
KUANTAN, 24 Julai - Pendedahan kami tentang kekecewaan majoriti kakitangan IKIP Internantional College terhadap sikap pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terbabit berhubung isu salah guna kuasa untuk memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan kolej terbabit. Susulan pendedahan itu, artikel Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College telah mendapat jumlah komentar yang tertinggi daripada para pembaca yang sebahagian besarnya adalah kakitangan kolej terbabit. Sebanyak 273 komen telah diterima dan berbagai rahsia dibongkarkan oleh mereka yang mungkin sudah lama menyimpannya. Ada arahan daripada pihak tertentu agar ruangan komen bagi artikel terbabit dihentikan kerana ia memalukan IKIP sendiri. Namun, atas dasar keterbukaan dan kebebasan hak untuk bersuara maka ruangan tersebut diteruskan dan pihak kami tidak bertanggungjawab atas apa jua komen yang dibuat itu sebenarnya. Buat masa ini, kami sendiri tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Pahang mengambil perhatian atas isu yang didedahkan itu agaknya. Apapun, diharapakan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hendaknya. Selepas pendedahan tersebut banyak isu-isu lain telah dimaklumkan kepada pihak kami. Antara yang paling panas ialah isu berkaitan penyelewengan tender IKIP Advanced Skills Centre (IASC).
IKIP Advanced Skills Centre (IASC) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang (100% saham) yang telah ditubuhkan sejak 1998. IASC menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Misi penubuhan IASC adalah untuk menjadi sebuah institut pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya. Untuk mencapai hasrat itu, IASC akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya. IASC beroperasi di dua buah kampus iaitu Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan juga Kampus Bentong (K14027).
Pegawai Pengurusan Di Percayai Seleweng Tender
Berdasarkan maklumat dalaman, Kerja-kerja penyelewangan telah berlaku antaranya pengubahsuaian Kampus Kubang Buaya. Masalah timbul apabila iklan dan tender projek terbabit hanya dikeluarkan kepada kroni-kroninya sahaja. Lebih mengejutkan tender tersebut dianggarkan sebanyak RM700 ribu sedangkan nilai asalnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja. Difahamkan juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat tetapi sehingga kini kes tersebut masih tergantung dan tiada tindakan susulan. Lebih memalukan menurut laporan, pegawai terbabit dipercayai telah terlibat memberikan pembelian terus kepada adik kepada salah seorang pegawai yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau. Malah, penyertaan Pertandingan memasak di peringkat Antarabangsa di Singapore dan Bali telah ditaja oleh kontraktor atas tiket bersukaria dan melancong kepada pegawai-pegawai yang memberikan kelulusan tender pengubahsuaian dapur dan kampus. Memandangkan kes ini seolah-olah dirahsiakan untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, maka ia terpaksa didedahkan demi keadilan untuk semua. Kami akan mendedahkan nama pegawai berkenaan pada laporan seterusnya.
[Susulan pendedahan ini, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau masalah yang melibatkan anak syarikat mereka ini. Jika isu penyelewengan terus berleluasa dan sukar dibendung, maka dikhuatiri imej IKIP akan terus merudum selepas ini. Orang ramai takut dan tidak yakin lagi untuk menghantar anak-anak mereka belajar di IKIP dek kerana masalah dalaman ini. IKIP sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya sudah lama naik taraf menjadi sebuah Universiti. Namun sehingga kini mereka masih bertaraf kolej dan ini amatlah memalukan sebenarnya. Kehebatan IKIP sukar menyaingi Shahputra Universiti College yang kini menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM di negeri ini. Malah, Shahputra dilihat begitu cepat berkembang jika mahu dibandingkan dengan IKIP. Apakah IKIP boleh bangkit selagi ada isu penyelewengan sebegini?. IKIP lebih berdaya maju di zaman Sato' Shariff Shamsuddin, namun kini prestasi dan imej IKIP kian tercalar. Kerajaan Negeri digesa lebih memberi perhatian kepada anak tempatan (Jati Pahang) untuk menerajui tampuk utama IKIP demi masa depannya. Jika situasi yang ada hari ini dikekalkan, maka sudah pasti IKIP akan terus tenggelam untuk bersaing dengan IPTS lain di negara ini. IKIP perlu bangkit dari lamunan!].
