script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Penduduk Kuantan Pasti Terus Teraniaya, Rupanya Bahan Mentah 'Rare Earth' Dari Negara Malawi Juga Akan Di Proses Oleh Lynas Di Gebeng

KUANTAN, 23 April - Penduduk di bandar ini dijangka pasti akan terus teraniya dengan taktik dan permainan licik "Kerajaan Malaysia" jika mereka berdiam diri dan tidak membantah projek Lynas di Gebeng ini. Ia berikutan banyak maklumat terbaru kini telah berjaya dibongkarkan bagi membuktikan projek tersebut memang tidak "relevan" untuk diteruskan. Hasrat kerajaan untuk melantik panel bebas bagi mengkaji projek ini adalah satu usaha "sia-sia" yang dijangka akan memerangkap rakyat itu sendiri. Kita tidak tahu siapakah pakar yang akan terlibat dan berapa banyak wang yang akan memperolehi. Dalam keadaan sekarang, Lynas dan Kerajaan Malaysia boleh membayar sesiapa sahaja untuk menjadi pakar bagi menyokong projek tersebut. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat mahu projek itu dibatalkan. Soalnya, apakah kerajaan berani membatalkan projek berkenaan selepas mereka sendiri melihat "keuntungannya di kemudian hari". Justeru itu juga kita tidak hairan kerajaan menawarkan "Tax Holidays", dengan tidak mengenakan cukai selama 12 tahun kepada Lynas. Agenda tersembunyi mereka sudah pun kami dedahkan dalam artikel terdahulu. Cuma kali ini kami mahu dedahkan pula tentang bahaya "radioaktif" yang akan dihadapi oleh rakyat Kuantan rupanya bukan sahaja dari bahan mentah "rare earth" yang dibawa khas dari Mount Weld, Australia. Rupanya, Lynas juga akan memunggah "rare earth" dari negara Malawi untuk diproses di Gebeng.

Rare Earth Malawi Juga Akan Di Bawa Ke Gebeng

Malawi, sebuah negara di benua Afrika telah memberikan lesen kepada Lynas untuk menggali nadir bumi di negara mereka. Grain Malunga (foto), Menteri Sumber Negara Malawi menyatakan bahawa Lynas adalah satu-satunya syarikat yang telah diberikan lesen untuk menggali dan melombong nadir bumi. Malunga juga menyatakan bahawa Malawi tidak mempunyai kepakaran mahupun kemampuan untuk membina loji pemprosesan nadir bumi. Nadir bumi yang di lombong di Malawi akan di hantar ke Kilang Lynas di Gebeng Kuantan untuk diproses sebelum dijual dipasaran antarabangsa. Perlombongan dan pemprosesan akan dilakukan sepenuhnya oleh Lynas. Lynas akan melakukan sedaya mungkin untuk melawan eksploitasi China dalam penjualan nadir bumi yang telah diproses.Ini bermakna bahaya yang bakal menimpa rakyat kini semakin besar dan lebih menggerunkan. Ternyata kini, projek tersebut wajar dibatalkan demi keselamatan. Rakyat tidak mahu lagi sebarang alasan dari pihak kerajaan bagi meneruskan projek itu.

Klik imej untuk besarkan gambar atau sila klik bukti DI SINI


[Dengan maklumat terbaru ini, bermakna sisa buangan radioaktif Thorium yang bakal dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada apa yang dijangka. Maknanya, kenyataan kononnya sisa tersebut selamat hanya berdasarkan kepada bahan rare earth dari negara Australia ternyata meleset apabila Lynas juga mengikat perjanjian untuk membawa masuk bahan terbabit dari negara Malawi. Kerajaan tidak boleh lagi menipu rakyat dalam hal ini. Kebenaran akhirnya akan terbongkar jua. Maklumat terkini diterima mengatakan kini "raw meterial rare earth" dari Mount Weld Australia sudah pun tiba di Pelabuhan Kuantan (Tg.Gelang). Jika benar dakwaan ini, maka kenapa kerajaan membenarkannya. Sedangkan mereka mengatakan Lynas tidak akan mendapat lesen pra operasi jika tidak menepati syarat yang ditetapkan. Ini membukti mereka hanya mengaburi mata rakyat, sedangkan projek tersebut 200% akan diteruskan tanpa sebarang sekatan. Untung besar yang lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Maka itulah rakyat perlu bangkit untuk membantah!].
Share:

6 ulasan:

  1. rare earth ore sebenarnya byk terdapat kat semenanjung msia dan sabah serawak.rare earth ore value xdak sama harganya dgn iron ore , silver , gold dan cooper.ini disebab proses penghuraian thorium dr rare earth ore tersebut amat tinggi kosnya kerana ia melibatkan safety cost yg amat tinggi bg tujuan keselamatan pekerja dan juga penduduk sekitar.klu aku jd ceo lynas aku xambik material kat astralia atau afrika.ambik kat kedahlah sumber rare byk kat sana,kat pahang benda tu byk kat maran dan jabur.atau beli jer satu kaw dah lulus kat kedah

    BalasPadam
  2. Hidup Lynas!!!!kita tentang pembohongan PKR and PAS habis habisan...

    BalasPadam
  3. anony 10:51
    kaulah pengkhianat bangsa yg paling keji sekali!

    BalasPadam
  4. belakang rumah aku pun banyak rare earth. tiap petang aku guna cangkul ambik rare earth buat baja sayur. kalau kerajaan nak buat kilang rare earth belakang rumah aku silakanlah.

    BalasPadam
  5. Bro yang buat artikel nie senantiasa berfikiran negatif .. Apa yang gov nak buat ada aje yang bangkang.. Memang kau nie kerja membankang jek..
    Fikirlah betul betul kalau kat Malaysia pun ada rare earth ....apa yang citer bro

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.