KUANTAN, 19 April - Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas Corporation Ltd akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah Perak yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan. (foto) Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk. Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul. Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium iaitu elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya. Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan. "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di sini Ahad lalu. "Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ia selamat. "Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” tambah beliau lagi.[Dengan kenyataan jujur dan ikhlas daripada pakar kesihatan awam ini, maka terbukti kini rakyat di Kuantan telah dipermainkan dengan istilah oleh pakar-pakar radioaktif tempatan. Ini semua bagi membolehkan kilang Lynas didirikan juga dekat Gebeng. Rakyat dinafikan hak pembelaan, apa yang jelas Menteri Besar Pahang sendiri berkata dia mahu bawa masuk pakar-pakar luar negara untuk menerangkan hal berkenaan. Masalahnya, pakar mana yang mahu dibawa masuk? Kenapa sebelum projek itu mahu diterima, mereka tidak membuat kajian tentang penerimaan rakyat?. Kini bila rakyat membantah mereka baru sibuk mahu membawa masuk pakar. Apa guna bawa masuk pakar jika ada sesuatu diberikan kepada pakar-pakar itu untuk menyokong projek berbahaya tersebut. Akhirnya pakar-pakar itu akan bersetuju dengan hasrat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Pilihan terbaik ialah membatalkan projek itu. Walau pun baha sisa radioaktif ditahap yang rendah, namun bila ia dikumpulkan akhirnya akan menyebabkan ia menjadi banyak dan berbahya. Apakah mereka tidak faham ini boleh membawa impak besar kepada rakyat. Kenapa harus perjudikan nasib rakyat dengan projek berisiko seperti ini. Stop Lynas !].






di harap dengan kenyataan ini dapat membuka mata orang-orang 'cerdik' umno pahang.....kalu x bbuka jugok x tahulah nok kate mende lagi..
BalasPadamSatu2nya cara menghentikan projek ini ialah dgn menendang BN keluar dari pentadbiran negara.
BalasPadamKUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.
BalasPadamYang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.
Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.
Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.
"DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.
"Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.
Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.
Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.
Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.
Bahaya radioaktif lagi drpd DAP.. ha..ha..ha..
BalasPadamDAP/PKR lebih bahaya drpd komunis
BalasPadamMasih ada lagi pencacai UMPORNO yg buta, pekak dan bangang. Sedar x yg radioaktif tu SGT BERBAHAYA!!
BalasPadamApe la bangang sgt. Dh tua pun bodoh!!
BURUNG GAGAK PUN TAK TERBANG KAT KAWASAN GEBENG TU.KUALITI UDARA KAT KAWASAN GEBENG TU MACAM2 BAU ADA.SURUH AJE ORANG YANG PANDAI CAKAP TU DUDUK KAT KAWASAN GEBENG TU BAWA KELUARGA MEREKA SEKALI.LU FIKIRLAH SENDIRI.
BalasPadamMana pergi pakar-pakar, Profesor, Prof Madya IPTA...takkanlah takde sorang pun anak Melayu yang pakar dalam Radioaktif dan Nuklear. Kena adakan Dialog supaya masyarakat lebih memahami impak nadir bumi kepada manusia dan alam sekitar.
BalasPadamPakar tlh membuktikan bahawa ianya tidak merbahaya. Saya rasa laporan yang diberikan adalah jelas dan berfakta. Jika ada yg sebaliknya, satu kajian yg terperinci perlu dilakukan oleh mereka mereka yang berminat bagi menyangkal dakwaan pakar tersebut. Bukannya hanya berdasarkan pengetahuan dan aksess maklumat yg terhad sahaja. Bagi pengetahuan anda semua terdapat satu reaktor Nuklear di Bangi Lama, Selangor yg juga membebaskan radiasi. Kenapa isu ini tidak di bangkitkan di Selangor? Saya bersetuju dalam kebebasan bersuara, namun haruslah berdasarkan bukti kritikal dgn akses maklumat yg lengkap sebelum sebarang kenyataan di buat. Lebih lebih lagi kenyataan adalah secara umum.
BalasPadamIsu ini jelas telah dipolitikkan dan untuk bersikap adil, saya sarankan semua list sumber radiasi semualajadi dan bukan semulajadi di M'sia dikaji secara terperinci dan disenaraikan secara perbandingan bagi kesedaran umum. Apa yg ingin saya katakan dan sampaikan ialah sesuatu isu itu sering dicanang secara terpilih bagi kepentingan sesetengah pihak, bukan atas dasar maksud kesedaran tulen.
BalasPadambukan semua perkara boleh dibahaskan dan dibincang secara ilmiah.Kalau semua guna calculation dan teori saja,memang kat dunia ni macam2 benda pelik boleh buat..tapi pemikiran kuno juga penting demi kebaikan..sebab apa orang tua2 cakap,jangan lambung kain nanti harimau masuk kampung?SEBABNYA...takut kain jatuh,kotor dan mungkin kena taik ayam..jadi tak bagus ke pemikiran kuno? berbalik kepada LYNAS yg hangat diperkatakan.kalau hati dah suka,semuanya indah dan baik belaka..jangan cakap dari segi politikla...apa jaminan yang ianya 100% ianya selamat?dan tak akan berlaku sebarang kesilapan (dari segi kajian dan calculation )?..kalau kerajaan yakin sepenuh hati dengan kesempurnaan projek ini..tolong buat perkara ini..BUAT SATU JAMINAN IAITU BAGI INSURAN KEPADA PENDUDUK SEKITAR DGN NILAIAN YG TINGGI..CONTOH 1 ORANG I JUTA..apa takut kalau ianya 100 % sempurna..kalau cara pemikiran KUNO..alah bagi je la..bukan rugi apapun..jadi wahai rakyat malaysia, kami bukan orang pahang tapi MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...siapalah kita di sisi ALLAH..insan kerdil yang tak dapat ramalkan apa akan terjadi lagi 5,10,15,20 tahun lagi...masih sihatkah rakyat pahang??..RENUNG2 RENUNGKANLAH...hanya pendangan dari orang kampung yg berfikiran KUNO..
BalasPadam