IKIP Advanced Skills Centre (IASC) merupakan pusat latihan kemahiran milik penuh Yayasan Pahang (100% saham) yang telah ditubuhkan sejak 1998. IASC menawarkan pelbagai kursus kemahiran berdasarkan keperluan industri. Misi penubuhan IASC adalah untuk menjadi sebuah institut pendidikan dan pusat kemahiran terbaik di Malaysia yang mampu melahirkan graduan cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik, tinggi tahap kemahirannya serta sempurna perwatakannya. Untuk mencapai hasrat itu, IASC akan memberikan perkhidmatan pendidikan dan latihan profesional kepada para pelajar dengan kualiti tertinggi sebagai pegangan perkhidmatannya. IASC beroperasi di dua buah kampus iaitu Kampus Utama di Kuantan (K14018) dan juga Kampus Bentong (K14027).
Pegawai Pengurusan Di Percayai Seleweng Tender
Berdasarkan maklumat dalaman, Kerja-kerja penyelewangan telah berlaku antaranya pengubahsuaian Kampus Kubang Buaya. Masalah timbul apabila iklan dan tender projek terbabit hanya dikeluarkan kepada kroni-kroninya sahaja. Lebih mengejutkan tender tersebut dianggarkan sebanyak RM700 ribu sedangkan nilai asalnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja. Difahamkan juga laporan ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat tetapi sehingga kini kes tersebut masih tergantung dan tiada tindakan susulan. Lebih memalukan menurut laporan, pegawai terbabit dipercayai telah terlibat memberikan pembelian terus kepada adik kepada salah seorang pegawai yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau. Malah, penyertaan Pertandingan memasak di peringkat Antarabangsa di Singapore dan Bali telah ditaja oleh kontraktor atas tiket bersukaria dan melancong kepada pegawai-pegawai yang memberikan kelulusan tender pengubahsuaian dapur dan kampus. Memandangkan kes ini seolah-olah dirahsiakan untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, maka ia terpaksa didedahkan demi keadilan untuk semua. Kami akan mendedahkan nama pegawai berkenaan pada laporan seterusnya.[Susulan pendedahan ini, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memantau masalah yang melibatkan anak syarikat mereka ini. Jika isu penyelewengan terus berleluasa dan sukar dibendung, maka dikhuatiri imej IKIP akan terus merudum selepas ini. Orang ramai takut dan tidak yakin lagi untuk menghantar anak-anak mereka belajar di IKIP dek kerana masalah dalaman ini. IKIP sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang sepatutnya sudah lama naik taraf menjadi sebuah Universiti. Namun sehingga kini mereka masih bertaraf kolej dan ini amatlah memalukan sebenarnya. Kehebatan IKIP sukar menyaingi Shahputra Universiti College yang kini menjadi tumpuan pelajar lepasan SPM di negeri ini. Malah, Shahputra dilihat begitu cepat berkembang jika mahu dibandingkan dengan IKIP. Apakah IKIP boleh bangkit selagi ada isu penyelewengan sebegini?. IKIP lebih berdaya maju di zaman Sato' Shariff Shamsuddin, namun kini prestasi dan imej IKIP kian tercalar. Kerajaan Negeri digesa lebih memberi perhatian kepada anak tempatan (Jati Pahang) untuk menerajui tampuk utama IKIP demi masa depannya. Jika situasi yang ada hari ini dikekalkan, maka sudah pasti IKIP akan terus tenggelam untuk bersaing dengan IPTS lain di negara ini. IKIP perlu bangkit dari lamunan!].






CEGAH SEBELUM PARAH
BalasPadamelok ler tu.shahputra dah maju, ikip jer mundur.tak ada business minded langsung.ikip harapkan duit yayasan pahang jer lah...
BalasPadamaik mana geng2 ikip ni senyap jer.ker server dah blok pdo tak boleh akses hahaha..cuba bangun tanpa YP apa jadi tengok.
