Kenapa Lokasi Pengedar Jam Tangan Bertukar
Malah, penggunaan media yang keterlaluan hingga membelakangkan kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang mufti terkenal dari Perak (Harussani Zakaria) dan Perlis (Juanda Yahya) menampakkan yang mereka sememangnya mahu melihat Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh dengan kes ini. Mungkin dek kerana melihat kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan semakin bercelaru dan bakal menemui jalan buntu. Akhirnya kes ini dihebohkan oleh tiga orang orang kuat UMNO. Anehnya, ada pula pemimpin UMNO yang menafikan semua itu kerja puak-puak UMNO sendiri. Mutakhir ini, perjalanan kes video seks ini semakin melucukan dan tidak masuk dek akal langsung. Selepas kita dihebohkan dengan "jam omega", kini pihak polis begitu mudah mengatakan pemilik jam tersebut gagal dikenal pasti kerana ia dibeli di Taiwan. Malah kedai jam terbabit tidak mendaftarkan pembeli jam sebelum tahun 2008. Sedangkan sebelum ini pihak polis ada mengatakan bahawa mereka dapat mengetahui siapa pemilik sebenar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dalam rakaman video seks berkenaan. Kononya ia akan diketahui selepas polis menerima pengesahan daripada pihak pengedar jam tersebut. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak pengedar jam tangan tersebut yang beroperasi di ibu negara bagi mengetahui pemilik sebenar jam tersebut. Menurut beliau, maklumat mengenai pemilik sebenar jam mewah tersebut akan dikenal pasti berdasarkan nombor siri yang terdapat pada jam berkenaan. Namun terkini mereka pula mengatakan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan. Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008 kata Datuk Acryl Sani. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi kenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela.Bagaimana Lokasi Kejadian Juga Boleh Berubah
Begitu juga dalam isu lokasi kejadian seks tersebut yang jelas nampak bercelaru. Pada awal pendedahan video seks ini dibuat Trio Datuk T dengan bangganya menyatakan kejadian itu berlaku di sebuah hotel dekat ibu negara (Kuala Lumpur). Namun, kenyataan terbaru yang dibuat oleh pihak polis pula sudah bertukar dimana kejadian tersebut dikatakan berlaku dalam sebuah kondominum di pinggir ibu kota. Malah, pelakon wanita yang terlibat yang dulunya dikatakan pelacur dari China juga sudah bertukar kepada pelajar kolej swasta yang berasal dari China. Kekeliruan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Sudahlah kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan. Paling mengejutkan ialah jika benar adengan itu berlaku dalam kondominium yang dinyatakam, bagaimanakah perkataan dalam tulisan Siam (Thailand) tertera pada paparan video berkenaan?. Malah, kita juga tertanya kenapa video terbabit boleh tersebar dalam Youtube sedangkan Datuk T mengesahkan video yang mereka serahkan kepada polis itu adalah satu-satunya yang asli dan tulen. Namun, paparann di internet itu dimatikan selepas terdapat dakwaan pihak polis akan menyiasat siapakah pemilik ruangan berkenaan. Seolah-olah ada perancangan yang nyata untuk pihak-pihak tertentu mensabitkan Anwar.[Sebenarnya banyak lagi kemusykilan yang timbul dalam kes ini. Semuanya menjurus ke arah teori konspirasi yang sengaja dirancang oleh pihak berkenaan. Bayangkan, mana mungkin sahabat Anwar si Eskay yang diarahkan mengambil jam tangan tiba-tiba "senyap" selepas terjumpa pita video seks berkenaan. Sedangkan beliau kata dia sahabat Anwar. Sepatutnya dia perlu berjumpa Anwar dan menunjukkan jam tangan terbabit kerana Anwar yang suruh dia ambil jam itu. Jika kawan, kenapa dia perlu rahsiakan video berkenaan sedangkan dia sendiri tidak tahu isi video tersebut. Apakah logik dia boleh menyimpannya dan menghubungi Rahim Thamby Chik untuk mendedahkan video berkenaan kepada media. Apakah ini bukti dia sahabat baik Anwar. Ini namanya kawan makan kawan. Sepatutnya dia tunjukkan pita itu kepada Anwar untuk ditonton apakah isi kandungannya. Itu pun jika benar mereka berdua ketika kejadian. Lantaran itulah ramai yang tidak percaya kes ini berlaku dan menganggap ia adalah skrip rekaan puak-puak UMNO bagi menjahanmkan masa depan Anwar selepas melihat kes liwat II seakan tidak kuat sekat kemaraan Ketua Pembangkang itu. Maka, fail yang baru terpaksa dicipta!].








