kalau masa itu nanti barulah Anwar dan para pendewanya menutut diadakan suruhanjaya diraja.

    BalasPadam
  19. aku bukan tak nak undi PR, tapi bila orang umno bagi kain pelikat, beras, payung dan kipas lambang BN, siap sampul surat, kadang2 dlm ada rm100, aku jadi terhutang budi pulak, niat dihati setiap pru nak undi pembangkang, bila dpt semua ni, berubah pulak hati.

    tapi confirm pru13 nanti aku pangkah PAS, semua kaum keluarga aku dh beralih kepada pembangkang, sbb apa aku pangkah PAS, sbb selalu kesurau dok dengar ceramah, betol pulak rasanya perjuangan Pas

    BalasPadam
  20. pelik sungguh manusia ni...

    masih ada yg suka dan terpedaya dgn zol kambing ni?

    tahukah sifat2 org munafik?
    zol ni lah salah seorang drpdnya.

    BalasPadam
  21. http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/ahli-politik-australia-kutuk-pembuangan.html#more

    BalasPadam
  22. Anon 1:09:00 AM,
    Dan makhluk yang bernama Anwar itu malaikat ke?

    Anwar itu hanya sedikit terhormat berbanding makhluk yang kerjanya saban hari meyelongkar tong sampah.

    BalasPadam
  23. umporno sememangnya takut ngan anwar..sebab itu tk habis2 fitnah,cela nista dan isu yg berkait ngan anwar..takoot ilang kuasa?tak dpt projek?mati lapar tak makan?slama nih umporno tolong suap..hehehe jgn lupa barang naik..

    BalasPadam
  24. pdrm,sprm,spr,khakiman,tv3,1,2 dn byk lg semua tu kompenen bn....klu gi pjbt sprm jgn lupa bawa payung terjun.

    BalasPadam
  25. mcm2 komen..ni more on political issue..pape pun,lynas safe!lg 10thn ada nuclear plant plak kat mesia,same dgn ngara2 maju yg lain.mesia boleh!!hidup mesia!!!hidup phg!!!hidup lynas!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.