BalasPadamTahniah kepada org2 di kubang buaya kerana telah berani tampil untuk membongkar segala penyelewengan yg berlaku selama ini..macam ni la anak jati pahang!! bukan setakat peluk tubuh tengok aje org lain mengabehkan duit rakyat!! ingat duit yayasan pahang tu adalah 'airmata' rakyat pahang..org luar senang lenang buat taik takkan kite anak jati nk sapu aje taik org!! ayohhh bangkitt semua..selamatkan ikip dan pahang..
BalasPadambukan hairan bukan pelik..tapi benar..moh kita pakat ramai2 tengok pintu pagar utama kampus kubang buaya tu..patern n design sama aje dengan pagar rumah pegawai2 yg seleweng tu..takkan pagar rumah pun nak suruh kontraktor sponsor kot? ciss..harapkan pagar,pagar makan loaf dougnut!!!
BalasPadammana aron azizi n din pd? lagi isu hangat nk dikupas...kami rindu lah pd kamu berdua....
BalasPadammaaf la kan aron azizi dah ya salammm...takpe la koi jelah ganti si aron tu
BalasPadamNi satu berita panas juga. Kontraktor dapat payment. Staf yang enjoy. Dapat rim sport,phone dan Ipad lagi...mesti ada sesuatu yang tak kena. Mesti kena jengok skit BOD ikip advanced skill...Tak kan dapat elaun kerja tak jalan....Haram namanya tu.
BalasPadamGym dh ubahsuai baru...harga ubahsuai bagai nk rak..tp kualiti mcm sama aja..GM pun perut maju kehadapan jgk...GM pun kalau nk makan pun agak2 lah...Pengurus Gym pandai cover boss..ahli Gym tk bertambah jugak..Apa dh jadi?? Tolong lah siasat apa yang patut...
BalasPadamMarketing sampai over sea sangat. Intake taska anak ku sayang lebih ramai.Belanja besar dan membazir.Bos2 besarkan perut...buat sup perut laaa..
BalasPadamMlm2 ni buat ibadah sudah. Jangan layan sangat. MB pun buat tak tahu. Tahun ni kita ramai2 pakat pangkah PAS...takbir!...
BalasPadambaru2 ni dgr kabarnye tuan presiden ikip masa staf dtaman gelora bergelora jiwa beliau melarikan diri ke kubang buaya,nak merehatkan minda,katanya staf dkubang buaya semua sayang pada beliau tapi sbb dah tua..die terlupa sekejap..orang tua2 dah pesan sokmo kalo takut ombak gelora jgn berumah dtepi pantai..air yang tenang jangan dsangka tiada buaya inikan pula kubang buaya!!
BalasPadamKepada Datok Sri MB, Datok Sariah,Pegawai YP. Jangan lantang memberi ucapan. Masalah ni besar. Bayangkan jika mereka2 ini betul2 kecewa dengan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya...jangan lepas pandang benda yang sudah diingatkan ini. PARAH DAN PANAS!!!!! ORANG PAS TOLONG BANTU PERBETULKAN.Tanggungjawab walaupun ianya nampak remeh. CEO Bakar pun buat tak tahu dengan masalah yang sepatutnya dia yang dibertangungjawabkan.
BalasPadamSUKMA baru melabuh tirai..tp dalam kemeriahan SUKMA sedang berlangsung, tiba-tiba IASC telah mengubahsuai asrama dengan cat baru..tp bila masa Tender keluar? Kontraktor yg sama jugak membuat kerja2 tersebut...apa kes??? makin kenyang lah kuncu-kuncu nya...dpt lg tukar phone baru nnt...
BalasPadamduit yayasan dah banyak lebur(bukan labur)..tapi intake student tetap ciput..macam mana nk jadi kolej terulung dipantai timur..ini macam dah jadi kolej bergulung di pantai timur...sedih dan letih tengok ikip jd gini
BalasPadamMacam mana nak perbetulkan. Apa yang saya dapat tahu kakitangan juga telah dipecah belahkan oleh TB. Apa maksudnya tu...
BalasPadamKAMI STAFF IKIP MERAYU KEPADA YAB MB DAN YB2 SEKELIAN, BANTU LAH KAMI , SELESAIKAN MASALAH DALAMAN DI IKIP.
