script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Sesi Taklimat Awam Isu Lynas Malam Tadi Tegang Apabila Orang Ramai Kecewa Dengan Jawapan Yang Di Berikan Oleh Pihak Berkenaan !!

KUANTAN, 6 April - Orang ramai yang hadir ke Komplek Dagangan Indera Mahkota malam tadi, kecewa dengan ketidakhadiran wakil dari Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk sama-sama berdialog dalam taklimat awam berkenaan projek pembinaan kilang memproses "rare earth" di Gebeng itu. Program anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) itu diadakan bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai tentang kontroversi projek berkenaan sejak akhir-akhir ini. Antara pihak yang dilihat hadir ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang (JAS) serta wakil dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia. Orang ramai dianggarkan lebih 300 orang yang hadir memenuhi setiap ruang dalam dewan, malah ada yang terpaksa menjengok menerusi tingkap dewan yang terbuka. Ramai yang kecewa kerana pihak penganjur membuat taklimat itu di dewan yang bersaiz kecil, sedangkan mereka tahu isu tersebit panas dan pasti menggalakkan rakyat untuk hadir. Kerajaan Negeri hanya diwakili oleh dua orang ADUN iaitu YB Pang Tsu Ming (Semambu) dan YB Chang Hong Seong (Teruntum). Manakala semua ADUN Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Leong Ngah Ngah (Triang), YB Chong Siew Onn (Teras), YB Syed Mohmmad Syed Lonik (Beserah) serta YB Syed Hamid Syed Mohamad (Semantan).



[Pada awalnya orang ramai diberikan taklimat yang cukup membosankan oleh wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom & Nuklear, Jabatan Alam Sekitar dan yang lainnya.
Penerangan yang kononnya dibuat oleh pakar itu ternyata ditolak oleh rakyat. Mereka bosan mendengar "penerangan hambar" oleh pihak berkenaan. Cuma situasi agak tegang dan panas apabila tiba ke sessi soal jawab. Ramai pihak yang mengambil bahagian termasuk mereka yang dipercayai peguam, doktor serta wakil dari persatuan pencinta alam sekitar itu sendiri. Orang ramai yang hadir mula naik bosan apabila soalan yang diberikan tidak dijawab secara profesional oleh pihak terbabit. Jawapan yang sekadar melepaskan batuk ditangga bagi menutup kelemahan pihak kerajaan menyebabkan orang ramai mengutuk pihak berkenaan. Mereka kecewa atas jawapan yang dilihat lebih kepada mahu menyelamatkan pihak kerajaan dalam isu panas ini. Maka itulah ramai yang ambil kesempatan untuk berhujjah termasuk dua orang wakil rakyat pembangkang. Sesungguhnya, majlis yang diadakan malam tadi jelas sekali gagal mencapai matlamatnya dan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Rakyat disuruh menerima segalanya].
Share:

2 ulasan:

  1. ingat radiaoktif perkara main main ker tuan2.harap taklimat ke 2 akan dibuat.kalau boleh MB dan dan Menteri yang berkenaan sila hadir sama.rakyat dah pilih turun padang la sikit kasi explain.

    BalasPadam
  2. yg bagi taklimat pun makan gaji dengan kerajaan, kalau merbahaya pun dia akan kata, semuanya akan terkawal, kalau dah terkawal, dia bukan duduk kat gebeng, dia duduk kat kuala lumpur, pedulu apa..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Gara-Gara Tegur Generasi ‘Strawberi’ Dalam Ceramahnya, Timbalan Mufti Pahang Terima Aduan SISPAA Hingga Diminta Beri Penjelasan

Niat menegur sikap generasi masa kini menerusi sebuah ceramah akhirnya mengundang situasi yang tidak dijangka apabila Timbalan Mufti Pahang,...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.