script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kemenangan BN Di Sarawak Semasa Pilihan Raya Negeri Baru-Baru Ini Bukanlah Bermakna Mereka Itu Terlalu Kuat Untuk Ditewaskan Pembangkang

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, telah menyebabkann ramai penyokong mereka seolah-olah "hilang akal" dan "tidak keruan". Ini kerana mereka terkejut dalam keadaan Ketua Menetri Taib Mahmud yang secara jelas sudah ditolak rakyat itu pun BN boleh menang majoriti dua pertiga di DUN Sarawak. Bagi mereka pembangkang telah "bungkus" dan tidak layak untuk mewakili rakyat Sarawak. Soalnya sekarang, apakah mereka boleh bergembira buat selamanya?. Kemenangan BN yang penuh dengan penyelewengan, rasuah dan korupsi ini dianggap satu ketentuan Allah oleh penyokong fanatik mereka. Kononnya, pembangkang terutamanya PKR dan PAS tidak diterima rakyat Sarawak kerana ia sudah ketentuan Illahi. Kononnya hanya BN sahaja parti yang layak memerintah Sarawak kerana pemimpin BN telah membuktikan mereka berjaya membangunkan negeri itu sejak sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa BN sebenarnya tewas dihati rakyat dan hanya menang dimata penyokong mereka. Buktinya, mereka kehilangan lapan kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Malah, Timbalan Ketua Menteri, George Chan yang juga Presiden SUPP salah satu komponen BN di sana juga tewas kepada calon pembangkang. Paling menarik, kemenangan DAP merampas semua kerusi DUN di parlimen Kuching bermakna ibu negeri Sarawak kini sudah pun berada di genggaman parti pembangkang.

[Malah, kemenangan besar melebihi lapan ribu undi dikebanyakan kerusi membuktikan BN sebenarnya yang tidak relevan lagi di Sarawak. Biar pun PKR ditempelak kerana hanya menang tiga dari 49 kerusi yang ditandingi, namun mereka harus sedar parti itu berjaya menghantar Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian untuk masuk ke DUN Sarawak selepas ini. Bukankah ini petanda yang pengaruh pembangkang sudah mula menyelinap masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak itu sendiri. daripada hanya lapan kerusi kini sudah bertambah kepada 15 kerusi. Ini satu prestasi yang cukup bagus dan memberangsangkan. Sementara itu, parti PAS biar pun gagal menang di kesemua kerusi yang mereka tandingi namun ia boleh dilihat sebagai langkah awal untuk PAS melebarkan sayap mereka ke Bumi Kenyalang itu. Undi yang diperolehi oleh calon PAS juga agak memeranjatkan, cuma mungkin rezeki belum ada buat mereka. Itu pun, belum termasuk lagi dengan "taktir kotor" yang digunakan oleh puak BN sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini].
Share:

11 ulasan:

  1. Kalau orang lain menang tu, ada saja la cerita taktik kotor kauorang. Macam kauorang ajelah bersih.

    Tak usahlah nak justify kekalahan kauorang dengan cerita 'BN hilang 8 kerusi', Pakatan tambah undi, Baru Bian menang...hakikatnya; sasaran kauorang tak tercapai, gembar-gembur kauorang yang seolah-olah dah nak tawan Sarawak tak kesampaian, malah niat nak nafikan majoriti 2/3 BN pun tersasar.

    Kalau niat nak makan coklat, tapi dapat pembungkusnya saja, janganlah dok seronokkan hati dengan berkata, 'hmm, aku dapat juga coklat ni.'

    Dan yg lebih penting; siapa sebenarnya pemenang sebenar di kalangan PR? Siapa sebenarnya yang pergi dengan mulut ternganga kerana cakap besarnya, tapi kemudian balik dengan tangan kosong?

    Tepuk kepala, tanyalah akal.

    BalasPadam
  2. lapan kerusi!!! ,cuba kita bayangkan klau pilihanraya kecil, kita menang 8kali,dlm satu DUN paling kurang ada 8ribu pengundi,cuba bayangkan klau 8 DUN berapa ribu rakyat sarawak dah menyokong kita,banyak tu bro,syabas PR gua caya sama lu...lu fikirlah sendiri umprono...

    BalasPadam
  3. dan yang menang pun mmg tak boleh sembunyikan hakikat bahawa undi popular makin merosot...nak angkuh lagi ke

    BalasPadam
  4. KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

    Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

    Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

    Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

    "DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.