BalasPadampoh palehh weh..kat ikip kubang boye tu ader Triple S!! SuparMan,SuparBoboi dan SuparJoe...lepas tu ande hero baru pulok SuparHarun dan SuparYoyo..ini doh jadi SuparHero Avenjes!! Bersatu MeNebalkan POket dan Menbesorkan Tembolok dan MemBoyotkan Perot..Modus Operandis Mudah.."SonGlap Duit YP dan BerHoliday di obersee"...SPRM tolong la weh jgn nengok anje..
BalasPadamSebagai warga Pahang saya rasa terpanggil untuk memberikan nasihat. Di sini amat jelas, masalah adalah dari segi pentadbiran dan pengurusan tertinggi kolej. Untuk menyelesaikan masalah ini tindakan drastik amat perlu. Bak kata PM pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan. Kalau mereka mementingkan diri maka faham2 jelah.Sayang kalau perkara ini berlanjutan dan membawa imej yang tidak baik kepada Negeri Pahang. KIPSAS DAN PSDC tidak mendapat perhatian tetapi masih boleh bertahan dengan baik.
BalasPadamApa nak jadi. Tak habis-habis lagi.
BalasPadamIASC telah ke Korea baru2 ini..tp hairan dan ajaib kontrator pun join skali tuh...atas tiket ape? Pegawai yg tk berkaitan pun turut serta kunjungan ke Korea. Pengawai yg sepatutnya atau dalam bidang kerja ditinggalkan oleh Pengurusan IASC.
BalasPadamDimana keadilan dan pemilihan atas kunjungan tersebut?? Yayasan Pahang hanya tahu bagi duit je.
yb menteri besar dan yh pengurus besar yp tolonglah siasat...jadi2lah tertipu daya dengan tarian zapin tuan presiden tu..deme tu tahu nak punohkan ikip jek..bagi gaji berpuluh ribu..pintu pagor ikip taman gelora tu koi nengok nok runtoh doh..deme tu buat mende?asrama pelajar dkubang buaya pulok koi rasa letok kambing pun kambing tak mboh duduk..dah goner gaya kabornye nak membela nasib anak2 pahang? mintok maap lah koi org luor yg memerati je dari luor pagor..tapi sedih mat la koi nengok kalo ikip ni punoh..banyok jasa ikip pada rakyat pahang ni..tapi kalo penyakit gini deme tok cakna alamatnya ikip tinggal senbod jela kt tepi jalan nu
BalasPadamIASC macam nama UCSA. Pejabat macam hotel. Tapi Hostel pelajar yang bayar baik sikit dari reban ayam. Apa dia ingat duit kita pinjaman tu tak payah bayar. Dengar Yayasan dah bagi RM2 juta untuk penambah baik...banyaklah baiknya. Memang tak puas hati. Tu semua duit rakyat.
BalasPadamkoi sokong sangat. buat ler sesuatu sebelum paroh.
BalasPadamJANGAN PANDAI SANGAT NK KOMEN TENTANG PENGURUSAN IASC. TERIMA KASIH EDITOR PDO.
BalasPadamkepada pengurusan YAYASAN PAHANG, bertindaklah segera. Jangan asyik buat bodoh dan pura-pura macam ambik kisah. Takkan bersekongkol sekali kut. Ker ada share?
BalasPadamtakpe sadiq...hari ni hari kau ..esok hari aku pulak..
BalasPadamkorang semua ni tak payah puasa lah macam ni..bulan ramadhan ni buat lah amal ibadat..jangan tahu nk hentam saja..kami dah buat yang terbaik untuk ikip..apa lagi yang kurang..?
BalasPadamDatok Adnan! Datok Sariah! Dan Kamu semua yang di beri tanggungjawab!..nanti dan pasti kamu akan dipersoalkan. Kita bukan macai dan kita bukan balaci. Kita cuma ada sedikit rasa sayang pada semua. So ambil tindakan sesuatu. Ni maklumat. Betul sudah pasti. Kalau rasa tak betul pun tak kan sampai tak ambil kisah. Kamu semua pegang amanah rakyat! Apa-apa kemusnahan nanti jgn salahkan kami. Maklumat sudah kami sampaikan!...
