Rakyat semakin hairan apabila akhbar arus perdana Utusan Malaysia @ Meloya semakin beriya-iya memainkan isu "video seks". Sangkaan kita mereka akan diamkan isu ini selepas Pilihanraya Negeri Sarawak ternyata meleset. Malahan hari ini sekali lagi akhbar terbabit memainkan tajuk utama Kami Tidak Gentar untuk merujuk kepada Trio Datuk T kononnya sanggup berhadapan dengan segala tindakan demi kebenaran. Malah akhbar itu juga membuat tajuk besar kononnya "Trio Datu T Sanggup Sumpah Laknat Depan Kaabah". Sekali pandang dan baca seolah-olah kesungguhan mereka ini membuktikan mereka berada di pihak yang benar. Namun, apabila diamat-amati betul-betul ternyata mereka berani berbuat demikian sebab "mengikut skrip" yang telah ditetapkan. Inilah juga yang berlaku kepada Saiful Bukhari Azlan dan yang lainnya. "sumpah laknat" dijadikan sebagai penanda aras siapa benar dan siapa salah. Kononnya mereka yang bersumpah itu telah mengikut undang-undang Islam, walhal mereka sendiri tidak faham bahawa masa bila sumpah laknat itu boleh dilakukan dan kepada siapa ia diharuskan. Jika sumpah lakna dijadikan alasan orang ini benar dan orang ini salah, maka mudahlah penjenayah bebas daripada sebarang pertuduhan. Orang yang mencuri dan merompak bersumpah laknat mengatakan mereka tidak melakukan perbuatan demikian. Manakal orang yang merogol juga bersumpah laknat mereka tidak melakukannya. Mudah benar hukum agama jika sumpah laknat dijadikan sebagai bukti kukuh siapa benar dan siapa salah. Walhal, sepatutnya sumpah laknat itu harus dibuat selepas segala perbicaraan yang dijalankan itu selesai mengikut lunas-lunas Islam.[Jika benar, Trio Datuk T mengatakan mereka sanggup bersumpah demi kebenaran. Maka mereka juga harus mengarahkan kes seperti ini dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan secara perundangan Islam. Malah, mereka juga perlu berhadapan dengan tindakan Qazaf jika ia dilakukan oleh orang yang dituduh. Itulah jalan yang sebaiknya. Bukan dengan mendabik dada kononnya mereka benar, sedangkan rakyat sedikit pun tidak percaya dengan pendedahan yang dilakukan. banyak kekaburan dan kekeliruan yang menunjukkan isu ini sengaja dijadikan sedemikian rupa untuk meraih sokongan rakyat Sarawak terhadap BN dalam pilihanraya negeri yang baru lalu. Tindakan Trio Datuk T, berbangga kononnya mereka sanggup bersumpah di depan Kaabah seolah-olah menunjukkan yang mereka tidak takut berhadapan dengan tindakan mahkamah kerana mereka sudah tahu skrip yang akan disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah mereka rela bersedia kerana mengikut arahan. Apa yang penting, musuh politik pihak terbabit dihapuskan segera. Inilah yang sedang mereka nantikan sebenarnya !!].






Apa yang ada dalam minda puakx ini
BalasPadamadalah Burit, Duit dan yang terbaru
Sumpah!!Perangai macam budakx!!
dah lama x baca utusan....membosankan, pelik, mengarut, melalut dan tiada integriti
BalasPadamNak buat macam mana...inilah dia tahap ilmu orang Melayu/Islam sekarang...
BalasPadamAgama ni jadi main2an, gurau2an senda2an...
Apa nak takut sumpah2, tipu2 pun takpe...orang bukan tau...Allah bukan nya akan hukum sekarang...diakhirat nanti...apa takut...lambat lagi...entah ye entah tidak...
Ikut suka hati koranglah...
Jangan bila dah turun bala nanti...jangan korang menyusahkan kita orang sudahle...