    "Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

    Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

    Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

    Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

    BalasPadam
  5. jadi suruh umprono atau BN saja lah yg bertanding piliharanraya lepas ni senang boleh menang semua peti undi,dan satu lagi suruh parti DAP saman NGO azwanddin kerana telah mengeluar artikal tanpa bukti,bagi aku artikal ni lah yg rasis,penakut,dan mengugut,PR baru menang 15 dun dah ketar kepala,BN yg harus fikir kenapa orang cina tak menyokong parti BN jgn nak menyalahkan parti lain,ini semua salah satunya kerana NGO2 melayu yg terlalu lantang menyuarakan ketuanan melayu hinggakan bangsa2 lain takut dan tak berminat lagi dgn parti yg ada skrang,dan beralih pada parti lain,lu fikirlah sendiri umprono...

    BalasPadam
  6. Almost 100% bumiputera Sarrawak mengundi BN, dan 100% cina Sarawak mengundi DAP. Persoalannya mengapakan bumiputera mengundi BN dan ornag cina mengundi DAP, dan kenapa golongan bumiputera ni langsung tidak berminat dengan PKR. Kalau orang cina menunjuk mereka begitu racist, orang bumiputera juga boleh menunjukkan mereka juga berkebolehan memilih calon2 tempatan yang memihak kepada mereka.

    Jawapannya adalah mudah sahaja, mereka ni smart2 belaka, lebih smart dari orang semenanjung, boleh membezakan mana baik dan buruk.

    PAS tak malu ke mengaku menang banyak kerusi, sedangkan hampir kesemuanya di sapu bersih oleh DAP. Sebagai orang melayu islam takkan tak tau DAP tu siapa dan apa motif dia dalam politik ni. Setelah dapat menakluki ekonomi malaysia mereka nak power pula.

    BalasPadam
  7. persoalannya skrang golongan bumiputra smart2 belaka mungkin tak tepat,kebanyakan golongan bumiputra sarawak duduk di pedalaman kehidupannya kebanyakannya daif dan miskin,jauh dari perkembangan semasa,ini semua belaku kerana disebabkan 50tahun permerintahan BN disarawak,diaorang ni macam makcik dan pakcik felda di semenanjung,apabila tibanya pilihanraya sarawak sibuklah mangkuk2 ayun dari BN dtng kepenempatan mereka untk menabur duit,lepas pilihanraya hilang tah kemana,itulah hakikatnya skrg,jadi maksudnya skrg bumiputra sarawak selama ni dibodoh2kan oleh rejim [BN]APCO,berlainan pula dgn cina sarawak,dah ada kesedaran,dgn adanya media yg terbentang luas diorang dpt menilai sendiri buruk baiknya,itu yg ditakuti oleh rejim2 umprono,lu fikirlah sendiri umprono....

    BalasPadam
  8. AKU BEKAS TENTERA AKU TAHU KEKUATAN UNDI POS.PENIPU BESAR UNDI POS NE.SPR SAMA AJE DENGAN KERAJAAN BARISAN HARAM JADAH.NEGARA BUKAN NYA DALAM KEADAAN DARURAT.JAGA SEMPADAN BUKAN NYA RAMAI.HAPUS AJE UNDI POS NE.PR JANGAN DUDUK LEKA . KALAU KITA HENDAK KEMENANGAN PADA PRU AKAN DATANG UNDI POS HARUS DI MAMPUSKAN.KEPADA PEMIMPIN PR JAGA KEBAJIKAN RAKYAT NEGERI YANG KITA PERINTAH DAN DEKATI MEREKA YANG LAIN..KEPADA TUAN GURU NIK AZIZ ,APA KABAR.JAGA KESIHATAN.

    BalasPadam
  9. gagak,lu cakap hapus undi pos, lu kena paham bagos bagos, undi pos hapos, ada yang mamPOS.

    BalasPadam
  10. BN dengan UNDI POS.
    Kalau PR yang perintah agaknya dia nak buat macam mana?
    Tak UNDI POS, pasti UND ANGIN.
    Tak pun, pasti UNDI PINTU BELAKANG!

    BalasPadam
  11. Hakikat: Sokongan terhadap BN merosot di S'wak...!!!

    Knp? Semua tahu tapi saja2 buat tak tahu..

    Racisit? Sama je la... semua main isu yg sama tak kira Kerajaan atau pembangkang.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Seru Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kepada BN, Untuk Kestabilan Politik Dan Kemajuan Ekonomi Negeri

BAHAU : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.