BalasPadamYg kurang nya pagar IKIP Kubang Buaya tk cukup berkilat lagiiii.....
BalasPadamhahahahahah....lawok giler..bangang orang ikip ni..memang patut dipanngil kolej terbodoh di pantai timur
BalasPadamcis.. perasan terbaik..apa makan duit kontraktor tu amal yang baik ke..sama macam makan babi ngan minum arak tobat lah boh boh ikip satu.
BalasPadamPengumuman penting.
BalasPadamSesiapa nak tengok pagar contoh ikip bolehlah datang ke rumah contoh di rumah pegawai ikip di indera mahkota.
Dagang Pak Malau Dagang Merempat, Dagang ED GM Menkuang Lalu,
BalasPadamSudah Dapat Hajat dihati,
Akan IKIP Ku Tinggalkan.
SPRM..di mana dikau..ku rindukan suntikan listrikmu..takan ngko pun mkn gaji buta.
BalasPadambiar hidup jadi pesawah..jangan jadi perasuah..satu mulia satu hina..
BalasPadamDengar cakap enggang makan buah belolok,Dengar cakap orang terjun masuk lubuk...eh..tak nak masuk lubuk..nk masuk IKIP..bley tak?
BalasPadamcis bedebah pak dagang,..Anak itik mandi kolam,Anak kucing mandi shower..Kemana tumpahnya kuah ketam kalau tidak telingkup di atas lantai!!!..haa jawablah pak dagang..
BalasPadamDagang Kami Dagang Merempat,
BalasPadamDatang Dari Utara Singgah Di Pahang,
Dagang Kami Dagang Berjasa,
Mengaut Kekayaan Nk Bawa Pulang.
Sebab mulut santan binasa,
BalasPadamSebab mulut juga.....nasi pun habis.
Biar putih tulang, Jangan kuning gigi (Gosok jangan tak gosok)
Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali ada beruk atas pokok tu...persoalannya...siapa beruk dlm ikip?
Makan rojak bertemankan biawak tasik gelora,
BalasPadamMakan nasi minyak ditepi kubang buaya,
wehh pak dagang mu ni tak pose nak bernasik dagang aje nih!!!
Lepas ni kami akan bawa isu-isu ini kepada wakil PKR. Nampaknya BN tak boleh nak sattle.Mungkin TB tu orang PKR. Perancangan semuanya ini.
BalasPadamDagang Kami Dagang Bermerempatintun,
BalasPadamDagang M.Daud Kilau Bergelek Zapin,
Dagang Orang Selatan Takkan Senyap dan Sepi Aje???..Mana Trofi Kepala Ba** dan Kepala Anj*** anda??
Makin malam makin hangat!....moh kite sejukkan diri di IM dgn geng2 kontraktor
BalasPadamKEPADA YB MENTERI BESAR PAHANG, PEGAWAI PEGAWAI TINGGI DI NEGERI PAHANG, ANDA SEMUA BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYELESAIKAN KONFLIK TERBESAR DI KOLEJ MILIK PENOH YAYASAN PAHANG DAN KERAJAAN NEGERI. SAYA BIMBANG SEKIRANYA PARTI PEMBANGKANG AKAN MANJADIKAN ISU KOLEJ IKIP INI SEBAGAI SENJATA PILIHANRAYA AKAN DATANG. OLEH ITU, TINDAKAN SUSULAN PERLU DIAMBIL SEGERA OLEH TUAN-TUAN. HARAP DIAMBIL PERHATIAN DENGAN SEGERA. ORANG LAMA PAHANG
BalasPadamSedih dengan tuan haji baru2 ni..staf ajak buat amal ibadat dituduhnya staf merancang nk rosakkan ikip..Tuan haji,kami sentiasa inginkan yg terbaik utk ikip tetapi apa yg kami dapat hanya taraf selipar jamban aje!!..maaf kami TOLAK kepimpinan tuan haji...pemimpin adil kami sanjung,pemimpin seleweng kami taknak!!