Isu video seks ciptaan Umno melalui pengarah Tambi Chik ini sy jawab dr 3 sudut.yg pertama sudut Islam,yg ke2 sudut fakta dan ke3 sudut politik.Sudut Islam tidak perlu lg sy huraikan kerana telah jelas Mufti Perak yg pro Umno sekalipun telah jelas menolak untuk percaya dgn maksud Anwar Ibrahim adalah pelakunya melalui video seks tanpa mengemukakan 4 saksi serta bukti2 menurut tata cara Islam.Yg ke2 dr sudut fakta telah jelas masa rakaman dimainkn Anwar sdg bertwitter dgn para penyokong beliau selain juga pengesahan/pengecaman dr CheguBuard dan juga MP Sg Petani Dato Johari antara individu terawal yg melihat rakaman penuh,juga pengesahan dr Wan Azizah sdiri serta jalan cerita yg meragukan spt kenyataan Dato Eskay pd peringkat awal menyatakan terjumpa rakaman tetapi mengubah pengakuan yg beliau berada/terlibat dlm rakaman tersebut.yg ke3 dr sudut politik pula sy huraikan secara mudahnya yg Dato Najib bersama juak2 Umno malah tiada seorg pun yg mampu menghadapi Anwar secara gentleman dlm politik.Secara ringkasnya pihak Umno (maaf sy tidak libatkn parti BN yg lain,hanya Umno)telah tersilap langkah bila melantik Pengarah/Perogol bawah Umur menjd Director selain pelakon,jalan cerita,plot yg lemah juga visual serta audio,masa dan lokasi yg gagal menyakinkan musuh2 Umno malah memerangkap org Umno sdiri serta rakyat yg berada atas pagar.Umno juga kini tpksa menggunakan pihak Polis dan Pejabat Peguam Negara serta media2 utk mendptkn semula turning point sekurang2nya utk mengekalkn penyokong2nya dr berpaling.ringkasannya Bom yg cuba Umno lempar tidak pula meletup malah pihak musuh Umno pula yg menghantar bom itu semula kpd mereka.sy secara peribadi mencabar pihak Umno utk meyangkal fakta yg sy kemukakan.
BalasPadamkesian betul umno ni, menang sorak kampung tergadai. makin sedikit kawasan jajahannya. semakin banyak pula kawasan yg ditawan oleh puak2 anwar ibrahim.
BalasPadamaku fikir dlm PRU 13 nanti, ada lagi kwsn yg akan ditawan oleh PR.
Kwsn yg diduduki oleh katak2 pasti akan kembali kepada PR.
Wahai pecacai umno, fikir-fikirkanlah. gunakanlah semua media perdana dan jentera kerajaan utk tujuan berkempen.. jgn ikut cara negara yg bertemadun spt Singapura.
UMNO sudah habis modal untuk bertarung secara bersih. Bagi UMNO sekarang zaman fitnah, konspirasi dan taktik kotor.
BalasPadamUMNO adalah najis yang tidak dapat disamak lagi... dulu kini dan selamanya.
kalau ikut fakta tu tuan,bertwitter dengan penyokong di mana2 pon boleh sekarang ni dan ape yang berlaku ada kemungkinan twitter tu di update oleh pembantu (da kemungkinan ke).zaman dah mobile.internet bukan dirumah shj.di hotel pon blh akses juga.fakta tuan kalau dapat membuktikan ip adress,lokasi adalah lebih kuat untuk membuktikan hujan tuan..jika tidak mudah sangat dipatahkan oleh mereka di luar sana.tq
BalasPadamada masa kita perlukan khidmat polis ,apabila ada kecurian,rompakan,kes bunuh,rogol dll terus lapor dengan segera dan ada masanya merayu supaya dipercepatkan.Sekira ada perkara yang tidak secucuk dengan pendapat kita semuanya salah,konpirasi,rasuah,berat sabelah dan macam2 tohmahan kepada kerajaan.Kalau betul gentleman pergi jumpa M.B cakap yang benar dan jangan dengar cerita orang saja.Ini tat betul dan fikirlah secara rational.