Tengok apa jadi pada tsunami Acheh...semua sekali kena balun...
Tak kira orang beriman, orang fasik...semua kena...
Itu yg tak patut tu...
memang itu lah tugas mereka....... sudah jelas .. sedangkan kita semua sudah tahu malah dunia pun sudah tahu..yang polis sudah pun membuat pengakuan bahawa pertuduhannya ialah kepada yang memiliki, menyebar dan yang menayangkannya Jadi,kenapa mereka masih membawa isu-isu video lucah lagi? Yang jelas mereka tetap mahu membelasah Anwar Ibrahim itu saja.
BalasPadamAnon 1:21:00 AM,
BalasPadamKenapa tak pergi tanya Nk Ajis?
namapak yang menuduh lebih celaru dari yang dituduh.kalau aku jadi anuar nak sumpah sumpah lah itu hampa punya pasal lah.kenapa perlu bersumpah sumpah untuk membuka aib orang.Inilah kerja orang tak reti agama dan tak mengaji.jiwa jadi sakit sebab orang tak percaya pada pembohongan dan dakyah kita. kalau POLIS dah kana pertuduhan menjurus kapada yg menayangkan maka jadi lemas dan malu tiga dato biul tu.yang paling diperbodohkan kan Shib lazim pasal dia pun tak percaya dipaksa percaya..bolo punya olang ...hahahahah
BalasPadammana ada sumpah laknat dlm Islam, ustaz Azhar Idrus kata senangla kalau mcm tu aku sumpah kereta mu ni aku punya..dia pun ambik kereta kawan tu..dah sumpah je boleh pakai jadi sah...pasai geng datuk T bukan ngaji dah la tu pulak tok guru depa ni lagi x leh pakai jamil khir,uthman elmuhammady,mid man...
BalasPadamnasib baik sumpah kereta mu aku punya, kalau dia sumpah bini mu aku punya, mufti pon tak bolih bagi fatwa.
BalasPadamkata mat salleh dunia akan kiamat 2012, bertaubatlah wahai pendusta2 dan penfitnah2 semua.
Ah! kenapa dengan kiamat 2012. Kalau hari inipun aku dah redha. Biarlah kita tidak hidup dibumi yang penuh dengan laknat tuhan.
BalasPadamHukum hakam Islam di permainkan olih org2 Islam sendiri. Pandangan ulamak di ketepikan. Zina,Fitnah Bunuh menjadi menu kehidupan harian.
cuba renungkan:
GULUNGAN MANA LAGI SELAIN DARIPADA KITA ORANG ISLAM,YANG BOLIH PERTAHANKAN ISLAM?
Eskay nak bersumpah sebab kau orang tudung dia berbohong. Macamana nak membuktikan dia tak bohong ialah dengan berani bersumpah.
BalasPadamhttp://www.facebook.com/pages/%E8%AE%A8%E5%8E%8C%E4%BD%A0%E4%BB%AC%E5%95%8A%E9%A9%AC%E6%9D%A5xx/265688238542#!/pages/%E8%AE%A8%E5%8E%8C%E4%BD%A0%E4%BB%AC%E5%95%8A%E9%A9%AC%E6%9D%A5xx/265688238542?sk=wall
BalasPadamFB yg hina melayu... baca ramai2..
DATUK T bersamaan DATUK TAHIK !!!
BalasPadamnampaknya anda masih tidak fasih tentang syariah islam.mai sini aq nak terangkan sikit tentang hukum islam dalam kes datuk t ni.datuk t mendakwa dsai berzina namun gagal mempamerkan 4 org saksi yang tidak fasiq dan datuk t berhadapan hukum qazaf namun bergitu islam telah memberi kelongaran kepada datuk t.datuk t dapat mendakwa dsai kerna beliau ada bukti yang tidak meragukan dan kes ini jatuh kepada takzirdimana datuk t ada bukti yang tidak meragukan anda harus baca tentang hukum islam lebih dalam lagi sebelum membuat andaian
BalasPadam