script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Isu Lynas, MB 'Terpaksa' Buat Pertemuan Sulit Dengan 'Pemilik Kilang Gebeng' Untuk Atur Strategi Baru Bagi Menghalang Bantahan Rakyat

KUANTAN, 22 April - Akibat gusar dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas, maka difahamkan satu pertemuan sulit telah diadakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dengan beberapa orang pengurus dan pemilik kilang-kilang di kawasan perindustrian Gebeng malam tadi. Menurut sumber, pertemuan diadakan untuk menerangkan kepada pemilik kilang terbabit tentang situasi sebenar isu Lynas sekarang ini. Malahan terdapat laporan "dalaman" mengatakan Adnan dalam keadaan terdesak sekarang. Bantahan rakyat terhadap projek Lynas menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena. Lantaran itu beliau terpaksa merayu kepada pemilik kilang-kilang terbabit agar mengajak lebih 28,000 kakitangan mereka menyatakan sokongan terhadap projek berkenaan. Dengan alasan jika Lynas membawa bahaya, sudah pastilah mereka yang bekerja di situ akan mendapat impak terawal radiasi tersebut. Sebelum ini Adnan dengan lantang mempertikaikan bantahan rakyat terhadap isu berkenaan. Malah beliau telah mengugut akan menutup semua kilang-kilang di Gebeng sekiranya bantahan terhadap Lynas diteruskan atau pun kilang itu sendiri ditutup. Beliau menyamakan kononnya kilang-kilang lain juga menghasilkan radiasi bukan sahaja Lynas. Itulah alasan dangkal seorang Menteri Besar Pahang yang bernama Adnan Yaakob. Mentaliti dan tahap pemikirannya mengalahkan "budak-budak tadika". Beliau langsung tidak boleh berfikir secara rasional kenapa rakyat membantah kilang berkenaan didirikan di kawasan terbabit. Apapun, kita tunggu maklumat terkini hasil pertemuan sulit berkenaan. Apakah ada strategi baru yang mahu dibuat oleh Adnan dalam usaha beliau untuk menghalang bantahan rakyat.


Kawsan Perindustrian Gebeng semakin popular dek kerana isu Lynas
[Adnan harus ingat bahawa kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng memang menghasilkan tahap radiasi juga. Namun, kilang berkenaan bukannya membawa masuk bahan mentah yang mempunyai sisa buangan radiaoaktif seperti "rare earth". Jika Kerajaan Australia sendiri tidak mahu kilang memproses bahan terbabit didirikan di negara mereka, maka apakah kewajaran Adnan selaku Menteri Besar membenarkan ia didirikan di dalam negeri Pahang. Adnan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak sekarang, seolah-olah dia tidak tahu apa-apa tentang kelulusan projek itu. Sedangkan sebelum ini dia sendiri mengaku menyokong Lynas selepas mendapat pandangan daripada pihak terbabit bahawa radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang terbabit adalah dengan kadar yang rendah, tidak berbahaya dan selamat untuk rakyat. Persoalannya, mungkin sekarang ia selamat tetapi bagaimana pula pada masa akan datang. Ketika itu Adnan bukan lagi Menteri Besar Pahang. Apakah beliau mahu bertanggungjawab atas kebenaran ini?. Memang kadar radiasinya miniman, namum apabila dihimpun begitu lama bukankah ia akan meningkat dengan mendadak dan membahayakan rakyat. Adnan harus sedar tangungjawab beliau sebagai Menteri Besar. Jangan bertindak bodoh dan sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan pelaburan berisiko ini].
Share:

15 ulasan:

  1. menteri besar yang bodoh sombong.. ingatkan cerdik tapi bodoh, bodoh tak boleh ditegur..

    BalasPadam
  2. Dahlah bodoh Sombong pulak tu ...

    BalasPadam
  3. x baik memperbodohkan org, kalau dia bodoh mu org lg bodoh sb menjdkan org bodoh sbg Menteri Besar... walaupun dia bodoh duit dia byk dari kau org...

    BalasPadam
  4. haha tq mb banyak bantu aku dan family..korang kalau ada masalah face to face la dgn mb...ni tarak pape terus bodohkan orang..jumpa tarak..

    BalasPadam
  5. Dia jadi macam tu sebab DUIT je... DUIT mmg boleh mengubah perangai manusia. Dalam dunia ini tiada yang mustahil. Kita mampu beli org, kuasa dan apa saja dgn WANG!!.