BalasPadampada pengurus besar ikip advanced..shukri.hulubalang hulubalang anda..tuan haji shukmi dan tuan nursham hisyam...dunia ni kecik..nama nama anda cukup harum dikedai kedai kopi..hatta dikedai 1Malaysia pun..di kedai tayar, kedai lampu..kedai talipon..nama anda sering bermain dimulut mulut kontraktor, supplier..hebat anda memang hebat salute!
BalasPadamweh...kat area mana IM tu Pak Din KK..koi pun nk join juga
BalasPadamAda damak ada ipuh,
BalasPadamNaik ke bukit nampak sumpitnya;
Emas perak senang disepuh,
Kalau besi nampak karatnya.
Ada rumah tidak berpintu,
Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
Mengaum saja tidak menangkap.
Ambil kain cuba dilipat,
Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
Cabut joran alih tempat.
mana iron lady yayasan pahang ni..takkan nak pencen bergaya..tengok dan baca aje ke..ini serius..ambik la action. hisyamuddin..mahmud..takkan berkokok kat tanjung lumpur aje..turun padang la..tak sampai 10 minit aje ke kubang buaya.
BalasPadamramai beno staf ikip yg mental disebabkn oleh bos2 yg mental. eh..byk komen pantun ni ade pertandingan pantun ke..kui2
BalasPadamkepada sesiapa yang ada bukti penyelewengan terutama sekali dalam jabatan kewangan, sila laksanakan tugas dengan amanah, duit2 yang tuan puan uruskan itu adalah milik rakyat negeri pahang, sila lah tampil segera. pintu sprm sentiasa terbuka untuk anda.
BalasPadamKalaulah ikip ni gomen selangor @ kedah yg punya, rase2 nya dh lama kuar tv3 jadi isu,tp almaklumlah pahang punya, paham2 jelah
BalasPadamhahah lawok oak ome neh..kepada semua yang sedang tensen.esok silakan dapat rawatan percuma di wad dahlia htaa.kedatangan anda dialukan.
BalasPadamHey..ikip ni x hbs2..lepas satu hal, hal lain pulok timbul..
BalasPadamAstaghfirullah....
BalasPadamBetapa besarnya perkara yang tidak diketahui betul tidaknya diperbincangkan secara tidak ilmiah di dalam ruangan ini..
Kepada editor PDO, ingatlah bahawa kelak di akhirat,anda bakal ditanya sumber sahih manakah yang anda gunakan untuk menabur fitnah terhadap syarikat ini. Setiap komen yang berunsur cacian,makian hanya akan menambah saham anda diakhirat kelak..
Kepada semua jurukomen yang tidak tahu pucuk pangkal cerita dan sewenang-wenangnya menuduh tanpa bukti, ingatlah bahawa setiap bait kata anda bakal dibangkitkan kembali di akhirat kelak jika tidak benar...Saya menyeru untuk kalian bertaubat sempena Bulan rahmat dan pengampunan ini...Semoga kalian diberikan taufiq dan hidayah untuk menilai dengan lebih rasional dan bijak.
Kalau tidak berada di tempatnya,jangan membuat telahan yang berekor-ekor fitnahnya...
Untuk 'orang dalam' yang menyebarkan berita tanpa usul perika, ingatlah bahawa sykt yang anda caci inilah tempat mencari sesuap nasi utk diberi kpd ahli keluarga...dimana keberkatan rezeki yang diperolehi jika tidak bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan...adakah membalas dengan caci maki? Berbincanglah secara bijak pandai, bukanlah seperti anjing yang hanya pandai melalak dibukit, tetapi kencing di tiang lampu.