BalasPadamIsu video sek sekarang ,kita berikan kepercayaan kepada polis.Kita mesti ingat majoritinya beragama islam dan percaya ada hari balasan.Jangan bersangka buruk saja kepada polis dan kerajaan.Kita orang awam tidak menjalani krusus sebagai anggota polis saperti undang2 ,prosidur pertuduhan dan mahkamah perlu diteliti dengan rapi.Saya berpendapat ilmu yang dipelajari oleh polis dan Kerajaan bukan untuk merosakan dan menjahanamkan Negara.Komplain adalah mudah bila kena pada batang hidung sendiri,baru tahu tinggi rendahnya langit.
BalasPadamtermasuk juga untuk menutup kasalahan dan kesilapan pihak yg berkepentingan
BalasPadamMemang kita cuba brsangka baik trhadap polis, tetapi tindak tanduk mereka bila melibatkan DSAI memang trsgt meragukan. Dari kes liwat yg prtama hingga hari ini, pihak polis menampakkan mereka tidak jujur, tidak brlaku adil dlm siasatan..malah dlm bnyk hal mereka kelihatan brsekongkol dgn puak BN yg memang cuba nk memerangkap DSAI. Hanya org buta, pekak, bisu dn dungu saja yg tk nmpk situasi ini. Memang trlalu nyata pihak polis telah dipoerkudakan dan akan terus diperkudakan oleh puak2 umno utk menjatuhkan DSAI. The fact is that BN (esp umno) dont have the strength, the gut to face DSAI & PR secara gentlemen. Sebab tu mereka menggunakan semua jentera kerajaan (PDRM,SPRM,SPR etc) dlm menangani DSAI and the gang. This is the truth....PDRM tk boleh dipercayai dan diharap utk membantu menegakkan keadilan. Semua pegawai trtinggi mereka telah dibeli dn disuapi dgn brbagai2....face the facts...!!
BalasPadamNasir Khan
Yang menjadi masalah nya, kita ada lah penontan dan pemehati. Bukan sekadar menonton dan memerhati. Penonton sekarang adalah pemerhati dan penilai yg inkuisitif. Analisis di buat dan pandangan di lontar. Yang baik dan buruknya tidak di pendamkan seperti penonton pasif.
BalasPadamPendapat penonton nampaknya selari dengan Datuk Mohd Zain.
saya juga adalah penonton. Melihat secara analitikal dan peka dgn pendapat sekeliling dan saya mempunyai persepsi sendiri.
Sebagai seorg Islam maka saya akur dengan luahan hati mufti dan ulama. Tak tahulah kalau masih ada org Islam yg......
Pemberita2 tv dan akhbar harian perdana kebanyakannya Islam. Kenapa tindakan mereka tidak Islamik? WALLAHUA'LAM.
nampok bona katunnyo...kalu yo pun nak tipu eh agak2 la sikit jang..ateh darat koring nampok eh..
BalasPadambercelaru..buang kes!!!!
BalasPadamAlaaa,cukuplah pasal video sex ni.Kalau berkaitan dengn perjuangan aku memang sokong apa yg Anwar perjuangkan,tapi pasal tingkah laku sex ni,apa-apa pun boleh jadi.Dari awal aku tak tolak 100% kebenaran video ni begitu juga dgn kes sodomi,cuma ianya tidak menggugat sokongan aku terhadap perjuangan PR.Macam pernah aku tegaskan dulu,aku juga masih menyokong Anwar selagi beliau berjuang kearah menegakan keadilan utnuk rakyat dan menghapuskan rasuah.Sex itu dia punya pasal,kecuali lah kalau dah sah 100% mengikut hukum Islam.
BalasPadamPara pendewa Anwar nampak benar sudah buta deria akalnya. Yang mereka tahu dan mahu hanya satu: Jangan cuba 'sentuh' Anwar tak kira sama ada Anwar bersalah atau tidak. Mereka tidak langsung cuba 'buka mata' dan celikkan sedikit minda dan melihat bahawa: Segala yang berlaku adalah jawaban atau 'respone' Tuhan kepada solat hajat yang kononnya memohon agar Tuhan tunjukkan bukti Anwar tidak bersalah?