    BalasPadam
  6. pejabat koi baru pagi tadi buat sambut hari bumi'earth day'kalu ikut taklimat yg di sampaikan tu,terukla kite..ozon langit kite dah nipis..kite punye persekitaran dah kurang selamat dengan pelbagai bahan toksid sbagainye...ni nak tambah pulak dgn lynas..koho pendek umur la koi...pej.koi kat gebeng pulak tu..wa wa wa..

    BalasPadam
  7. Lynas ni bukannya isu politik kepartian, ia isu kemanusiaan. Sebagai manusia yang waras otaknya dan cintakan persekitaran serta keselamatan anak cucu kita di masa depan maka bantahlah projek ini.

    Membantah projek ini bukan bermakna kita derhaka kepada kerajaan negeri tetapi menyatakan hak kita sebagai rakyat dan menyatakan bahawa kita sepakat tidak bersetuju dengan keputusan yg boleh membawa padah jangka panjang.

    BalasPadam
  8. cmk@pdo@syukri....tenat sgt aok bahan mb yek....ngape jd gitu..mb xlayan aok ke?

    BalasPadam
  9. Itu le ,kalau negeri dah miskin,industri bahaya pun terpaksa terima masuk,kalau tidak macam mana kerajaan nak dapt hasil.

    MB Pahang semuanya tak boleh pakai,tak pandai tadbir negeri.Sumber alam yg banyak pun negeri tetap miskin.Dulu Pahang ada banyak baak,tapi kantong kerajaan negeri pokai juga,ada tanah banyak pun tak guna juga sebab pentadbiran yg tidak cekap dan kaki kebas semua.

    Tanah negeri Pahang yg luas kalau di uruskan secara baik akan mendatangkan hasil yg cukup lumayan.Kalau kita lihat Syarikt perladagan seperti IOI dan KLK walau pun mempunyai tanah tidak seluas kerajaan Pahang,tapi hasil keuntungan perladangan yg mereka perolehi berbelion ringgit,mengalahkan hasil keseluruhan negeri Pahang.Syarikat perladangan negeri Pahang entah berapa sen saja mencarum kepada hasil negeri Pahang,walhal mereka di berikan beratus ribu ekar tanah oleh kerajaan negeri untuk di majukan sebagai ladang.

    Pasdec pula di beri oleh kerajaan negeri untuk memajukan tanah bandar untuk pembangunan,tapi hasilnya entah brapa sen juga.

    Ini semua menyebabkan aku memang tak akan sokong lagi Umno BN,walau pun mereka menggabarkan Anwar sebagai gila sex.Kalau aku sokong Umno BN,keadaan begini tak akan berubah walau pun 50 tahun lagi.Kalau rakyat nak makin susah pada masa depan sokong lah Umno/BN,kalau nak lebih elok baik tukar rasa skonglah PR.

    BalasPadam
  10. kalau sokong PR laaaaagi lah teruk.....rakyat lagi lah miskin dan susah....tapi kalau pilih jugak PR....silakan.....masing2 punya hak...tq

    BalasPadam
  11. sekurang2 nya lebih cerdik dari mb kelantan yg tersangat bodoh, lebih juga cerdik dari PDO, tu psl jadi MB, CMK jadi apa? jadi babi?

    BalasPadam
  12. guane gamok kalu projek lynas ni wat kat negeri pkatan rakyat printah..ape komen org bn/pr

    BalasPadam
  13. haramjadah punya umprono + BN btul2 nk kasi mampos orang melayu.Gebeng kawasan melayu,skolah ada,perumahan ada,TLDM,kolej,institut....dasar tamak haloba,rakus mampus lah lu umprono+BN.

    BalasPadam
  14. hodoh han hombong hok huna hatu hen..haki khebas hulok tu

    BalasPadam


  15.  Daripada mendapatkan pinjaman, saya mendapat kad ATM kosong yang sudah diprogramkan untuk mengeluarkan maksimum $ 5,000 setiap hari selama 30 hari. Saya sangat gembira dengan ini kerana saya mendapat saya minggu lepas dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 45,000. Encik Mike memberikan kad itu hanya untuk membantu orang miskin dan memerlukan walaupun ia menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti orang lain berpura-pura mempunyai kad ATM kosong. Dan tiada siapa yang ditangkap ketika menggunakan kad. dapatkan kamu dari dia saya cadangkan sepenuhnya kepadanya. Hanya hantarkan e-mel kepadanya (blankatm001@aol.com)

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bayi Yang Lahir Di Negeri Pahang Hari Ini Dapat Nombor MyKid Cantik 26062606xxxx, Bertuah Jatuh Pada Hari Asyura 10 Muharam

PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian peng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.