Sekian
Dato'Sariah kami amat mengalu2kan dato' sendiri datang ke kampus kubang Buaya..lihat seketika keadaan sekeliling..rumput padang yg layak dipanggil belukar..sedangkan satu ketika dahulu padang ikip kubang buaya antara padang yg tebaik yg pernah di miliki oleh ikip sendiri..dan salah satu sumber yg membawa keuntungan kepada syarikat dan manfaat kpd pengurusan dan orang awam utk menggunakannya..dato sariah sendiri masuklah di link asrama pelajar..buatlah penilaian seketika adakah dato'sariah sanggup menjadikan penginapan anak puan sendiri???lebih2 lagi dengan ketiadaan keperluan asas?lihat dan menyelamilah keadaan di dalam class pelajar secara keseluruhan..Adakah segala kelengkapan dan kesempurnaan fasilities yg ada..adakah ia Selari dengan Misi & Visi IKIP?saya mahu tanya kepada kakitangan IKIP dan Yayasan Pahang..berapa ramaikah yang sanggup menghantar anak'nya sendiri belajar di ikip?Harap Dato' Sariah dan pihak Yayasan Pahang dapat membuat penilaian..apakah perjuangan dasar pendidikan yg sebenar YP?adakah dengan keadaan yg sedia ada di ikip dapat melahirkan modal insan yg hebat?apakah keadaan sebenar di ikip selari dengan misi dan visi ikip?..harap pihak yg terlibat dapat menilai dan membuat penstrukturan yg lebih bijak demi masa depan anak2 pahang..
BalasPadam-PEMERHATI_
La ader lagi IKIP rupanyer..koi ingat dah tutup..tak nampak pun ader student lintas jalan kat lubang buaya..Ingat ker rumah orang..Pintu pagar gitu..Cuber tgk pintu pagar university UIA kat IM tue sikit buat contoh..
BalasPadamkepada pemberi komen editor tadi..Bagus anda backup.Tapi mungkin anda boleh membantu membersihkan name IKIP dengan member info to sprm,details project and contractor awarded.buktikan takde penyelewengan and all fitnah..U can do it.besar pahala nyer tuh Puan.
And a pun tak mau jadi anjing menyalak bukit kan..kan..kan..:)
apa masalah ikip ni,dulu nak pupus mai YP bantu bagi dana mcm semua dapat,tp la ni mcm ni pulak.urus lah dengan baik.u all semua dapat bantuan dana dari YP free aje.mudah dan senang tak macam syahputra,mereka belajar dari susah..tgk mereka bekerja bukan dapat duit free tp mereka pinjam juta2 dengan bank tp tgk mcm mana mereka uruskan sampai terkenal satu malaysia dan kampus tersergam cantik punya design.bnayk program dan beribu pelajar.please la manage dengan baik.u all cerdik cendiakawan belajar berusaha berdikari jangan sampai jatuh ditimpa tangga lagi.kalau u all taknak manage dengan betul YP sila lah bantu IPT lain kat pahang ni
BalasPadamKalau pengurusan da terumbang ambing..orang atasan hanya nk kejar glamer dan wang ringgit saja..aku rasa IKIP neh bakal lingkup jep sbb kan orang2 camni..aku berharap sangat la kepada Tuan Bakor..Hajoh Gayah dan Kuncu2 nyer..berambus lah cepat sebelum ada yang orang lebih besar usir kamu..
BalasPadamSPRM aku menyeru agar cepat2 la dtg menghadap org2 yangg sombong ni sekalian..jgn di ingat kamu akan selamanya berada diatas...wasalam
BalasPadamPadan muke wakme ni. Memang muka jahat. Buat perabih duit syarikat, duit Yayasan Pahang, songlap duit staf dengan duit kontraktor skali. Jenis ape korang ni, malu la pd yang tua tuh pada anak cucu (TB). Yang kurang tua, malu pd anak2, sedare mare. (BUKAN kepala anjing dan kepala BABI). Moh ler bertaubat, dah buat SILAP,ngaku jer la. Buatlah pengakuan di surat khabar pulak, almaklum lah, wakme ni memanglah bodoh, orang cerdik tak buat perangai hodoh macam deme ni. Org tua menurun ilmu kepada shukri,sukmi,sham, sebab tu diaorang menjadi jadi. Tak heran lah sekuriti pulak boleh jual bangunan ikip ni.
BalasPadamEh..korang ni. Tak pergi solat ke wehhh? Sempat lagi nak mengadu. Apa kata korang terus pergi ke pejabat IASC tuh. JANGAN berani nak komen kat sini je
BalasPadamDah ko tu..pasal tak solat lg. Imam ko PDO ke...ni dia penangan gelombang TB. Rosak air kolam kerana tuba setitik.
BalasPadam