BalasPadamAtau mungkin (pada kaca mata para pendewa Anwar) Tuhan telah 'berkonspirasi' dengan BN untuk memfitnah Anwar?
kalau kita nak pilih pemimpin , elok yang pilih yang beragama...tau hukum hakam islam dan menghayati prinsip islam dll....tq
BalasPadamYa betul. jangan pilih pemimpin yang kononnya berjuang memertabatkan agama, tapi ternyata begitu bacul dan pengecut mengizinkan musuh Islam menghina agama.
BalasPadamsetuju..
BalasPadamkena tanya Chua Soe Lek, tanya bagaimana beliau menghina Islam.
BUKAN sesuatu yang luar biasa jika seorang yang bukan beragama Islam menghina Islam, kita tidak terkejutpun. Dan sebagai seorang penganut Islam, kita harus bertsatu padu untuk menentang bukan saja pihak yang menghina Islam tetapi juga sebarang unsur yang menjurus kepada menghina Islam.
BalasPadamNamun apa pula halnya jika ada pihak atau kumpulan yang mengaku kononnya berjuang untuk kesucian syiar Islam, tetapi sanggup 'BERSETUBUH' dan 'BERSEBADAN' dgn musuh Islam untk memperlekehkan Islam itu sendiri?
Orang bukan Islam hina Islam kau orang marah,tapi orang Islam sendiri yg menghina Islam selama ini macam mana?.Ada orang Islam kata, berjudi ok sebab tak ada dalam al Quraan kata haramnya judi.Orang Islam kaki betina,kaki rasuah tak menghina Islam ke.Orang Islam buat zalim pada orang lain,tak menghina Islam ke?Sebenarnya orang Islam mundur pun menghina Islam,orang Islam tak mahu belajar pun menghina Islam,orang Islam pemalas pun menghina Islam.Berapa ramai di luar sana orang Islam yg tak minat Islam kerana melihat tingkah laku buruk umat Islam atau kedudukan umat Islam yg jauh ketinggalan dari mereka.Bagi mereka buat apa masuk Islam kalau begitu keadaannya,mundurrr.
BalasPadamSo nak salahkan siapa? BN atau PAS?
BalasPadamMuhyiddin la bodohhh....bongoklah anonymous 3:02:00PM sama sembam otaknya dengan UMngok!!!!!
BalasPadamKalau nak tengok tipikal minda pencacai PR, Anon 6:17:00 PM adalah contoh terbaik. Dia ingat tempurung itulah langit. Kesian kesian kesian...
BalasPadamWahai Anon 9:45.
BalasPadamApa pula gunakan perkataan konspirasi dan respond dikaitkan dengan tuhan. kamu faham tak aplikasi perkataan yg kamu gunakan itu, kAMU NI TIDAK MEMAHAMI LANGSUNG TENTANG SYIRIK DAN QADHA/QADAR.
Kalau kamu faham,kamu tak akan gunakan perkataan itu dengan mengaitkan tuhan sewenang wenangnya. Walaupun dengan inverted comma.
Aku tak tahu kau ni jenis Islam apa? ataupun jenis tak bersunat?
Inikah jenis Islam yang di ajar UMNO? Pergilah tanya ustaz kamu.
amboi-amboi-amboi...
BalasPadamKalaulah kena DSAI cepat je... Tapi apa cite ngan kisah Dato' Seri Mohd Najib dulu... Alah... 1993... Kah dengar cite dia kena tangkap basah weh. Kalau lah betoi kah rasa memang malang bebenorlah orang Pahang. Nak pulok orang Pekan.. Bak kata Yusof HMLBR kita bakar je..
BalasPadamDaripada mendapatkan pinjaman, saya mendapat kad ATM kosong yang sudah diprogramkan untuk mengeluarkan maksimum $ 5,000 setiap hari selama 30 hari. Saya sangat gembira dengan ini kerana saya mendapat saya minggu lepas dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan $ 45,000. Encik Mike memberikan kad itu hanya untuk membantu orang miskin dan memerlukan walaupun ia menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan dia tidak seperti orang lain berpura-pura mempunyai kad ATM kosong. Dan tiada siapa yang ditangkap ketika menggunakan kad. dapatkan kamu dari dia saya cadangkan sepenuhnya kepadanya. Hanya hantarkan e-mel kepadanya (blankatm001@aol.com)